Jika anda peminat tegar mi bandung, memang rugi jika anda tidak pernah terdengar tentang restoran mi bandung yang cukup terkenal di Muar – Mee Bandung Abu Bakar Hanipah!

Tidak dinafikan, negeri Johor memang terkenal dengan hidangan mi bandung Muar. Singgah sahaja di mana-mana gerai, pasti ada mi bandung. Namun, untuk mencari yang resepinya asli, bukan mudah.

Sebab inilah ramai pelanggan menerjah restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mengapa ianya begitu istimewa, teruskan membaca!

Keenakkan Resepi Mi Bandung Muar Asli

Seperti yang kami katakan tadi, tak semua restoran menghidangkan mi bandung Muar yang asli resepinya. Kadangkala, rasa mi bandung itu sendiri berlainan dari yang sepatutnya. Kecewa? Semestinya!

Namun, isu tersebut tidak akan anda hadapi jika anda cuba mi bandung di sini. Restoran ini menggunakan resepi mi bandung asli, warisan turun-temurun sejak tahun 1930-an lagi!

mi bandung abu bakar hanipah

Imej via Foursquare

Dari segi rasanya pula, memang ramai yang berpuas hati. Menurut pelanggan, mi bandungnya cukup pekat. Rasa udangnya juga turut terasa, setiap suapan menjanjikan keenakkan yang teramat!

mi bandung

Imej via Foursquare

Mi bandung ini juga bersaiz besar. Ada udang yang agak banyak disajikan yang menggandakan keenakkannya. Harganya? Cuma RM 5 sepinggan, sangat berpatutan dengan kualiti yang dijanjikan.

Mee Goreng, Tidak Kurang Hebatnya

Bukan mi bandung Muar sahaja yang menjadi kegemaran ramai. Malah, mi goreng di sini juga turut menerima tempias yang sama.

mi goreng

Imej via Foursquare

Walaupun hidangan mi goreng ini kedengaran biasa sahaja, kami yakin anda pasti akan turut menggemarinya. Wah, agak-agak apa yang membuatkan mi goreng begitu istimewa di sini?

Mi gorengnya dikatakan sangat kaya dengan pelbagai rasa namun tidaklah melampau. Pendek kata, memang secukup rasa. Selain itu, saiznya besar dan aromanya cukup harum. Boleh bikin sesiapa yang terbau kecur air liur!

Banyak Lagi

Imej via Foursquare

Kurang menggemari mi? Jangan risau, cubalah hidangan ringan di sini! Antara hidangan lain yang disajikan dan disukai ramai ialah sate. Ramai pelanggan memuji isi daging yang lembut dan kuah sate yang cukup ‘padu’!

kopi @ mi bandung abu bakar hanipah

Imej via Foursquare

Untuk minuman pula, memang rugi jika anda tak cuba kopi di sini. Kopinya yang pekat namun tidak terlalu manis ini cukup sesuai dinikmati semasa sarapan, pasti menyegarkan tekak!

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah mula kecur air liur membayangkan kelazatan mi bandung Muar di restoran ini? Jika berkesempatan ke sini, memang rugi jika anda tak singgah untuk menikmatinya!

Kami yakin anda pasti sudah mula memasang niat untuk menyerbu restoran ini jika berkunjung ke Muar, bukan? Jika ya, lekaslah berbuat demikian sebelum terlepas peluang.

Anda juga digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran, selamat mejamu selera!

Alamat: Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 pagi – 4 petang

Ingin singgah di restoran mi bandung lain di Johor? Klik di link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!
5 Restoran Mi Bandung Asli dan Terbaik di Johor (MENARIK!)

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.