Mencari port steamboat di Selangor yang bukan sahaja sedap, malah halal?
Asyik makan nasi goreng sahaja untuk menu makan malam. Teringin juga nak cuba menu buffet seperti steamboat. Terbayangkan aroma daging kambing yang dibakar sahaja sudah mampu bikin kecur air liur!
Bagi yang mencari port steamboat di Selangor, berikut kami senaraikan 10 port steamboat di Selangor yang berbagai pilihan lauk dan berpatutan harganya.
Alamat: Lorong Kota Raja 8, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-11.00 pm)
Terletak di Klang, Haugrill Steamboat Cheese pernah tular dengan keenakan hidangannya dan masih menjadi tumpuan ramai hingga kini. Pelbagai makanan laut yang besar dan segar seperti pepahat, tiram, ketam dan sebagainya. Pilihan sayur dan bebola juga membuatkan ramai yang rambang mata untuk memilihnya.
Untu menu grill, pengunjung boleh memilih daging perap, ayam perap dan menu unik ayam perap hijau. Kesemua menu ini diperap dengan sos atau bahan perapan istimewa yang tidak dijumpai di tempat lain.
Selain itu, shellout menjadi kegemaran ramai pengunjung. Nak makan lebih cepat? Jangan risau, ada menu buffet dari makanan bergoreng, pasta, manakan segera dan sebagainya. Jangan lupa cuba rojak, bubur kacang merah dan cendol.
Alamat: Lot 65089, Persiaran, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-11.00 pm)
Untuk menu grill, pengunjung boleh memilih kambing dan daging yang diperap dengan lada hitam dan BBQ. Jika ada yang tidak makan daging, anda boleh memilih ayam perap hijau pedas, pedas merah mahupun lada hitam. Bahan perapan pekat dan serap masuk ke dalam bahan tersebut. Memang kuat aromanya ketika dimakan.
Di sini, lebih banyak pilihan bebolah dan mi. Makanan laut tak boleh dinafikan, kesemuanya segar belaka. Steamboat di sini menggunakan kuah tomyam yang pekat, likat dan terasa rempahnya!
Alamat: 2, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: 1.00 pm-12.00 am
Hot Pot King merupakan port steamboat yang terkenal di Shah Alam dengan keenakan steamboat dan harganya memang murah. Pengunjung boleh dapatkannya dengan harga serendah RM 29.80 sahaja. Berbaloi ke memang berbaloi?
Dengan harga tersebut, pengunjung dapat menikmati semua jenis bahan steamboat termasuk seafood dan daging perap. Antara menu perap yang perlu anda cuba adalah Mutton Signature, Chicken Teriyaki, Indian Spices Fish dan Beef Paprika. Antara menu laut yang mencari tumpuan semestinya Paprika Thai Squid, Flower Squid dan Bamboo Clam.
Kauh sup untuk steamboat memang secukup rasa dan paling penting tidak begitu pedas, sesuai untuk semua golongan. Pelbagai jenis sos yang pasti membuatkan anda ketagih termasuklah sos lada hitam, sos Thai, HPK Spicy & Sour Sauce dan lain-lain.
Menu buffet apa kurangnya, ada lontong, mi kari, makanan bergoreng, laksa dan lain-lain. Pastikan perut anda kosong jika mahu makan di sini!
Alamat: 42, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (5.30 pm – 12.00 am)
Salah satu restoran yang namanya sudah tidak asing lagi bagi penduduk Klang ialah Al-Fateh Steamboat & Grill. Pilihan lauk steamboat yang beraneka membuatkan ramai pelanggan berasa senang hati jika ke sini.
Satu-satunya kekurangan restoran ini ialah ianya akan bikin ramai pelanggan rambang mata. Jumlah lauk yang ditawarkan memang banyak dan berbagai – dari daging, ikan, ayam ke makanan laut, semuanya banyak!
Daging kambing merupakan lauk yang wajib anda cuba. Ianya diperap dengan begitu sempurna sehinggakan bila dibakar, aromanya cukup harum.
