Pertama kali saya kesini buat saya tertanya-tanya, apa istimewanya Mee Sup Mak Wan ni? Benchmark yang saya letakkan sangat tinggi lebih-lebih lagi apabila kerap mendengar dari rakan-rakan yang Mee Sup Mak Wan disini adalah sedap dan lain daripada biasa.
Secara ringkasnya, Mak Wan Mee Sup Melayu Champa sangat terkenal di Dungun. Ianya adalah mee sup champa resipi asli dari kemboja.
Hanya satu hidangan yang ditawarkan disini iaitu Mee Sup Melayu Champa menggunakan resipi yang diperturunkan dari nenek moyang Mak Wan. Pun begitu, satu hidangan itu sudah cukup untuk membuat ramai pengunjung kembali ke tempat makan yang terletak di Dungun, Terengganu ini.
Di atas adalah pandangan yang biasa di awal pagi terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu. Pertama kali saya ke sana, kami sekeluarga terpaksa menunggu buat seketika bagi mendapatkan meja kosong. Perut dahla lapar, kena menunggu pula. Saya harap berbaloi lah penantian saya ni.
Sampai giliran membuat pesanan, kami diberi pilihan samada mihun, mee champa, mee kuning, kuey teow ataupun campur. Saya memilih campuran mihun dan mee champa. Ye lah nak test semua. Mee champa ni kelihatan seperti kuey teow tetapi ianya sedikit halus dan teksturnya lebih pejal.
Tak lama lepas tu sampailah waktu yang ditunggu. The moment of truth! Apa yang menariknya, kami dihidangkan dengan satu talam yang mengandungi kicap, sos ikan, lada sulah, sambal lada, gula garam dan limau kasturi.
Ah mungkin ini rahsia kenikmatan sebenar Mee Sup Mak Wan! Anda cipta sendiri rasa yang menepati citarasa lidah anda! Jika kurang masin, tambah kicap. Jika suka pedas, tambah lada. Jika suka lebih masam, lebihkan limau!
Kesimpulannya, mee sup mak wan kelihatan seperti mee sup daging yang ringkas tetapi supnya kaya dengan perisa serta dagingnya sangat empuk.
Seriously selepas ditambah sedikit kicap, lada dan limau ikut selera sendiri, hidangan yang ringkas ini menjadi sangat luar biasa! Confirm repeat!
Informasi : Waktu operasi dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang atau hingga mee habis setiap hari. Gerai Mak Wan terletak berhampiran Padang Golf Dungun.