Cari tempat makan menarik di Pavillion? Makanan bertemakan Hotpot kini kian terkenal di Malaysia dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Jika anda salah seorang darinya, artikel ini khas untuk anda! 

Salah satu menu berasaskan Hotpot yang perlu anda cuba adalah Mala Mini Hotpot yang mula mendapat perhatian ramai dan kian viral.

Mala Mini Hotpot kini telah memasuki pasaran makanan di Malaysia. Jika ada yang tak tahu, Mala Hotpot merupakan kaedah makan yang mudah dan digunakan oleh tukang perahu sewaktu hujung zaman dinasti Ming dan permulaan dinasti Qing di China.

Resepi yang digunakan untuk menu Mala Mini Hotpot telah diinspirasikan oleh tukang perahu tersebut yang bekerja di jeti Sungai Jialing dan Chaotianmen Dock yang terletak di Chongqing.

Sewaktu zaman tersebut, tukang perahu telah mencipta satu menu iaitu sup yang sesuai dengan cuaca yang sejuk di sana. Untuk memanaskan badan, mereka telah membuat satu resepi campuran sup yang panas dan pedas.

Antara bahan yang digunakan dalam sup adalah aneka jenis cili, rempah herba, aneka daging atau makanan laut serta sayur-sayuran. Keenakan resepi ini telah membuatkan ianya berkembang dan digemari masyarakat seluruh dunia terutama penggemar Hotpot.

Bagi penggemar makanan Hotpot di Malaysia, anda memang perlu cuba Mala Mini Hotpot yang kini berada di pasaran Malaysia. Terletak di Pavilion Kuala Lumpur di deretan Food Republic, pelbagai menu yang boleh anda cuba dan yang penting adalah halal. Mala Mini Hotpot mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sejak pembukaannya pada bulan lepas.

Lebih 60 bahan disediakan yang terdiri daripada daging, aneka mi, aneka makanan laut dan sayur-sayuran. Tiga produk utama keluaran Mala Mini Hotpot yang menjadi kesukaan ramai adalah Malatang, Mala Chuan Chuan dan Mala Hotpot. 

MALATANG

Buat pengetahuan anda, Malatang adalah ‘street-food’ yang sangat terkenal di China terutama di Beijing, Guangzhou, Shanghai dan Xinjiang. Menu yang diinspirasikan dari masakan Sichuan ini menjadi lambang budaya setempat sehingga mendapat banyak sambutan dari ramai pihak, sesuai dengan konsepnya cepat, sedap dan murah.

Sebenarnya Malatang diambil sempena istilah ‘Ma-La-Tang’ yang membawa maksud lada serta serbuk cili perlu dimasukkan dengan banyak dalam menu tersebut agar ia menjadi ‘pedas dan kebas’.

MALA CHUAN CHUAN

Mala Chuan Chuan tidak kurang hebatnya. Menu lazat ini sebenarnya merupakan makanan tradisional yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Chongqing dan Sichuan. Setelah tersebar luas di seluruh China kerana keunikannya, ia menjadi lambang pemakanan terhadap masyarakat di sana.

Pada asalnya, Mala Chuan Chuan adalah teknik memasak dimana bahan-bahan menu dicucuk terlebih dahulu pada sudu dan kemudiannya dicelup ke dalam sup dan periuk panas.

MALA HOTPOT

Untuk menu terakhir iaitu Mala Hotpot, ia merupakan menu asli berasal dari Sichuan yang mempunyai aroma yang kuat, rasanya yang pedas tetapi sangat menyelerakan. Menu ini kian terkenal kerana kelazatannya yang semulajadi.

Ia dimasak dengan cara mencelupkan daging ke dalam sup yang pedas iaitu campuran cili dan lada Sichuan. Hidangan ini kemudiannya disajikan bersama sos. Seperti Malatang dan Mala Chuan Chuan, Mala Hotpot juga mendapat sambutan hangat di seluruh wilayah China.

Menarik bukan? Jom ajak keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba Mala Mini Hotpot, resepi turun-temurun dari China yang pasti menambah selera anda.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Mala Mini Hotpot atau kunjungi media sosial mereka:

Instagram: Mala Mini Hotpot

Tiktok: Mala Mini Hotpot

Facebook: Mala Mini Hotpot

Lokasi: Food Republic, Stall 13, Pavillion Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 10.00 malam)

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.