Pizza adalah makanan yang tidk asing di Malaysia. Pasti ramai yang pernah makna pizza bukan. sebut pizza, ramai pasti akan cuba kaitkan dengan Pizza Hut dan Pizza Domino. Fuh!

Kami kini sudah terliur apabila bercakap tentang pizza. Kali ini kami ingin kongsikan pizza yang lain dariapda lain. Pizza yang dimaksudkan adalah Wood-fired Oven Pizza.

Anda pernah ke Itali ataupun melihat rancangan televisyen untuk penembaraan mencari makanan? JIka anda pernah, pasti anda pernah melihta pizza yang dimasak dalam oven kayu? Didalamnya api bernyala tinggi. Kemudian, pizza akan dimasukkan untuk beberapa minit sebelum dikeluarkan.

Apa perasaan anda ketika itu? Terliur? Ha, tahupun! Kami juga tercari juga konsep yang sama dibuat di Malaysia. Nyata salah satunya adalah Wood-fired Oven Pizza. Jom kita layan beberapa gambar tentang restoran ini.
 

 

 

 
Harga pizza di sini pun tidaklah mahal. Ianya dari semurah RM13sehinggalah RM22. Boleh dikatakan harga yang murah berbanding tempat pizza lain. Pizza best seller yang sering dijual adalah Pizza Chicken and Mushroom iaitu berharga RM15,Chef’s favourite Smoked Beef and Rocket RM22 dan Spicy Shrimp Garlic yang berharga RM22.

Bahan yang digunakan dikatakan segar dan berkualiti termasuklah doh dan juga sos topping. Sesuai dengan visi mereka yang ingin menyediakan pizza yang berkualiti pada harga mampu milik.

Lokasi restoran ini pula adalah Shah Alam Seksyen 7. Untuk lebih tepat lagi di Jalan Akuamarin 7/21 Seksyen 7 Shah Alam. Anda juga boleh guna waze atau google map dan tulis sahaja “wood-fired oven pizza ”

Waktu operasi restoran ini pula hari Selasa – Jumaat (8pm-11pm), manakala Sabtu dan Ahad (6pm-11pm).Ianya ditutup pada hari Isnin.

Kata orang, pizza yangs sedap adalah pizza yang disedikan secara tradisional arang kayu. Tetapi persoalannya dimana boleh diperolehi di sini? Jadi, “Wood-fired oven pizza” mungkin adalah jawapannya.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.