Alamat: Dataran Sunway, 18, Jalan PJS 8/17, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-11.00 pm)
Mencari port steamboat berdekatan Dataran Sunway? Jom nikmatinya di My Stim BBQ. Istimewanya di sini terdapat shabu-shabu atau hirisan daging yang nipis untuk dicelup ke dalam kuah steamboat mahupun bakar. Untuk kuah steamboat, terdapat dua pilihan sup yang sedap iaitu tomyam dan kuah kari nyonya.
Dari bahan bebola, mi, sayur dan makanan laut tak perlu cakap. Memang banyak sehingga sukar untuk membuat pilihan. Bukan itu sahaja, untuk menu grill anda boleh memakannya dengan pelbagai jenis sos. Nak lebih sedap, anda boleh mencampurkan beberapa jenis sos untuk mendapatkan sos yang lebih padu!
Lagi satu keistimewaan yang ada di sini, anda boleh memilih sebarang makanan laut untuk dimasak secara celup tepung. Seperti biasa, mereka turut menawarkan menu buffet iaitu makanan bergoreng dan ayam Korea. Kanak-kanak pasti suka dengan aneka ais krim dan jajan yang disediakan termasuklah keropok, biskut dan coklat.
Alamat: 25-G, Jln Hillpark 11/9, Pusat Perdagangan Hillpark, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor
Nak makan steamboat di tempat yang lebih eksklusif dan berpendingin hawa? Jom ke Beqbeq Steamboat & Grill. Bagi penduduk Puncak Alam dan kawasan berdekatan, anda pasti rugi jika tidak ke sini.
Mereka menawarkan harga istimewa yang berbeza untuk hari biasa pada waktu tertentu serta hujung minggu. Untuk hari biasa slot bermula 3.00 pm hingga 5.00 pm, harganya sekadar RM 45 untuk pakej normal dan RM 53 untuk pakej premium. Untuk slot bermula 5.00 pm hingga 11.00 pm pula harga adalah RM 49 untuk pakej biasa dan RM 59 untuk pakej premium.
Harga untuk hujung minggu pula adalah RM 59. Jika anda menambah RM 20, anda dapat menikmati pelbagai menu tanpa had! Ada apa dengan pakej premium? Ia merupakan tambahan menu istimewa iaitu Smoked Duck, Mini Lobster, ketam dan kurita.
Antara menu istimewa di sini adalah kambing Danok dan pelbagai jenis daging dengan perapan istimewa termasuklah lembu satay dan daging lada hitam. Terdapat 10 jenis sos dan 2 pilihan sup steamboat iaitu kari dan tomyam.
Alamat: LG 345, Lower Ground Floor, Highstreet, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, 47800, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10.30 pm
Siapa sahaja yang tak pernah terdengar nama restoran Seoul Garden? Restoran ini merupakan restoran steamboat yang sangat terkenal bukan sahaja di Selangor, malah di negara kita sendiri!
Sambil anda membeli belah di 1 Utama, singgah sahaja di restoran ini bagi menikmati steamboat yang terbaik kualiti. Soal halal, restoran ini sudah pun mendapat sijil halal dari JAKIM, jadi jangan risau.
Antara lauk yang boleh anda pilih ialah daging kambing, sotong, ikan dory, ayam, daging lembu dan banyak lagi. Sup juga ada berbagai pilihan, pilih sahaja yang anda berkenan.
Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am
Restoran ASAP Steamboat & Grill ini merupakan antara restoran yang sangat terkenal di Puchong. Konsep dekor yang unik dan santai serta ruang parkir yang luas membuatkan ramai pelanggan berasa selesa jika ke sini.
Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan makanan laut seperti sotong, udang dan kupang. Daging kambing merupakan antara pilihan lauk yang senang habis.
Steamboat datang dengan tiga pilihan iaitu Sup Ayam, Tom Yam dan Kari. Tom Yam sering menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini, pedas dan secukup rasa!
