Buat peminat akok, kami ingin berkongsikan lokasi tempat makan akok yang terbaik di Malaysia. Tempat makan akok yang menjadi pilihan ramai warga Kelantan. Boleh dikatakan menjadi trending semenjak-dua menjak ini.

pak weil akok salor

Tempat yang dimaksudkan adalah Pak Weil Akok Salor yang terletak di Jalan Wakaf Che Yeh-Salor-Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Jadi sesiapa yang memalui jalan ini, wajib dapatkan kuih akok daripada Pak Weil Akok Salor.
 

Apakah Itu Kuih Akok?

pak weil akok salor

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan kuih akok. Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Kuih ini mempunyai beberapa jenis.Ianya biasa dibuat berbentuk bujur mengikut ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok mempunyai rasa seperti manis bertelur.

Cara pengandungan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan.

Cara pembuatnya bergantung. Ada yang masih secara tradisional iaitu menggunakan arang.
 

Tempat Makan Kuih Akok Terbaik

pak weil akok salor

pak weil akok salor
Imej:Facebook

Tempat ini sentiasa menjadi pilihan ramai. Pastikan anda datang awal supaya tidak kempunan.Sudah tentu anda wajib untuk beratur di sini.

Harga pula tidak mahal sekitar RM2 untuk 4 keping. Anda juga boleh membuat tempahan jika berminat.

Jadi, jangan membuang masa lagi.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.