Kisah pengusaha restoran Nasi Lemak Saleha yang memulakan perniagaan dengan modal hanya RM 3000 dan kini mendapat pulangan sebanyak RM 400,000 sebulan mendapat perhatian ramai.

Ini jelas menunjukkan yang restoran yang diusahakan iaitu Nasi Lemak Saleha ini bukan calang-calang restoran. Walaupun sudah 10 tahun beroperasi, restoran ini masih mendapat tempat istimewa di hati orang ramai.

nasi lemak saleha

Imej via Foursquare

Bagi anda yang teringin untuk mencuba nasi lemak yang merupakan antara yang terbaik dan terkenal di KL, restoran Nasi Lemak Saleha ini wajib anda tuju.

Keenakan Nasi Lemak yang Tiada Tandingan

Mungkin menu nasi lemak ini kedengaran biasa dan senang sahaja untuk dimasak. Namun, ianya bergantung juga kepada kepakaran seseorang individu yang memasaknya, barulah menjadi.

nasi lemak sambal sotong @ nasi lemak saleha

Imej via Foursquare

Menurut ramai, nasi lemak di Nasi Lemak Saleha ini rasanya cukup enak. Aroma nasinya cukup harum dan memikat dan tekstur nasinya juga lembut. Dibungkus pula dengan daun pisang, memang bergandalah keenakannya.

Kunci utama yang menyumbang kepada keenakan nasi lemak tentulah terletak pada sambalnya, bukan? Untuk sambalnya pula, ianya manis dan tidaklah terlampau pedas.

Harga Yang Sangat Berpatutan

Jika sesebuah restoran itu merupakan antara yang terkenal di sesebuah tempat, pasti harga yang ditawarkan untuk setiap makanan itu agak tinggi. Namun, tidak di restoran Nasi Lemak Saleha.

Jangan terkejut jika kami katakan yang nasi lemak biasa di sini cuma berharga RM 1.90! Ya, memang RM 1.90 sahaja. Nasi lemak biasa ini pun sudah cukup untuk membuat perut anda kenyang.

nasi lemak biasa @ nasi lemak saleha

Imej via Foursquare

Untuk nasi lemak biasa, anda akan disajikan dengan nasi lemak, timun, ikan bilis, kacang dan telur rebus. Semestinya dibungkus dengan daun pisang yang menambah kesedapannya.

Aneka Jenis Lauk Yang Enak

Kepada penggemar nasi lemak yang ada banyak lauknya, memang rugi jika anda tidak singgah di Nasi Lemak Saleha ini. Ada beberapa jenis lauk yang boleh anda pilih untuk menambahkan lagi keenakan nasi lemak di sini.

nasi lemak rendang daging @nasi lemak saleha

Imej via Foursquare

makan @ nasi lemak saleha

Imej via Foursquare

Antara lauk yang disediakan ialah rendang daging, sambal sotong, ayam goreng, paru goreng berlada dan sambal kerang. Rasa setiap lauk dijamin enak, memang sesuai dijadikan pelengkap hidangan nasi lemaknya.

Harga yang ditawarkan untuk setiap lauk juga berbeza dan bergantung kepada kuantiti lauk yang diambil. Usah gundah tentang harganya kerana ianya berpatutan dan tidak mencekik darah!

Banyak Lagi

Imej via Foursquare

Hidangan lain selain nasi lemak turut disediakan di Nasi Lemak Saleha, antaranya ialah lontong, Nasi Ayam Saleha dan pulut kuning. Sambil anda mencuba nasi lemaknya yang istimewa, anda bolehlah mencuba menu yang lain yang tidak kurang hebatnya.

minum

Imej via Foursquare

Untuk minuman pula, anda boleh memesan teh tarik dan teh o ais. Rasanya tidak terlalu manis namun tidak pula tawar, cukup sesuai diminum sambil anda merasai nasi lemaknya.

Kesimpulan

Ada pembaca yang sudah mula terliur membayangkan nasi lemak berlaukkan rendang daging yang dibungkus bersama daun pisang ke tu? Jika ya, lekaslah serbu Nasi Lemak Saleha ini ya! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasinya:

Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi hingga 1 pagi

Anda juga dinasihatkan supaya datang lebih awal agar tidak melepas. Maklumlah bila restorannya terkenal, pasti pelanggannya sangat ramai.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.