Pilot Cafe . Kafe yang agak baru dibuka di Kangar. Lokasi berdekatan Sushi King dan Bank Islam, bertentangan McDonald ini menyajikan pelbagai makanan yang sedap.

Ianya produk western dan fusion 100% muslim dan halal. Murah sedap dan berbaloi.

pilot cafe

Imej via Facebook

Menyajikan makanan dan minuman yang sangat enak untuk dinikmati oleh anda semua dan sesuai kepada semua lapisan masyarakat.

Pelbagai jenis makanan dan minuman seperti pastry, western food, coffee dan sizzling boleh dinikmati disini.

Ada Bermacam Menu Menarik Yang Menyelerakan di Pilot Cafe

Antara hidangan menarik yang popular di sini adalah chicken chop yang sememangnya lazat sehingga menjilat jari. Tidak dinafikan, Chicken sandwich mereka juga turut mendapat sambutan dari para pelanggan. Ramai cakap sedap dan puas hati dengan makanan yang di hidangkan. Harganya berpatutan janji sedap dan best.

pilot cafe chicken sandwich

Imej via Facebook

Ice mocha yang padu dan juga chocolate ice cream yang membuka selera pasti menjadi pilihan.

pilot cafe ice cream

Bila lihat menu yang disediakan, menu makanan barat yang disediakan mungkin agak berbeza sedikit dari restoran lain yang pernah dikunjungi.

Terdapat juga sizzling yang memenuhi citarasa anda bersama ketulan ayam dan cendawan shiitake Jepun.

pilot cafe sizzling mee

Antara menu istimewa lain ialah “KACANG POOL MR. BEANS”. Adunan kacang parang dan ketulan daging bersama rempah ratus istimewa kami bawakan khas untuk anda. Di makan bersama roti yang gebu pasti membuka selera anda.

Walaupun baru setahun jagung dalam bidang ini, Pilot Cafe boleh dikatakan naik dengan cepat serta popular dalam kalangan penggemar makanan barat.  Semestinya Pilot Cafe kafe yang anda tidak patut lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai masakan western dan fusion. Harga yang sangat murah dan berbaloi dengan kualiti makanan yang tip top.

Dekorasi mula dari luar sehingga bahagian dalam kafe memang simple dan sempoi. Kafe mereka juga sesuai, selesa dan tidak bising untuk small gathering, makan-makan bersama keluarga dan sambutan hari lahir.

Masa urusniaga adalah seawal jam 11.30 pagi hingga jam 11.30 malam.
Untuk tempahan dan penghantaran (jarak 3km dari kedai) sila hubungi talian 0115-7797335.

Alamat :

NO.14-G, KOMPLEKS NIAGA PKENPS,

JALAN PKENPS 6,

JALAN UTAN AJI, (93.18 km)
01000 KANGAR

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.