Alamat: Capsicum Steamboat & Grill, Jln Klinik, Kampung Bukit Naga, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am
Restoran Capsicum Steamboat & Grill ini bukan sahaja terkenal dengan pilihan lauk yang berbagai, malah harga yang berpatutan juga membuatkan ramai pengunjung senang hati jika ke sini.
RM 20 untuk harga seorang dewasa memang sangat berbaloi! Lauk yang boleh anda pilih ialah ikan dory, daging kambing, ayam, kupang, lala dan banyak lagi.
Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am manakala Ahad 3 pm – 12 am
Restoran steamboat yang cukup terkenal di Shah Alam ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Tambahan pula jika anda pencinta steamboat, pasti namanya sudah tidak asing lagi buat anda.
Lauk-pauk seperi ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, kupang, tiram, kerang, kepah & banyak lagi boleh dipilih. Kambing golek juga turut disediakan di sini, rugi tak cuba!
Alamat: Rnz Steamboat & Grill, Jalan sungai merab, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Kajang, Selangor
Sehingga kini, harga steamboat serendah RM 35 sahaja untuk seorang. Macam-macam anda boleh makan dengan kenyang dengan harga yang murah ini.
Di sini terdapat lebih pilihan daging dan ayam perapan dengan 12 jenis kesemuanya untuk anda rasai. Bahan perapan pula memang sedap dan menghasilkan aroma yang memukau ketika dibakar. Tak kurang juga pilihan bebola, sayur dan makanan laut disediakan dengan segar.
Selain itu, mereka turut menawarkan aneka jenis makanan segera, makanan bergoreng, shellout dan masakan tradisi! Yang rindukan masakan kampung, jom ke sini dan cuba kari daging, sup dan sebagainya.
Alamat: U5, Lot 3370, Jalan Kemboja, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 pm
Kebanyakan hidangan steamboat menyajikan beberapa jenis menu sampingan sahaja. Kurang memuaskan? Semestinya. Namun, isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda ke Island BBQ Steamboat.
Di samping pilihan lauk steamboat yang berbagai, menu sampingannya juga ada beraneka jenis. Laksa, bihun goreng dan nasi lemak merupakan antara yang boleh anda pesan.
Alamat: LOT 3662-B JALAN BESAR KG, Kampung Bukit Lanchung, 40400 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5.00 pm – 11.30 pm
Kebanyakan restoran steamboat menawarkan harga yang agak mahal, namun berlainan pula dengan restoran Monster Planet Grill & Steamboat yang terletak di Shah Alam ini.
Harga RM 19.90 bagi orang dewasa boleh dikatakan berpatutan dengan kualiti dan aneka jenis lauk yang dihidangkan. Antara lauk yang boleh anda pilih ialah kambing, lembu dan berbagai jenis makanan laut.
Alamat: E@curve Mall, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Restora Pak John Steamboat & BBQ ini merupakan antara restoran steamboat yang paling popular di Petaling Jaya. Kualiti lauk yang disajikan merupakan antara keistimewaan utama restoran ini.
Ada 5 jenis sup yang boleh anda pilih – tomyam, udang, miso, ayam dan kari. Untuk lauk pula, ayam, udang, kambing, lembu, sotong, lala dan banyak lagi ada disediakan. Sangat berbagai lauknya, bikin ramai rambang mata!
Alamat: PT 30006, Jalan Telekom, Kampung Johan Setia, 41200 Klang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 11 pm
Restoran VIP Container Kebun Steamboat ini bukan sahaja terkenal dengan shell-out, malah hidangan steamboat di sini juga turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Ada banyak pilihan lauk yang boleh anda cuba. Makanan laut yang ditawarkan juga cukup segar. Sotong, udang, kerang dan kepah merupakan antara yang menjadi rebutan.
Bagaimana? Anda pasti tak sabar-sabar mahu singgah di port steamboat di Selangor yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika anda berkunjung ke Selangor.
Datang pada waktu yang sesuai ya, takut berebut ruang dalam restoran atau ruang parkir pula. Selamat menjamu selera!