Sarapan pagi merupakan makanan pertama yang diambil setiap hari, dan ianya memainkan peranan dari aspek tenaga dan mood seseorang. Ini jelas membuktikan yang sarapan pagi memang penting.
Pening kepala tak tahu nak masak apa? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 10 menu sarapan pagi untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Tuna Egg Roll Wanpaku Wraps
Selalunya kita terdengar nama wanpaku sandwic, apa kata kali ini anda cuba resepi wanpaku gulung pula untuk sarapan? Resepi ini dikongsikan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan egg roll:
3 biji telur
Sepokok daun bawang (dihiris)
1 cili api merah (dibuang biji dan dicincang halus)
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
Bahan wanpaku wrap:
Beberapa keping wraps
Salad hijau
Lobak (disagat halus)
Kobis putih (dihiris halus)
Kobis purple (dihiris halus)
Cili api (dibuang biji dan dihiris memanjang halus)
1 tin kecik tuna pedas manis
Kepingan keju
Cara-cara:
Untuk egg roll, pukul telur dengan daun bawang, cili api, garam dan lada hitam hingga sebati.
Panaskan kuali non-stick dan griskan dengan sedikit minyak zaitun.
Tuang sedikit adunan telur. Ratakan dan gulungkan.
Tuang sedikit lagi telur dan setelah masak, gulungkan.
Ulang sehingga adunan habis. Pastikan telur menjadi sedikit garing.
Untuk wanpaku wrap, alas plastic wrap atas loyang.
Letakkanwraps dan susun salad, sayuran, egg roll, kepingan keju dan tuna.
Gulung kemas & padat. Gulung sekali dengan wrap plastic.
Potong menggunakan pisau yang tajam
Sedia untuk dihidang.
#2 Roti Puri
Roti puri merupakan hidangan masyarakat India dan ianya cukup terkenal sebagai menu sarapan, jadi anda wajib cuba resepinya. Resepi ini dikongsikan oleh Dewi Jamaliah Kamsar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin
½ cawan air sejuk dari peti sejuk
½ sudu kecil garam
Cara-cara:
Gaulkan tepung gandum dan marjerin hingga menjadi seperti serbuk roti.
Uli dengan air sejuk yang dicampur garam sehingga tak melekat di tangan.
Kemudian, tutup dan rehatkan doh dalam 15minit.
Selepas itu, bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki dan canaikan.
Kemudian, goreng dalam minyak panas dengan api sederhana besar.
Sedia untuk dihidang.
#3 Lontong
Lontong merupakan menu sarapan Johor yang cukup terkenal di negara kita. Tak perlu susah-susah ke Johor, anda juga boleh membuatnya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh اراني زواوي di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kuah lemak lontong:
¼ biji kubis
1 batang lobak (dipotong panjang)
9 batang kacang panjang
1 ikat soo hoon
1 keping fucuk (dipotong panjang)
1 keping tempe (dipotong dadu dan digoreng dahulu)
2 batang serai (diketuk)
1 cawan udang hidup
½ biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
Cara-cara:
Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
Masukkan udang dan sayur-sayuran yang keras.
Masukkan santan separuh periuk. Kacau hingga mendidih.
Masukkan kunyit sampai warna nampk cantik.
Masukkan semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Kacau menggunakan api perlahan.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.
#4 Roti Sardin
Roti sardin merupakan menu yang cukup mengenyangkan dan berkhasiat, sesuai dinikmati semasa sarapan pagi. Resepi ini dikongsikan oleh Mya Ja’amat di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin sardin kecil
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili ( ikut tahap kepedasan) (dipotong dadu)
Lada putih dan hitam secukupnya
Garam secukupnya
6 – 8 keping roti (dipotong 4)
4 – 6 biji telur
Cara-cara:
Letak sardin dalam mangkuk ke pinggan, hancur-hancurkan menggunakam garfu.
Masukkan telur ke dalam mangkuk yang berisi sardin tadi.
Masukkan sekali bahan-bahan yang dihiris halus tadi. Gaul sebati.
Celupkan roti ke dalam adunan tadi. Biar rata, kemudian panaskan minyak dan goreng. goreng.
Sedia untuk dihidang.
#5 Capati
Satu lagi makanan masyarakat India yang sesuai dibuat semasa sarapan pagi ialah capati. Enak dimakan dengan kuah dhal atau sambal sardin! Resepi ini dikongsikan oleh Wan Athirah WM di laman Facebook.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
1½ cawan air panas mendidih
Tepung untuk elak doh melekat
Cara-cara:
Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.
