Nasi Lemak Kampung Baru iaitu Nasi Lemak Wanjo sangat terkenal oleh penduduk setempat mahupun orang luar. Kedai nasi lemak yang sudah mula ditubuhkan pada tahun 1967 ini menyajikan nasi lemak pelbagai campuran lauk pauk yang pasti membangkitkan selera anda.

Walaupun ramai pengunjung yang datang, jangan risau anda tidak perlu menunggu lama kerana pekerja di sini pantas menyediakan makanan anda.

NASI LEMAK KAMPUNG BARU
Imej via [google]

Sekiranya anda gemar menonton video travel vlog oleh orang luar negara yang datang ke Malaysia, terdapat juga video dimana mereka mencuba nasi lemak untuk pertama kalinya.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelancong luar negara akan datang ke Nasi Lemak Wanjo untuk merakam video ‘first trying nasi lemak’. Wah, menarik kan!

nasi lemak wanjo
Imej via [google]

Menu Nasi Lemak Wanjo | Nasi Lemak Kampung Baru

Menu utama dan tumpuan pelanggan semestinya adalah nasi lemak. Nasi lemak Kampung Baru ini adalah ‘starter pack’ atau hidangan asas di sini. Ia adalah nasi lemak, sambal bersama telur rebus atau telur mata hanya dengan harga RM 4 sahaja.

Selain itu, Nasi Lemak Wanjo juga menyajikan set nasi lemak pelbagai variasi lauk pauk. Antaranya adalah nasi lemak paru, nasi lemak begedil, nasi lemak sotong, nasi lemak limpa, nasi lemak ayam goreng dan macam-macam lagi.

Nasinya tidak terlalu lembik dan tidak terlalu berderai. Manakala sambalnya pula cukup rasa pedas dan sedikit manis. Nasi lemak KL ini sesuai untuk semua peringkat usia.

nasi lemak
Imej via [google]

Di Restoran Nasi Lemak Kampung Baru ini, anda juga boleh memesan nasi lemak biasa dan kemudian gabungkan dengan lauk kegemaran anda. Ada ayam goreng, ayam sambal, daging rendang, limpa, sotong, kerang, begedil dan sebagainya. Pilihlah mengikut cita rasa dan tahap kelaparan anda.

nasi lemak kl
Imej via [google]

Menu Lain Di Nasi Lemak Wanjo | Nasi Lemak Kampung Baru KL

Selain nasi lemak, Nasi Lemak Kampung Baru Wanjo ini juga menyajikan juadah tambahan seperti pau wanjo. Bermacam-macam jenis pau seperti pau kaya, pau coklat, pau bbq ayam, pau kelapa, pau rendang dan sebagainya. Pau mereka sangat lembut disediakan panas-panas buat anda.

Lain daripada minuman biasa yang disajikan, Nasi Lemak Wanjo juga menawarkan kepada anda jus wanjo yang menyelerakan. Terdapat jus dan smoothies pelbagai pilihan semisal dragon fruit, apple, orange, pomegranate dan lain-lain lagi buah-buahan.

nasi lemak wanjo
Imej via [friedchillies]

Nasi lemak Kampung Baru ini telah berdiri selama lebih 40 tahun. Mereka bermula dengan gerai kecil dan kini mempunyai lot kedai lengkap dengan semua kemudahan.

Nasi Lemak Wanjo, Nasi Lemak Kampung Baru Citarasa Asli

Pengunjung amat gemar makan nasi lemak di sini kerana ia masih mengekalkan cita rasa yang sama dan asli. Apa yang anda tunggu lagi? Datang beramai-ramai ke sini bagi merasai kehebatan Nasi Lemak Wanjo adalah sesuatu yang sangat berbaloi!

Lokasi: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Waktu Operasi: (6 am – 12 am)
No Telefon: 011-63361963

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.