Selain Penang, Sungai Petani juga popular dengan nasi kandar. Nasmeer, Hussein, Makbul antara restoran nasi kandar yang terdapat di sekitar Sungai Petani. Kini ada satu lagi nasi kandar yang baru dibuka. Nasi Kandar Ketegaq.
Walaupun hanya terletak di kawasan perumahan Taman Aman restoran nasi kandar ini memang tidak putus-putus dikunjungi pelanggan. Yang paling ketara, seperti tercatat pada namanya, ini adalah gerai nasi kandar milik orang Melayu dan dimasak oleh orang Melayu. Namun tetap menjadi pilihan orang bukan Melayu.
Bagi peminat nasi kandar, pasti mengakui kari di Nasi Kandar Ketegaq ini memang power. Resepi turun menurun dan menggunakan rempah berkualiti tinggi membuatkan rasanya lain dari nasi kandar mamak.
“Sedap gila baq hang.” Itulah yang pertama terucap. Campuran kuah kari digaul bersama nasi lembut, memberi rasa yang sangat menyelerakan.
Restoran yang baru dibuka 2 Oktober 2018 yang lalu pasti akan menjadi pilihan kepada penggemar nasi kandar. Bagi mengekalkan kelazatan nasi kandar tersebut, mereka menggunakan bahan segar, rempah kari giling dan bawang dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah untuk keenakan rasa kuah karinya.
Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan lauk. Termasuk ayam ros, kari ayam, kari kepala ikan, ayam goreng, sayur kobis dan bendi rebus.
Banyak pilihan lauk pauk dan yang paling penting sedap dan tempat makan selesa. Walaupun lauk nampak macam ringkas, namun gabungan kuah dan lauk member rasa yang sedap. Dalam rasa manis, terasa juga pedasnya.
Lagi satu yang paling best adalah bau nasi dan kuah yang sedap dan wangi. Kalau beli bungkus, balik rumah dan terus buka mestia bau semerbak.
Memang disyorkan kepada sesiapa yang ingin merasai nasi kandar Melayu. Kedai teratur kemas. Kalau ada yang kurang tu okay sahaja sebab baru dibuka.
Banyak yang perlu belajar dan diperkemaskan lagi.
Restoran ni terletak di Taman Aman Sungai Petani. Kalau datang dari bandar Sungai Petani, terus ke Pekan Baru. Lepas jambatan ambil simpang kanan selepas food court nampak kedai Nasi Kandar Ketegaq.
NASI KANDAQ KETEGAQ
Location : No 12 Taman Aman Sungai Petani , Kedah
Waktu operasi : 11:00 Pagi – 11:00 Malam