Sekali sekala teringin pula untuk menikmati makanan original dari Cina iaitu Mee Tarik. Sedapnya!
Resepi Mee Tarik original dari Lanzhou China boleh anda makan di Restoran Muslim Mee Tarik Pandan Indah. Restoran ini terletak di Pandan Indah, Ampang Kuala Lumpur.
Resepi dan style masakan cina tetapi ia adalah yang Muslim dan halal. Jadi, jika tekak teringin pula nak merasa mee tarik Cina, anda boleh ke restoran ini.
Hidangan mee tarik sup sesuai disajikan untuk semua lapisan umur dari kecil sehingga warga emas. Rasanya juga sedap dan lazat penuh rasa. Mee tarik ini lengkap dengan aroma dan keenakan resepi sebenar.
Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Mee Sup dimakan bersama Daging Lembu Rebus serta Sup Lamen. Anda juga boleh memilih jenis-jenis sup lamen seperti sup lamen vegetable, sup lamen ayam, sup lamen daging lembu.
Selain itu, terdapat juga mee tarik goreng. Antara menu mee tarik goreng pula adalah seperti mee tarik kam heong, mee tarik blackpapper dan banyak lagi.
Jom lihat antara menu-menu Mee Tarik di bawah.
Terdapat makanan tambahan yang boleh anda pilih. Side dishes ini boleh ditambah atau dimakan bersama mee tarik atau menu utama anda.
Makanan di restoran Mee Tarik Muslim ini memang sangat berkhasiat dan juga sesuai untuk mereka yang berdiet atau jaga makan.
Begitu juga dengan menu minuman disini, ia dihasilkan dari herba, bunga dan bahan yang berkhasiat. Rasanya sangat enak. Sekali sekala makan mee tarik dengan minuman semulajadi memang best.
Apabila lihat menu-menu yang ditawarkan di sini, pasti ada yang beranggapan ianya mahal. Sebenarnya, harga makanan dan minuman di sini sangat berpatutan dengan suasana tempat serta kualiti makanan.
Restoran Muslim Mee Tarik Pandan Indah ini sangat kemas, selesa dan bersih. Ia sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Yang ada anak kecil pun pasti selesa menikmati makanan di sini.
Restoran Muslim Mee Tarik ini bersambungan dengan pusat membeli belah. Alang-alang datang makan, anda boleh singgah membeli belah. Namun, parking lot agak sukar didapatkan. Anda perlu mencari tempat letak kereta yang sesuai untuk singgah di kedai makan ini.
Lokasi: R.G.10, GROUND FLOOR, MID POINT SHOPPING COMPLEX, JALAN PANDAN INDAH 1/25, PANDAN INDAH, Ampang, Malaysia
Waktu Operasi: 11 pagi sehingga 9.30 Malam
Telefon: 011-21036166
Jom baca juga GANI Famous Pasembur dan Kedai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey.