Jarang kita temui kedai nasi ayam yang menyajikan nasi goreng ayam yang garing ayamnya. Tetapi Mancongkam Nasi Ayam adalah tempatnya!

Nasi ayam mancongkam adalah sebuah restoran nasi ayam yang menyajikan pelbagai jenis hidangan nasi ayam dan nasi goreng ayam. Ia terletak di Batu 4 Gombak, Kuala Lumpur.

Imej via [foursquare]

Restoran ini sangat selesa dan bersifat terbuka, anda boleh menikmati udara petang sambil makan nasi ayam dan menu yang tersedia di sini. Nasi ayam Mancongkam mempunyai resepi dan keenakan makanannya yang tersendiri. 

Menu Pelbagai Jenis Nasi Ayam Manchongkam

Imej via [foodpanda]

Pelbagai jenis menu nasi ayam Mancongkam seperti nasi ayam biasa, nasi ayam garing, nasi ayam hainan, nasi goreng ayam hainan, nasi goreng ayam garing, nasi goreng hailam garing dan lain-lain lagi. Nasi putih juga ada.

Jika anda sukakan ayam goreng yang garing untuk dimakan dengan nasi ayam, anda perlu memesan ayam garing. Aroma dan keenakannya membuatkan anda sangat berselera menjamu selera di sini.

Imej via [foursquare]

Dilengkapi dengan sup, kicap dan sos nasi ayam yang pekat dan menyelerakan. Anda juga boleh memesan pencuci mulut atau ala cart seperti ayam garing, tongkeng ayam dan apa sahaja yang anda inginkan.

Sup ayam yang dihidangkan juga amat enak, anda boleh memesan sup asing dan mangkuk yang lebih besar lagi daripada sup untuk set nasi ayam yang normal. Hidangan nasinya juga banyak, sekali makan, mesti kenyang sampai ke malam. 

Menu Minuman di Nasi Ayam Manchongkam

Imej via [foodpanda]

Selain nasi ayam sebagai menu makanan, terdapat menu minuman yang boleh anda pesan. Antaranya adalah minuman jus buah-buahan dan juga minuman sejuk dan panas. 

Bagi sesiapa yang gemar minum jus buah, anda boleh pesan jus tembikai, jus epal, jus nenas, jus mangga, jus belimbing dan macam-macam lagi. Cuaca panas memang sejuk dan selesa sangat jika dapat minum jus buah-buahan di Restoran Nasi Ayam Mancongkam ini.

Harga Nasi Ayam Manchongkam

Imej via [foursquare]

Harga makanan yang ditawarkan di sini sangat murah dan berpatutan. Nasi ayam bawah RM 10 pun ada bergantung kepada menu nasi ayam tersebut. Jika makan beramai-ramai, agak berbaloi makan di sini. 

Suasana restoran juga lebih santai dan selesa dengan udara luar. Seandainya beruntung, anda boleh mendapatkan tapak parking berdekatan dengan mudah. Ada masa yang penuh dengan orang, ada masa yang mudah untuk anda dapat parking.

Sekiranya belum pernah berkunjung ke sini, jom rasai nasi ayam goreng yang mengenyangkan ini!

Jom baca juga Mafia Kunafa Stall Penang.

Lokasi: ​​299, Jalan Gombak, Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Waktu Buka:  Sabtu sehingga Khamis; 11 Pagi – 7 Malam

Telefon:  010-3948915

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.