Makanan pelik terdapat di mana sahaja. Bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Malah, keinginan yang pelik – pelik juga  telah menghasilkan pelbagai hidangan yang sukar di duga.

Oleh itu, kita tidak perlu hairan kenapa sesetengah masyarakat gemarkan sesuatu yang pelik dalam kehidupan mereka. Ini kerana daya pemikiran kita adalah berbeza antara satu sama lain.

Antara makanan yang ditulis ini mungkin anda pernah makan, dan bagi anda tiada satu pun yang pelik. Namun, tidak semua berfikir sepertimana yang anda fikirkan.

Berikut dikongsikan pelbagai jenis makanan pelik yang terdapat di serata dunia dan bukan di Malaysia sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat makanan pelik yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam kerana bertentangan dengan ajaran agama.

#1. Kaki Ayam

Bagi sesetengah orang, kaki ayam dianggap jijik untuk dimakan. Namun, kaki ayam mempunyai khasiat yang tinggi iaitu kolagen. Ia bagus untuk mengekalkan keremajaan kulit serta dapat mengelakkan sendi tulang menjadi rapuh dan sakit.

Kaki Ayam

Imej via mindabeku

Kaki ayam biasanya enak dimasak sup, kerabu, goreng, masak kicap, gulai atau kari yang dimakan bersama. Teksturnya yang lembut dan kenyal ini membuatkan ramai peminat hidangan ini tidak melepaskan peluang menikmatinya.

Kaki Ayam

Imej via freemalaysiatoday

#2. Zakar Lembu

Pernah kah anda terfikir bahawa zakar lembu boleh dijadikan sebagai hidangan yang menjadi kegilaan ramai. Jika anda hendak tahu, restoran mamak menjadikannya sebagai hidangan wajib di restoran mereka.

Sup Zakar Lembu

Imej via reddit

Hidangan yang menggunakan zakar lembu ini dikenali sebagai sup torpedo. Ia dikatakan dapat meningkatkan kesihatan kaum lelaki. Oleh sebab itu, ia sering dinikmati oleh golongan lelaki sahaja yang sangat menggilai hidangan ini.

Sup Zakar Lembu

Imej via touch.travel.qunar

#3. Tofu Darah

Tofu darah terhasil dari gabungan darah ayam, lembu mahupun babi. Gabungan ketiga – tiga bahan ini menghasilkan warna merah coklat pada tofu. Warna ini cukup berbeza berbanding tofu biasa yang warnanya putih kekuningan.

Tofu Darah

Imej via travellingyuk

Tofu darah ini begitu terkenal di Hong Kong dan juga selatan China. Biasanya ia dimasak bersama sayuran dan boleh dimakan bersama mee mahupun nasi.

Tofu Darah

Imej via ruthtobias

 #4.  Haggis

Di Scotland, haggis merupakan makanan kegemaran ramai. Ia merupakan campuran hati, jantung, paru – paru serta perut kambing yang dimasak bersama bawang dan juga rempah ratus.

Haggis

Imej via carolinescooking

#5. Itali – Casu Marzu

Keju merupakan snek yang enak dan boleh dimakan dengan pelbagai cara. Namun, di Itali pula, keju dimakan dengan cara yang cukup berbeza. Orang Itali gemar memakan keju basi yang merupakan antara makanan tradisional mereka.

Casu Marzu merupakan sejenis kek keju.  Namun, ia bukanlah kek keju biasa kerana ia merupakan kek keju yang mengandungi ulat berengga.

Keju basi ini mengandungi larva serangga yang masih hidup. Kehadiran larva ini memberi rasa dalam keju tersebut dan dikatakan lebih enak dimakan bersama.

Casu Marzu

Imej via allthatsinteresting

Keju yang digunakan akan ditapai sehingga ulat – ulat berengga ini wujud. Kaedah ini adalah bagi  mengurangkan lemak yang terdapat di dalam keju. Ada juga yang makan kek keju ini bersama ulat yang terdapat di dalamnya.

Imej via allaboutitaly

#6. Vegemite

Vegemite kelihatan seakan sapuan coklat Nutella. Namun, ia adalah berbeza dengan apa yang anda fikirkan. Vegemite ini merupakan sapuan yang boleh dimakan bersama roti, pastri atau pun biskut.

Vegemite

Imej via news

Sapuan vegemite ini diperbuat daripada lebihan yis yang digunakan bagi membuat bir. Rasanya agak masin, pahit serta malt. Ia hanya boleh didapati di Australia sahaja.

Vegemite

Imej via aussiecuisine

#7. Telur 1000 tahun

Telur 1000 tahun ini bukanlah telur yang telah disimpan beribu tahun lamanya. Namun, telur 1000 tahun ini merupakan telur yang dijeruk menggunakan tanah liat, kapur, serta serbuk abu yang diperam selama beberapa bulan.

Telur 1000 Tahun

Imej via tokopedia

Telur yang diperam lama ini akan menukarkan warna kuning telur kepada warna kehijauan. Telur ini juga mempunyai bau yang agak kuat seperti sulfur dan ammonia.

Telur 1000 Tahun

Imej via tionghoa

#8. Kerabu Ikan Mentah  

Kerabu ikan mentah atau dikenali sebagai hinava adalah makanan tradisional kaum Kadazan. Ia merupakan kepingan ikan mentah yang diperap bersama perahan jus limau.

Kerabu Ikan Mentah

Imej via imgarchive

Ia boleh dimakan bersama nasi dan dihidangkan bersama sayur – sayuran.

Kerabu Ikan Mentah

Imej via daridapuraida

#9.Telur pindang

Telur pindang dikatakan berasal dari negara China. Namun, ia juga begitu popular di negeri Johor dan beberapa kawasan lain di selatan Malaysia.

Telur Pindang

Imej via fimela

Biasanya telur pindang diperbuat daripada telur ayam mentah yang diproses dan dimasak menggunakan pelbagai herba sehingga ia berubah warna kulit. Ia perlu direbus sehingga beberapa hari bagi mendapatkan telur pindang yang sedap.

Telur Pindang

Imej via resepikoki

Telur pindang disimpan sehingga 2 minggu lamanya tanpa sebarang masalah.

#10. Otak Lembu

Ia bukanlah sesuatu yang pelik bagi penggemar makanan ini. Namun, ia ternyata pelik bagi sesetengah orang. Otak lembu yang dimasak boleh dijadikan hidangan istimewa.

Otak Lembu

Imej via sweetomoide

Otak lembu dikatakan berasa agak lemak dan lembut isinya. Ia sangat sesuai dimasak gulai lemak cili api. Walaupun ianya boleh dimakan, namun tidak ramai yang sanggup untuk memakan otak lembu ini.

Otak Lembu

Imej via facebook

#11. Lidah Lembu

Mungkin ada yang tidak percaya bahawa lidah lembu boleh dijadikan hidangan istimewa. Memang agak pelik untuk memakan lidah lembu. Apatah lagi teksturnya yang agak menggelikan.

Lidah Lembu

Imej via chentasimayaroy

Namun, lidah lembu menjadi kegemaran sebilangan masyarakat Malaysia. Ia juga sering di jual di restoran – restoran Melayu dan juga restoran mamak.

Lapisan kulit bahagian luar lidah lembu akan dibuang terlebih dahulu. Hanya isi di sebelah dalam akan diambil untuk dijadikan hidangan.

Lidah Lembu

Imej via salamisimon1

Rasa lidah lembu tidak jauh bezanya dengan daging lembu sehinggakan anda tidak mungkin dapat membezakan samada ianya lidah atau daging lembu. Biasanya lidah lembu ini enak dimasak sup, rendang, kicap dan sebagainya.

#12. Gulai Batang Pisang

Gulai batang pisang biasanya menjadi hidangan masyarakat Melayu. Ia bukanlah menggunakan keseluruhan batang pisang, namun ianya mengambil batang pisang di bahagian dalam sahaja.

Gulai Batang Pisang

Imej via publicinsta

Batang pisang yang digunakan adalah lembut dan sesuai dimasak gulai. Biasanya, hidangan ini disajikan semasa majlis – majlis kenduri di kampung –kampung kerana ianya sukar diperolehi. Gulai batang pisang sangat popular di negeri – negeri sebelah utara Malaysia.

Gulai Batang Pisang

Imej via resepibagus2

#13. Sambal Taun Kulit Lembu

Kulit lembu bukan sahaja dijadikan sebagai kompang mahupun gendang, namun ianya juga boleh dimakan. Bagi masyarakat Jawa, kulit lembu sangat sedap dijadikan sambal taun. Untuk mendapatkan kulit lembu, ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkannya kerana melalui pelbagai proses.

Sambal Tahun Kulit Lembu

Imej via facebook

Kulit lembu akan disiat terlebih dahulu sebelum dijemur sehingga kering. Ia kemudiannya dibakar dan dikikis. Setelah itu, ia akan direbus sehingga lembu dan akhirnya dicampurkan ke dalam masakan. Biasanya hidangan ini akan disajikan menjelang majlis – majlis istimewa seperti majlis perkahwinan.

Sambal Tahun Kulit Lembu

Imej via nasamulia

#14. Sosej Darah

Sosej darah ini terdapat di Afrika, Amerika, Eropah dan juga Asia. Ia diperbuat daripada darah yang dibekukan yang kemudiannya dicampurkan dengan bahan – bahan lain sebelum dimasukkan ke dalam sarung sosej.

Sosej Darah

Imej via htgetrid

Sosej ini kemudiannya dimasak dengan pelbagai menu untuk dinikmati oleh para penggemarnya. Ianya dikatakan enak, sedap dan berlemak. Malah, ianya sangat digemari ramai.

Sosej Darah

Imej via htgetrid

#15. Tarantula Goreng

Tarantula goreng merupakan snek ringan bagi masyarakat Kemboja. Untuk menyediakan hidangan ini, bulu – bulu halus yang terdapat pada kaki tarantula akan dicabut terlebih dahulu.

Tarantula

Imej via iyaa

Ia kemudiannya direndam dalam air yang bercampur gula, garam serta serbuk perasa selama semalaman. Setelah itu, tarantula tersebut akan digoreng bersama bawang putih. Ia dimakan bersama sos pencicah.

#16. Beondegi

Beondegi juga dikenali sebagai larva ulat sutera. Ia begitu popular di Korea Selatan. Larva ulat sutera ini biasanya dimasak secara merebus ataupun kukus sebelum dimasukkan serbuk perasa.

Beondegi

Imej via livelearnventure

Beondegi ini rasanya seperti kekacang dan rangup apabila digigit. Bahagian dalamnya pula memiliki rasa yang unik.

Beondegi

Imej via auntiebteacher

#17. Testikel Ayam Jantan

Hidangan testikel ayam jantan ini berasal dari Taiwan. Saiznya agak besar dan biasanya ia direbus dan dimakan begitu sahaja.

Testikel Ayam Jantan

Imej via magazinejob

Namun, ianya juga boleh dimasak stew pedas mahupun digoreng bersama bawang putih. Bahagian luar testikel ini agak kenyal namun isinya agak lembut seperti tauhu.

#18. Isaw Manok

Biasanya sate perut menjadi kegemaran ramai jika di Malaysia. Namun, pernahkah anda mencuba sate yang dihasilkan daripada usus ayam.

Isaw Manok

Imej via manilainsider

Orang Filipina sangat menggemari hidangan sate usus ayam yang dihancurkan lalu digaul bersama sos pedas serta beberapa bahan lain. Ia dibakar seperti biasa.

Isaw Manok

Imej via panlasangpinoy

#19. Tauhu Busuk

Tauhu busuk bukanlah tauhu yang telah tamat tarikh  luputnya. Atau bukan juga tauhu yang tidak disimpan di dalam peti ais. Namun, ianya sememangnya busuk kerana melalui proses penapaian tauhu.

Tauhu Busuk

Imej via resetera

Tauhu busuk sangat popular di China, Taiwan dan Hong Kong. Baunya begitu kuat serta menusuk kalbu. Namun, ia tetap disukai ramai, malah ada yang ketagih untuk memakannya.

#20. Rocky Mountain Oysters

Rocky Mountain Oysters bukanlah hidangan yang berasaskan tiram. Namun, ia merupakan testis lembu yang digoreng kering.

Rocky Mountain Oyster

Imej via ukerdis

Hidangan pelik yang berasal dari Kanada ini dikatakan testis tersebut berasa agak lemak dan sedap.

Rocky Mountain Oyster

Imej via ukerdis

#21. Surstromming

Pernah kah anda memakan hidangan yang telah basi ? Pastinya ia menjijikkan. Namun, masyarakat di Sweeden menganggapnya ia perkara biasa. Ini kerana mereka mempunyai hidangan ikan basi dari ikan laut Baltik yang digaramkan sebelum ditinkan.

Surstromming

Imej via atlasobscura

Ikan ini perlu digaramkan supaya ianya tidak basi. Sewaktu membuka tin ini, pastikan ianya dibuka di kawasan yang bebas pengaliran udara kerana aromanya begitu kuat dan tajam.

Surstromming

Imej via facebook

#22. Snake Wine atau Arak Ular

Arak ular ini berasal dari Tiongkok, China. Ia diperbuat daripada sekumpulan ular yang dijerukkan dan direndam dalam arak beras ataupun gandum.

Snake Wine

Imej via ohmychannel

Arak ini rasanya seakan sake yang direndam selama beberapa bulan. Biasanya ular yang digunakan adalah jenis ular yang berbisa namun oleh kerana ia dicampurkan dengan ethanol, maka arak ini selamat untuk diminum dan baik untuk kesihatan.

Snake Wine

Imej via thedrinkbusiness

#23. Huitlacoche

Masyarakat di Mexico menjadikan jagung yang telah busuk serta berkulat sebagai hidangan istimewa. Jagung ini digelar sebagai huitlacoche dan mempunyai rasa yang pelik seperti rasa kayu.

Huitlacoche

Imej via mexicocooks

#24. Boshintang

Orang Korea mempunyai pelbagai pilihan makanan. Namun, boshintang atau stew daging anjing sangat terkenal di negara mereka.

Boshintang

Imej via mamellom

Boshintang ini dikatakan dapat meningkatkan kesihatan seseorang terutamanya warga emas. Hidangan ini biasanya direneh bersama dandelion, daun bawang serta beberapa bahan lain bagi memberi rasa yang unik. Walaubagaimanapun, hidangan ini dikatakan agak berbau.

Boshintang

Imej via orangeink

#25. Jeli Hidung Moose

Masyarakat Kanada menggemari hidangan pelik apabila mereka menjadi hidung moose (keluarga rusa) sebagai hidangan unik mereka. Hidung haiwan tersebut direbus bersama beberapa jenis rempah serta bawang bagi menanggalkan bulu yang terdapat di sekitarnya.

Jeli Hidung Rusa

Imej via tribunnews

Setelah bulu – bulu tersebut tanggal, hidung moose tersebut akan direbus sehingga lembut dan empuk. Kemudian ianya dicampurkan ke dalam sup jeli.

#26. Burger Cindil

Burger Cindil ini begitu istimewa. Ianya berasal dari negara China. Cindil bermaksud anak tikus yang baru lahir, dikatakan boleh menambah stamina serta membuatkan badan seseorang lebih fit.

Burgel Cindil

Imej via menggabungkan

Cindil dikatakan memiliki kandungan protein yang tinggi dan boleh mengubati pelbagai penyakit dan salah satunya adalah asma. Masyarakat di China telah mengolah resepi menggunakan Cindil ini supaya sesuai dengan citarasa mereka. Antaranya adalah menyajikan Cindil dalam bentuk burger.

#27. Kopi Luwak

Kopi luwak dikenali sebagai kopi yang paling mahal di dunia. Biji kopi ini dihasilkan dari haiwan yang dikenali sebagai luwak yang hidup di Asia Tenggara.

Kopi Luwak

Imej via finansialku

Haiwan tersebut akan memakan biji kopi dan kemudian akan mengeluarkan melalui najis haiwan tersebut. Biji – biji kopi tersebut akan melalui beberapa proses bagi menghasilkan kopi yang begitu enak sekali.

Harga kopi ini begitu mahal sehingga tidak terjangkau dek akal harganya.

#Kesimpulan

Begitu banyak makanan pelik di dunia ini, bukan sahaja di Malaysia namun di serata dunia. Kadangkala kita mungkin tidak terfikir sesuatu makanan itu begitu pelik sehingga kita sendiri melihatnya.

Ada makanan yang mungkin rasa biasa pada orang lain, namun pelik pada kita. Ia bergantung kepada penerimaan kita sebagai seorang manusia.

Namun, senarai makanan pelik yang ditulis ini sesetengahnya tidak boleh dimakan oleh orang beragama Islam. Ini kerana bahan – bahan yang digunakan juga bertentangan dengan syariat Islam. Artikel ini sekadar perkongsian jenis – jenis makanan pelik yang terdapat di serata dunia sahaja.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.