Melangkah masuk ke Neka Cafe, mata mesti tertarik dengan tema Old English dan rustic ini. Kafe bertemakan makan, minum dan santai ini mula beroperasi pada 1 April 2016.

Terletak di Subang Jaya, Neka bermaksud dulang dalam dialek Kelantan menghidangkan menu fusion. Suntikan idea bagi penghasilan menu tersebut datangnya daripada para pemilik kafe berkenaan. Mereka adalah pasangan suami isteri Afis Mohd. Azlan dan Nor Shahida Mohamed Shariff berserta rakan kongsi mereka, Zarul Zaied Abd. Halil.

neka cafe

Gabungan idea oleh ketiga-tiga mereka menghasilkan rangkaian menu signatur yang sentiasa mendapat penilaian tinggi daripada para pelanggan.

Menu Istimewa Neka Cafe

kafe neka

Di sini pengunjung boleh mencuba nasi ewak kali yang sering mendapat sambutan. Nasi ewak kali sejenis hidangan berasaskan nasi putih yang didatangkan bersama ikan sungai digoreng garing bersama pucuk ubi sambal berlada.

nasi ewak kali

Antara hidangan lain yang sering dipesan adalah  nasi goreng Thai Neka dan  nasi goreng Subang Jaya. Jangan lupa untuk memesan nasi penenang singgang kembung, nasi tomyam merah membara dan nasi sambal ulek.

nasi goreng

Hidangan tulang rusuk bergetar turut menerima sambutan hangat daripada pelanggan kafe berkenaan. iA merupakan sajian lengkap nasi mentega bersama tulang rusuk yang diperap bersama sos marpaung.

Menu yang ditawarkan di Kafe Neka dijual pada harga serendah RM6 hingga RM60 bergantung kepada item. Terdapat juga hidangan menu barat yang enak seperti Neka grilled chicken chop.

chicken chop

Neka Cafe juga membuka ruang bagi mereka yang ingin mengadakan majlis persendirian di sini, dengan jumlah pelanggan minimum bagi tujuan tersebut ialah 30 orang.

Mereka cuma perlu membayar minimum RM35 seorang. Pakej tersebut didatangkan dengan beberapa menu khas bagi majlis sedemikian, namun pihak penganjur boleh mengemukakan menu yang dikehendaki mereka.

neka cafe

Kafe ini terletak di 9-G, Jalan SS15/8B, Subang Jaya, Selangor. Orang ramai yang ingin mengunjungi kafe tersebut boleh menggunakan perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) dan turun di stesen LRT SS15 yang terletak kurang lima minit dari premis berkenaan.

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 11 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 10 malam. Manakala Sabtu dan Ahad dari 11 pagi hingga 10 malam.

FB: facebook.com/nekacafe
IG: instagram.com/nekacafe

Sila SHARE kepada semua!

Kredit gambar: Facebook

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.