Terletak di tepi jalan utama Jeniang – Sik, Nasi Kandar Pak Ali ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Anda pasti dapat mengagak lokasi kedai makan ini dengan melihat kenderaan banyak di tepi jalan.

Menu makanan utama di sini ialah nasi kandar dengan pelbagai hidangan lauk-pauk. Masakan hampir sama dengan kedai nasi kandar yang lain cuma rasa yang membezakannya. Mungkin pemilihan rempah yang membezakan nasi kandar ini dengan nasi kandar yang lain.

Harga nasi kandar di sini juga lebih murah berbanding tempat lain.

nasi kandar pak ali

Menu Pilihan Nasi Kandar Pak Ali

Untuk pengetahuan terdapat dua jenis nasi yang disediakan iaitu nasi putih dan nasi kuning. Nasi kandar kuning ini adalah lambang keaslian nasi kandar yang datang dari utara tanah air. Kuning nasi ini ada yang kata datangnya dari penggunaan minyak sapi

Kebiasaanya, pelanggan memilih untuk makan nasi kandar ini bersama ayam goreng. Dimakan pula bersama sayur kobis dan kuah campur. Selain itu, terdapat juga lauk kari ikan, ayam masak merah dan daging masak kicap. Mereka yang datang ke kedai Nasi Kandar Pak Ali pasti menyukai ayam gorengnya. Ayam goreng dengan penuh rasa rempah ini sedap di makan dengan kuah campur yang pekat.

Kuah digaul bersama nasi yang berlemak lembut, memberi rasa yang sangat menyelerakan. Dalam rasa manis, terasa juga pedasnya. Ditambah pula dengan rasa cubitan isi ayam goreng yang segar diselaputi rempah. Ternyata lauk dan kuah kari yang nampak ringkas ini adalah kombinasi yang ideal dan hebat!

Ini pula maklumat penuh tentang nasi kandar yang sedap ini:

nasi kandar pak ali

Imej via Facebook

Nama Kedai: Nasi Kandar Pak Ali Jeniang.

Alamat : Pekan Jeniang, Kedah. Jika dari Gurun, sebelum jejantas kedai Nasi Kandar Pak Ali di sebelah kanan jalan.

Kedai ini dibuka pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari Ahad hingga Khamis. Jumaat dan Sabtu tutup.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .