Tertanya-tanya apakah makanan viral di Malaysia yang wajib anda cuba?
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis genre makanan. Dari makanan Barat, Thai, masakan kampung, makanan Cina, India, Baba Nyonya, semuanya ada. Jelas menunjukkan variasi genre yang boleh didapati di sini.
Makanan yang viral juga merupakan makanan yang kerap menjadi buruan ramai. Tertanya-tanya apakah makanan viral di Malaysia yang boleh dicuba? Teruskan membaca!
Fenomena bubble tea atau lebih dikenali sebagai boba mula viral sejak beberapa tahun lepas. Kegilaan ramai terhadapnya terbukti apabila ada banyak cawangan kafe yang menyediakan boba yang boleh didapati di seluruh Malaysia.
SS15 yang terletak di Subang Jaya boleh dikatakan sebagai lorong boba dek kerana lambakan kedai boba yang boleh didapati di situ. Antaranya ialah The Alley, Daboba, Xing Fu Tang, JLD Dragon dan banyak lagi.
Cendol durian merupakan makanan yang sudah lama bertapak di negara kita. Jadi, ianya bukan satu perkara yang baru. Namun, beberapa tahun lepas, ada satu gerai cendol di Chow Kit yang mula menjadi buah mulut orang ramai.
Bukan kerana perkara yang negatif, malah ianya semakin terkenal dengan cendol durian yang disajikan. Durian yang disediakan segar-segar dan cukup manis. Ianya menggandakan lagi keenakkan cendol yang rasanya lemak-lemak manis.
Nama gerai coconut shake ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Pasti kebanyakan pembaca sudah pernah terdengar tentang gerai Coconut Shake Klebang yang teramat terkenal di Melaka ini, bukan?
Jika anda pernah ke Melaka dan tidak singgah di sini, anda memang rugi! Minuman tersebut dikatakan sangat sedap – rasanya yang berkrim dan manis ditambah pula dengan rasa kelapa yang segar mampu bikin sesiapa sahaja ketagih dengannya!
Makanan atau minuman yang manis memang menjadi kegemaran orang kita, tidak dinafikan. Buktinya, kebanyakan makanan atau minuman yang viral memang manis-manis belaka. Salah satunya ialah milo kepal.
Milo kepal sudah mula terkenal sejak beberapa tahun yang lepas lagi, namun ianya masih lagi terkenal sehingga kini. Pergi sahaja di mana-mana gerai atau di pasar malam, pasti ianya ada dihidangkan. Lebih enak jika ianya pekat!
Oden merupakan makanan yang berasal dari Jepun. Ianya selalunya menggabungkan bahan-bahan seperti fishcakes bersama kuah yang pedas rasanya di dalam mangkuk kecil.
Oden mula terkenal semenjak Family Mart, sebuah kedai serbaneka dari Jepun mula beroperasi di Malaysia. Sejak ianya dihidangkan, ianya mendapat sambutan yang cukup hangat daripada orang kita. Tidak menghairankan kerana oden sememangnya lazat!
Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang menu Butter Chicken ini? Menu ini merupakan antara makanan yang viral sejak beberapa tahun yang lepas di negara kita.
Restoran seperti Jibril dan Gold Chili merupakan antara restoran yang dikatakan menyajikan Butter Chicken yang tersedap. Rasanya yang cukup berkrim dan tidak pula memuakkan merupakan antara faktor utama ianya sangat digilai.
Anda pasti pernah terlihat video ketulan ayam goreng yang dililit dengan keju di mana-mana platform di media sosial, bukan? Hidangan Korea itu juga merupakan antara makanan yang sangat popular di Malaysia.
Ianya boleh didapati di K Fry Urban yang boleh didapati sama ada di IOI Putrajaya atau di Suria KLCC. Ramai pelanggan memuji rasa ayam yang rangup serta rasanya yang sedikit manis memang sesuai dinikmati bersama keju.
Jus buah mungkin kedengaran seperti minuman yang biasa sahaja buat anda. Anda pasti tidak menyangka yang di Terengganu, ada satu gerai jus buah yang sangat terkenal di situ.
Jus buah di gerai ini diakui sangat sedap oleh ramai pelanggan yang telah mencubanya. Ianya juga tidak terlampau manis, memang sedap diminum semasa cuaca panas terik. Sangat menyegarkan tekak!
Souffle Pancake merupakan penkek gebu yang mula terkenal di Jepun. Bukan sahaja di Jepun, malah pada tahun lepas, hidangan ini mula menempa nama di negara kita.
Ada banyak kafe yang menyajikan penkek ini, jelas menunjukkan yang ianya memang popular. Penkek gebu ini cukup enak dimakan bersama buah strawberi segar. Jika anda ingin menikmatinya begitu sahaja, keenakkannya masih terjamin!
Aiskrim yang disajikan di kedai serbaneka Family Mart ini bukan seperti aiskrim biasa ya! Ianya merupakan aiskrim Soft Serve yang ada berbagai perisa. Aiskrim ini juga merupakan antara menu yang popular di Family Mart selain Oden.
Antara perisa yang boleh didapati ialah Matcha, Strawberry, Coklat dan banyak lagi. Jika dilihat, aiskrim di sini seakan-akan aiskrim Godiva yang cukup terkenal di serata dunia. Ada juga yang mengatakan kualitinya setanding dengan Godiva, sangat menarik!
Boat Noodle merupakan hidangan yang asalnya terkenal di Thailand. Ianya juga merupakan antara menu yang paling popular di negara kita sejak beberapa tahun yang lalu.
Boat Noodle biasanya disajikan di dalam mangkuk kecil, dan pelanggan akan memilih jenis mi yang diingini. Gambar mangkuk yang bertindih sesama sendiri merupakan antara yang kerap dimuat naik ke sosial media, jelas menunjukkan popularitinya.
Mykori merupakan restoran yang menyajikan ais kepal ala-ala Bingsu. Ianya juga merupakan salah satu port makanan viral di negara ini. Kafe ini mempunyai banyak cawangan di serata Malaysia.
Antara ais kepal yang boleh anda cuba ialah Chocolate Banofee Kakigori, Chocolate Tiramisu Kakigori, Chocoreo Kakigori, Hojicha Kakikogori dan banyak lagi. Bukan sahaja sedap, malah menyegarkan tekak!
Penggemar kopi, anda wajib serbu kafe ini – Mr Manshor Kopitiam Power! Kafe ini menyajikan kopi yang bukan biasa-biasa kualitinya. Jadi, tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya syurga pencinta kopi.
Kopi yang melonjakkan nama kafe ini ialah Kopi Power. Kopi ini sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Kopinya juga melimpah ruah sehingga ke piring, nampak sangat menyelerakan!
Melihat perkataan ‘miker’ itu sendiri pasti membuatkan anda teringat kepada negeri Perak, bukan? Ya, Pizza Miker ini memang terletak di Ipoh, Perak. Ianya juga merupakan restoran pizza paling terkenal di situ.
Walaupun baharu sahaja beroperasi sekitar 2015, pizza di sini memang laku keras. Ramai pelanggan memuji keenakkan pizza yang tidak terhingga. Doh yang lembut serta topping yang sedap-sedap, semuanya sempurna!
Hidangan ini mula menjadi sebutan ramai sejak tahun lepas. Ianya mula terkenal di negara Asia lain iaiatu Korean dan Jepun, dan setelah ianya diperkenalkan di Malaysia, jumlah penggemar corndog memang meningkat secara mendadak.
Ada pelbagai gerai dan restoran yang menyajikannya. Ada juga yang membuat bisnes menjual corndog, jelas menunjukkan betapa lakunya hidangan ini. Melihat video orang yang menikmatinya sahaja mampu bikin kecur air liur!
Pernah terdengar nama restoran Nasi Lemak Tepi Jalan? Ianya merupakan restoran yang cukup terkenal dengan hidangan nasi lemak yang ada variasi jenis lauk.
Nasi Lemak Lobster merupakan menu yang wajib anda cuba. Ianya disajikan bersama udang karang yang segar dan lembut isinya. Setiap suapan itu digambarkan sebagai heaven oleh ramai pelanggannya, rugi tak cuba!
Mungkin kek kedengaran seperti pencuci mulut yang biasa sahaja buat anda, tambahan pula kek keju. Namun, jika anda mencuba kek keju Mangga di Kulacakes ini, anda pasti akan berubah fikiran.
Kula Cakes merupakan kedai kek yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis kek. Kek keju mangga merupakan kek signature di sini. Setiap hari, ramai pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkannya, memang popular!
Ada banyak gerai roti canai yang boleh didapati di Penang, namun gerai Roti Canai Jalan Argyll merupakan antara gerai makanan viral di Malaysia yang paling terkenal.
Roti canainya yang lembut dan gebu memang sedap dicicah bersama kuah kari yang menggunakan resepi turun temurun. Memang sangat sedap, tambahan pula jika kuahnya membanjiri roti canai. 5 bintang!
Sukakan aiskrim jenis soft serve? Ada banyak restoran atau kedai yang menjualnya, namun tak semua mampu memenuhi citarasa pelanggannya. Berbeza pula dengan aiskrim di Rollney ini.
Rasanya yang sedap namun tidak terlampau manis serta perisa yang berbagai merupakan antara faktor utama ianya semakin terkenal. Ianya juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, jadi singgah sahaja di cawangan yang berdekatan untuk mencubanya.
Nama hidangan ini pasti membuatkan anda sedikit gerun, bukan? Jangan risau, mi yang disediakan bukanlah mi yang beracun. Ianya merupakan mi rebus yang disediakan bersama tulang lembu.
Kuah mi rebus yang cukup lazat, ditambah pula dengan tulang yang melengkapi selera merupakan antara tarikan utama hidangan ini. Mungkin racunnya ialah ianya bikin ramai pelanggan ketagih dengan kelazatannya!
Jika anda berpeluang untuk melancong ke Kota Bharu di Kelantan, kami sarankan agar anda singgah di gerai Pak Mat yang cukup terkenal dengan minuman teh tarik madu ini.
Umum mengetahui yang orang Kelantan memang terkenal dengan makanan dan minuman manis. Jadi bukan satu kehairanan apabila gerai ini mendapat sambutan yang hangat. Melihat gambar teh tarik madunya sendiri mampu membuatkan sesiapa sahaja terliur!
Melaka merupakan negeri yang sangat terkenal dengan pelbagai pilihan makanan. Minuman juga tidak ketinggalan, malah cendol dan coconut shake merupakan antara minuman yang sangat terkenal di situ.
Cendol Kampung Hulu merupakan gerai cendol yang cukup popular sekitar sini. Keunikan utamanya ialah ianya disajikan bersama buah-buahan segar seperti buah mangga, buah naga dan buah durian.
Kek dan telur masin? Kedengaran aneh buat sesetengah orang, namun hidangan sebegini memang wujud. Ianya juga merupakan antara makanan viral di Malaysia yang cukup popular!
Absolut Chocolat merupakan syarikat yang terkenal dengan kek tersebut. Kek arang ini akan dibanjiri dengan sos telur masin dan topping untuk kek ini ialah serbuk telur masin. Ramai pelanggan menggemari rasanya yang manis dan sedikit masin, sangat sedap!
Sebelum anda sebutkan nama minuman ini kepada barista, mungkin anda perlu tarik nafas yang dalam terlebih dahulu. Hal ini kerana nama minuman ini memang panjang.
Toffee Nut Latte Frappe with Chocolate Drizzle and Caramel Drizzle upside down topped with Frappuccino Chips – minuman ini mula menjadi sebutan ramai setelah ianya viral di Twitter. Semestinya manis dan kena dengan citarasa ramai.
Pernah terdengar tentang restoran Ehsan’s? Restoran ini kian viral di media sosial dek kerana penangan naan keju yang cukup hebat, memang bikin ramai ketagih dengannya!
Keistimewaan utama naan keju di sini terletak kepada ketebalan rotinya dan jumlah keju yang banyak namun ianya tidak memuakkan. Sekali tarik, memang panjang kejunya. Kami yakin anda pasti mula berkeroncong perut terbayangkan kelazatannya.
Banyak juga makanan viral di Malaysia yang sedap dan boleh dicuba. Ini pun bukan kesemuanya, ada banyak lagi yang tidak kami senaraikan. Yang pasti, kami yakin anda pasti sudah teringin untuk mencuba makanan-makanan yang kami senaraikan ini, bukan?
Jika berkesempatan, singgah sahaja di mana-mana warung atau restoran yang menyajikan makanan sebegini. Ada juga yang dijual atas talian, lebih senang untuk anda mendapatkannya. Selamat menjamu selera!