Masukkan air panas mendidih dan kacau menggunakan senduk.
Uli hingga menjadi doh dan canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum untuk mengelakkan doh melekat.
Goreng atas kuali non-stick.
Setelah naik gelembung, terbalikkan
Sedia untuk dihidang.
#6 Penkek
Penkek merupakan antara menu sarapan pagi yang cukup popular. Ianya juga sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Resepi ini dikongsikan oleh Suharni Yusof di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Bahan B:
1 cawan susu
1 penutup esen vanila
1 biji telur
1 sudu gula
1 sudu besar mentega / marjerin
Cara-cara:
Masuk semua bahan B dan kisar sebati.
Masukkan bahan A dan masukkantepung sedikit demi sedikit. Kisarkan.
panaskan 2 kuali non-stick, tuangkan di tengah tengah dan guna sesenduk penuh.
Tunggu sehingga bahagian atas nampak masak dan warna sekata.
Sedia untuk dihidang.
#7 Overnight Oat
Ingin mencuba menu yang menyihatkan untuk sarapan pagi? Apa kata anda cuba resepi oat overnight ini? Sangat sesuai dinikmati oleh yang sedang berdiet secara sihat. Resepi ini dikongsikan oleh Mimi Fairuz di laman Facebook.
Bahan-bahan:
⅓ cawan oat
⅓ cawan yogurt
⅓ cawan susu
Buah-buahan masam manis (dipotong):
Mangga
Strawberi
Epal Hijau
Anggur
Cara-cara:
Campurkan oat, susu dan yogurt ke dalam sebuah mangkuk.
Gaul sebati, kemudian masukkan buah-buahan yang dipotong.
Masukkan ke dalam gelas dan hias jika suka.
Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
#8 Telur Hancur ala Jordan
Biasanya kita menikmati telur hancur kosong, apa kata kali ini anda cuba resepi telur hancur ala Jordan ini? Dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Eyra Munirah Adnan di laman Facebook.
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 labu besar bawang (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
Cili potong (jumlah ikut kepedasan)
Daun ketumbar *optional
Garam
Cara-cara:
Tumiskan bawang hingga naik bau.
Masukkan tomato dan tumis hingga layu.
Masukkan cili dan daun ketumbar.
Masukkan telur dan garam. Boleh tambah serbuk perasa jika suka.
Kacau hingga kering.
Sedia untuk dihidang.
#9 Soto Ayam
Soto juga merupakan antara menu sarapan pagi yang bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan. Resepi ini dikongsikan oleh Fara Lome di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ayam (dipotong besar)
•2 batang serai (diketuk)
Minyak untuk menumis
Serbuk sup (guna separuh untuk paket kecil)
Serbuk kurma (guna separuh juga)
1 kiub pati ayam
Akar daun sup (dipotong dan dicuci bersih)
2 liter air/ 1 jag
Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji bawang merah besar
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
Bahan begedil kentang:
5-6 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dipotong kecil)
1 biji telur
Lada sulah
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cara-cara:
Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau / masak / sedikit garing.
Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
Masukkan ayam. Setelah air ayam hampir kering, baru masukkan air.
Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula dan garam.
Renehkan sehingga ayam masak.
Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti).
Untuk begedil kentang, rebuskan kentang.
Lenyekkan kentang dan masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
Dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan masukkan lada sulah. Pukul laju.
Panaskan minyak (menenggelami separuh begedil).
Celup begedil dalam bancuhan telur dan gorengkan hingga garing.
Sedia untuk dihidang.
#10 Muffin Telur
Muffin telur ini sangat sesuai disajikan jika anda ingin mencuba sarapan ala English. Pasti anak-anak akan suka! Resepi ini dikongsikan oleh Suzi Yante Md Hane di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan A:
Daging cincang
Lada benggala (dicincang)
1 biji bawang holland (dicincang)
Cendawan (dicincang)
Minyak
Keju mozarella
Bahan B:
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
Herba campuran
Sedikit garam
1 sudu besar minyak
Cara-cara:
Ambil sedikit bahan cincang dan tumis semua bahan A kecuali keju mozarella.
Tumis sehingga separuh masak dan perisakan dengan garam. Ketepikan.
Untuk bahan B, kisar semua hingga sebati. Ketepikan.
Griskan dulang pembakar dengan marjerin.
Masukkan inti daging yang telah ditumis.
Taburkan lebihan bawang holland dan lada benggala di atas muffin.
Taburkan keju mozarella dan curahkan telur.
Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
Tunggu sejuk, kemudian keluarkan dari ketuhar.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi menu sarapan pagi, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!