Menu diet tanpa karbohidrat hangat diperkatakan kini terutama dikalangan individu yang sedang menjaga berat badan dan menjaga kesihatan dari sudut pemakanan. Antara makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi adalah nasi putih, kurma, ubi dan kekacang.
Fungsi utama karbohidrat adalah membekalkan sumber tenaga, membantu sistem penghadaman dan sebagainya. Namun pengambilan sumber karbohidrat yang berlebihan mampu menjejaskan kesihatan. Oleh itu, ramai yang mengamalkan menu diet tanpa karbohidrat.
Antara kelebihan mengambil menu diet tanpa karbohidrat atau rendah karbohidrat adalah dapat menurunkan berat badan, mengawal diabetes serta memperbaiki penanda aras kesihatan.
Terdapat beberapa teknik atau cara untuk mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat dan antara yang terkenal adalah diet Ketogenik atau Keto, Atkins dan Paleo. Berikut merupakan antara menu diet rendah karbohidrat yang sesuai untuk anda:
Resepi roti ini bebas gluten dan sesuai untuk diet karbohidrat Kategonik. Resepi yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh tidak menggunakan tepung biasa tetapi tepung kelapa. Jom cuba resepi mudah dan cepat yang sesuai untuk sarapan mahupun minum petang.
Resepi asal menggunakan pasta namun pasti mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi. Oleh itu, gantikan dengan zucchini dan rasanya lebih sedap. As Adnan berkongsikan resepi diet Ketogonik mudah dan cara pemotongan zucchini adalah menggunakan penyagat. Ini bahan dan cara penyediaannya.
1. Tumis bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang telah dikisar.
2. Apabila ayam sudah masak, masukkan tomato. Kacau sehingga air tomato keluar.
3. Masukkan mix herbs, onion powder, garlic powder, mushrooms seasoning, serbuk lada hitam dan sos cili.
4. Kemudian masukkan cream cheese lalu kacau hingga sebati. Masukkan garam. Kacau sehingga garam sebati.
5. Siap dan boleh dimakan bersama zucchini.
Cucur ikan bilis ini sangat sesuai untuk pesakit diabetes mahupun mereka yang mengamalkan diet kerana rendah karbohidrat. Tidak menggunakan tepung gandum, Adila Samingan menggantikan dengan tepung kelapa dan tepung almond. Anda boleh dapatkan kesemua bahan ini di kedai bakeri.
1.Campur kesemua bahan dalam mangkuk.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sampai dapat adunan seperti dalam video.
3. Rehatkan doh selama 10 sehingga 15 minit. Goreng dalam minyak sederhana panas.
4. Goreng sehingga keperangan.
5. Siap untuk dihidangkan.
Disclaimer: Resepi ini mengandungi karbohidrat yang lebih rendah, tetapi keputusan darah bergantung kepada kawalan gula darah dan metabolik individu tersebut.
Omelette adalah antara menu diet yang bagus kerana rendah karbohidrat tetapi tinggi protein. Paling mudah untuk disediakan, jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zuraida Johan. Rasanya lemak berkrim dan pasti mengenyangkan.
1. Masukkan telor ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati dan masukkan serbuk perasa atau garam dan asingkan.
2. Kemudiaan masukkan butter dan bawang ke dalam kuali, panaskan sampai naik bau.
3. Masukkan capcicum dan tumiskan sekejap sahaja.
4. Masukkan ayam atau daging yang sudah direbus tadi dalam 1 minit (boleh tambah sayur jika mahu).
5. Masukkan telor yang sudah dikacau sebati tadi ke atas bahan tumis tadi (biarkan seketika).
6. Akhir sekali, tabur cheese di atas telur dan biarkan seketika.
7. Apabila sudah siap, boleh angkat dan hidangkan.
Jika tadi cucur bilis, ini pula cucur ayam gebu dan rangup. Paling pening, ia mengikut diet karbohidrat Ketagonik. Nama sahaja cucur, namun resepinya tidak menggunakan sebarang tepung dan hanya menggunakan ayam sebagai bahan utama. Resepi ini telah dikongsikan oleh Maizatul Husna Bt Mohamed Ramli di Facebook.
1.Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam food processor dan kisar sehingga hancur.
2. Selepas kisar, masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang satu jam. Ini bagi tujuan bagi memastikan isi ayam itu melekat dan tidak hancur semasa menggoreng.
3. Selepas satu jam, sudah boleh goreng dengan api sederhana panas. Guna kaedah deep fryer macam kita goreng cucur biasa.
Ini merupakan lima pilihan menu diet kurang karbohidrat yang boleh dijadikan santapan pagi mahupun minum petang. Sesuai untuk anda yang menjaga kesihatan, mempunyai penyakit diabetes dan sedang diet.
Namun ada kekurangan jika terus menerus mengamalkan menu diet tanpa atau kurang karbohidrat seperti kelesuan dan masalah pencernaan.
Karbohidrat yang berlebihan juga boleh mendatangkan keburukan seperti kegemukan, diabetes, obesiti dan sebagainya. Jadi, berpadalah dalam mengambil makanan yang mengandungi sumber karbohidrat.
Nak lebih banyak resepi diet menarik dan sedap? Jom cuba resepi-resepi ini: