Rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan restoran The Chicken Rice Shop terutama sekali lagunya yang sering berkemundang dalam iklan di televisyen.

Tetapi, ramai rakyat Malaysia lebih gemar akan nasi ayam tepi jalan berbanding The Chicken Rice Shop kerana lebih murah. Namun, The Chicken Rice Shop sedang menawarkan sajian popular mereka dengan hanya RM1.80!

Imej Via Syioknya 

Promosi ini ditawarkan pada setiap 18 haribulan, setiap bulan! Dengan RM1.80 sahaja, suku bahagian dari seekor ayam boleh dinikmati bersama rakan anda dengan tiga pilihan jenis masakan sama ada dikukus, dipanggang atau dimasak kicap.

Para pelanggan mesti mengikuti peraturan yang ditetapkan untuk promosi ini. Senarai di bawah adalah peraturan yang harus diikuti!

  1. Promosi sah dengan jumlah pengunjung sekurang-kurangnya dua orang di satu meja.
  2. Mesti makan di kedai itu sendiri, tidak dibenarkan bungkus makanan yang tidak dihabiskan.
  3. Setiap meja hanya dibenarkan memesan satu pesanan dengan satu resit setiap kali berkunjung.
  4. Pembahagian bil dan meja tidak dibenarkan.
  5. Tawaran tidak boleh dibeli dengan apa-apa jenis kupon.
  6. KLIA2 dan Genting Highland Premium Outlets tidak ada tawaran ini.

Sejujurnya, promosi tidak merugikan para pengunjung yang datang beramai-ramai untuk menjamu selera kerana bahagian ayam yang diberikan berbaloi dengan RM1.80 itu! Jadi, anda semua janganlah rasa menyesal. Promosi ini sesuai bagi sesiapa yang ingin bertemu janji bersama kekasih!

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web rasmi The Chicken Rice Shop

Penulis: Nor Athirah

Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.