Pizza antara hidangan yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai terutamanya anak muda masa kini. Makanannya ringkas, tetapi padat serta mengenyangkan. Kaya dengan sumber keju yang pelbagai serta taburan daging, ayam dan juga sayuran.

Pizza Cottage menampilkan hidangan berkonsep fusion dalam mempersembahkan sajian makanan buat para pelanggan yang meminati hidangan Amerika Selatan seperti pizza dan juga tortilla.

Bagi memberikan keserasian terhadap citarasa orang Asia, pasangan suami isteri Abdulla Malik dan Ahamathunisha Beevi telah bersama – sama menghasilkan hidangan Itali menggunakan rempah ratus India dalam penyediaan hidangan tersebut.

Pizza

Imej via facebook

Rempah Ratus India

Hidangan pizza ini kelihatan sama seperti di restoran lain, namun penggunaan rempah ratus India menjadikan hidangan ini agak berbeza dari segi rasa. Ia menampilkan kelainan, namun mempunyai rasa yang tersendiri.

Pemilik restoran ini telah mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam perkhidmatan francais. Beliau juga sangat mahir dalam menyediakan hidangan pizza di Pizza Cottage ini.

Selain pizza yang menjadi kegemaran ramai, restoran ini turut menyajikan fish and chips, meatball, ayam goreng, sandwich, burger,  nasi beriyani, dan bemacam lagi. Anda boleh mencuba pasta yang disajikan di sini turut menjadi kegemaran pelanggan terutama pelajar kolej yang menjamu selera di sini.

Pizza

Imej via facebook

Pizza Cottage ini telah dibuka pada November 2013 dan telah mendapat sambutan terutama dari pelajar kolej berdekatan. Restoran ini menampilkan konsep restoran makanan segera bertaraf hotel dan restoran yang mempunyai kualiti yang tersendiri. Harga yang berpatutan sangat menguntungkan pelanggan dan pelajar juga layak mendapat harga diskaun pelajar.

Setiap hidangan yang disediakan menggunakan bahan dan ramuan segar sahaja. Pizza Cottage tidak menggunakan konsep sejuk beku dalam penyediaan makanan kerana ingin menampilkan hanya yang segar dan terbaik untuk para tetamu.

Roti Kekal Lembut

Roti yang digunakan untuk hidangan pizza tetap mengekalkan kelembutannya biarpun ia telah dibiarkan sejuk dan terdedah pada udara. Ia tidak mengeras dan iat seperti roti pizza yang lain, malah ia tetap kenyal biarpun telah sejuk.

Adunan sos yang disapu di atas roti pizza mempunyai rasa yang begitu berbeza. Anda boleh memilih jenis pizza yang ingin dipesan tanpa ragu. Taburan daging, keju serta ramuan lain yang memenuhi ruangan atas pizza memberi satu kepuasan buat para peminat pizza.

Kepingan pizza yang dipesan akan dihidangkan panas – panas di atas meja. Anda akan melihat keju mozzarella yang mencair di atas pizza dan kelihatan begitu mengasyikkan apabila anda mula menggigitnya untuk kali pertama. Keju mozzarella kelihatan tertarik sewaktu anda menyuap kepingan pizza ke mulut.

Ayam Goreng

Imej via facebook

Restoran ini menampilkan dekorasi yang ringkas dan santai cukup menenangkan.  Dengan menggunakan warna yang lembut seperti pastel hijau lembut, menjadikan pelanggan sangat tenang menjamu selera di sini.

Penggunaan meja makan yang menggunakan ira papan kayu menjadikan restoran ini seolah – olah cuba menampilkan elemen desa. Ia membuatkan pelanggan berasa seolah – olah sedang menjamu selera di rumah.

Alamat : The Broad Walk, LG 2-7,No.2, Jalan Taylors, 47500 Subang Jaya 

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.