Mee sememangnya digemari oleh semua lapisan masyarakat dalam negara kita, tetapi tahukah anda bahawa terdapat sebuah restoran mee yang sangat popular dan digemari ramai di Selangor!

Restoran Mee Racun Titan Sungai Buloh adalah pilihan ramai penggemar mee di Kuala Lumpur dan Selangor.

Walaupun mungkin di Sungai Buloh agak terkenal dengan masakan ala-ala Barat kebanyakannya, namun percayalah anda tidak akan kecewa untuk menjamu selera dengan hidangan mee disini.

mee racun sungai buluh
Imej via [google]

Keistimewaan restoran ini bukan hanya terletak pada kelazatan makanannya, malahan kedudukan restorannya juga sangat strategik. Kedudukan restoran mee racun ini berhampiran dengan beberapa pusat membeli belah, pasti akan membuatkan para kaki shopping kembali bertenaga selepas makan disini.

Selain itu, penggunaan claypot dalam penyediaan mee racun ini juga sangat sesuai untuk anda yang suka mengambil gambar makanan. Pasti memberikan pengalaman yang sangat bermakna buat anda yang belum pernah makan di restoran mee racun sebegini.

mee racun sungai buloh
Imej via [google]

Menu Utama Mee Racun Sungai Buloh

Menu yang menjadi pilihan utama di restoran Mee Racun Sungai Buloh semestinya adalah Mee Racun. Untuk pengetahuan anda, Mee Racun ini menggunakan bahan-bahan seperti gearbox kambing, gearbox lembu, udang galah dan juga daging lembu.

Bagi konsep mee mereka pula, ia menggunakan mee kuning berkuah dengan bebola daging yang sangat menyelerakan.

mee racun titan
Imej via [ohsempoi]

Selain itu, hidangan mee disini juga turut didatangkan dengan beberapa nama lain yang pelik seperti Mee ICU, Mee Koma, Mee Jannah dan juga Mee Syahid.

Untuk kuantiti menu mee pula, sangat banyak dan kena dengan harganya. Dari segi rasa mee pula, sangat menyelerakan dan daging yang dimasak juga sangat lembut. Untuk harganya pula, pasti berbaloi dengan apa yang ditawarkan oleh restoran Mee Racun Titan Sungai Buloh ini.

mee racun titan
Imej via [foursquare]

Menu Lain Di Restoran Mee Racun Titan Sungai Buloh

Selain Mee Racun berkuah yang menyelerakan, restoran ini juga menyediakan makanan lain seperti bihun, kuey teow dan juga nasi yang dihidangkan bersama sup yang menyelerakan.

Jadi, sekiranya anda tidak gemarkan mee, anda juga boleh menjamu selera dengan menu-menu lain yang juga sama hebat seperti Mee Racun.

Sup-sup disini juga diberi dengan nama yang pelik-pelik seperti Sup Paracetamol, Sup Koyok, Sup Plaster, Sup Minyak Angin dan juga Sup Antibiotik.

mee racun selangor
Imej via [foodpanda]

Rata-rata pengunjung yang ingin ke pusat membeli-belah atau baru sahaja balik dari pusat membeli belah biasanya akan singgah ke restoran Mee Racun Titan Sungai Buloh ini.

Anda boleh kunjungi bersama keluarga dan juga rakan-rakan ke Mee Racun Titan Sungai Buloh untuk menikmati kesedapan mee berkuah sambil bergambar.

Lokasi: Medan Selera MBSA, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: 3 petang hingga 10.30 malam (kecuali hari Rabu)

No. Telefon: 018-261 1466

Jom baca juga Restoran Dima Masakan Arab, Pak Putra Tandoori Dan Naan serta Atlantic Nyonya Restaurant.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.