Asyik makan jer, tapi tak tahu pula asal usulnya! Siapa pernah makan nasi padang? Sedap kan.

Nasi Padang adalah nasi putih yang dimakan bersama dengan lauk pauk khas Indonesia. Menu ini berasal dari Kota Padang, ibu bandar wilayah Sumatera Barat.

Apakah lauk bagi menu nasi padang? Menu nasi padang adalah nasi yang dimakan dengan lauk rendang, dendeng batokok, ayam pop, gulai tunjang, gulai ikan, ikan asam pedas dan banyak lagi.

Ini Port Kegemaran Bagi Peminat Urat Tunjang 

Ramai yang tak tahu bahawa restoran Masakan Padang Asli Kampung Baru ini cukup terkenal dengan masakan urat tunjang. Bagi penggemar urat tunjang, mereka akan rasa seronok untuk makan di sini. 

Tak pernah makan urat tunjang, anda boleh cuba menu Gulai Urat Tunjang di sini. 

Imej via [facebook]

Menu Makanan Di Masakan Padang Asli Kampung Baru

Di sini, anda boleh menikmati masakan padang seperti nasi dan lauk pauk nasi padang seperti gulai ayam, tempe goreng, sambal hijau dan juga sambal keli. Menu ayam dan lauk yang lain juga banyak disediakan. 

Jika datang beramai-ramai, tidak salah untuk anda tempah banyak lauk dan kongsi sesama sendiri. Dapatlah rasa banyak lauk sebab masakannya memang enak. 

Imej via [facebook]

Antara lauk pauk nasi padang yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Ikan tenggiri
  • Ikan kembong
  • Dendeng
  • Urat Tunjang
  • Perut
  • Daging rendang
  • Ayam kampung
  • Aneka ikan keli
  • Ikan salai
Imej via [facebook]

Banyak lagi menu-menu nasi padang, tetapi paling popular di sini adalah Gulai Urat Tunjang. Amat susah nak jumpa di luar sana, oleh itu kena makan bila dah sampai di Masakan Padang Asli Kampung Baru ni. Begitu juga dengan sambal hijau. Rugi kalau tak cuba.

Imej via [facebook]

Harga Masakan Padang Asli Kampung Baru, Kuala Lumpur

Secara jujurnya, harga makanan yang dijual di sini adalah sedikit mahal berbanding dengan masakan padang di kedai lain. Jika anda teringin makan di sini, tak ada salahnya untuk mencuba. Cuma kena datang awal sedikit, jika lambat takut banyak lauk yang dah habis nanti.

Tips Datang Ke Masakan Padang Asli Kampung Baru

Imej via [kyspeaks]

Untuk datang ke sini, ia tidak susah. Ikut sahaja waze atau maps mesti sampai di sini. Bagi sesiapa yang menaiki kereta, anda perlu mencari parking yang sesuai di tepi jalan. 

Tak nak pening-pening, naik grab atau kemudahan awam saja, sampai sini tak perlu fikir pasal parking. Terus makan jer.

Restoran Masakan Padang Asli Kampung Baru ini juga sesuai dijadikan port makan beramai-ramai kerana suasananya santai dan terbuka. 

Lokasi:  69, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 Pagi sehingga 8 Malam

Telefon: 03-26919072
Jom baca juga Seri Talam Cat Cafe dan Warung Pak Enal Melaka

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.