Baba dan Nyonya atau Peranakan adalah tergolong sebagai keturunan kaum Cina. Ia antara kaum Cina yang unik kedudukannya kerana hanya terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu khususnya di negeri Melaka .

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada mereka enggan mengakui bahawa mereka berasal dari China. Malah, turut mengakui bahawa mereka merupakan British.

Maka sebab itu, mereka turut menggelar diri sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina. Masyarakat Peranakan ini juga turut mempunyai unsur serta pengaruh budaya Melayu.

Kepelbagaian budaya yang diadaptasi dalam kehidupan pada zaman silam telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara Cina dan Melayu. Ini juga menjadi punca utama generasi berikutnya menggelar serta memanggil keturunan mereka sebagai “Baba”.

Namun, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha biarpun ada yang telah memeluk agama lain seperti Kristian.

Pelbagai makanan telah dibawa oleh masyarakat Baba dan Nyonya biarpun mirip masakan Cina dan Melayu. Makanan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

#1. Nasi Kunyit

Nasi Kunyit merupakan beras pulut yang dimasak dengan santan dan kunyit. Ia turut dikenali sebagai nasi kuning. Hidangan nasi ini merupakan hidangan tradisional dan memainkan peranan penting dalam budaya Peranakan Melayu dan Cina di Malaysia.

Nasi Kunyit

Imej via ooifamilycookbook

Nasi kunyit ini dihidangkan bersama kari ayam, malah juga enak dimakan bersama rendang. Ia turut dihidangkan bersama telur rebus berwarna merah semasa perayaan bulan pertama untuk bayi.

Nasi Kunyit

Imej via kimmy-cookingpleasure

Bayi yang berusia sebulan akan diperkenalkan secara rasmi kepada kaum keluarga dan saudara mara semasa sambutan ini. Ia juga menandakan berakhirnya tempoh pantang / kurungan bagi ibu baru. Warna kuning nasi ini membawa maksud kekayaan serta royalti yang baik.

#2. Acar Ikan

Acar awak merupakan sayur – sayuran yang telah dijeruk serta diperasakan menggunakan bahan – bahan khusus. Acar ini mempunyai rasa masin dan manis serta pedas turut membangkitkan selera.

Acar Awak

Imej via bakecookeat

Hidangan ini sememangnya terkenal di kalangan masyarakat Baba dan Nyonya. Biasanya ia disediakan dalam jumlah yang banyak dan disimpan di dalam botol kaca, malah ia boleh disimpan lama.

Acar Awak

Imej via bakecookeat

Acar ini sememangnya enak dimakan bersama nasi putih dan ada juga yang menikmatinya bersama nasi lemak. Biarpun hidangan semakin dilu

#3. Laksa Nyonya

Laksa adalah merupakan hidangan berkuah pedas yang popular di kalangan masyarakat Peranakan di Asia Tenggara. Ia diperbuat daripada mee gandum tebal atau bihun yang dimakan bersama ayam, udang atau ikan serta disajikan bersama kuah pedas berasaskan kari.

Laksa Nyonya

Imej via misstamchiak

Masyarakat Peranakan di Melaka adalah keturunan puteri Cina yang bernikah dengan Sultan Melaka pada abad ke-15. Mereka mempunyai tradisi dan resipi mereka sendiri yang merupakan perpaduan kedua budaya ini – Melayu dan Cina.

Laksa Nyonya

Imej via misstamchiak

Oleh itu, hidangan laksa Nyonya ini dipengaruhi oleh gabungan dua budaya maka terhasillah hidangan ini.

#4. Ayam Pongteh

Ayam Pongteh adalah hidangan Baba dan Nyonya. Ia diperbuat daripada ayam, kentang dan kicap manis dan gula Melaka sebagai penambah perisa. Hidangan ini begitu enak sekali dan sering dijadikan hidangan tengahari mahupun malam.

Ayam Pongteh

Imej via resepiyangindah

Ayam Pongteh adalah hidangan khas Peranakan yang menggunakan kacang soya fermentasi sebagai bahan utamanya. Ia direbus bersama-sama dengan kentang di atas api yang kecil bersama kicap dan gula Melaka sehingga lembut.

Ayam Pongteh

Imej via saltandspices

Hidangan ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan terbaik disajikan dengan nasi.

#5. Ayam Buah Keluak

Ayam Buah Keluak adalah hidangan penting bagi masyarakat Peranakan. Ia menjadi ikon dan sinonim terhadap budaya yang terpahat di hati mereka. Dahulunya, bagi majlis – majlis keraian, hidangan ayam buah keluak ini akan diletakkan di atas – atas meja panjang yang dipanggil Tok Panjang.

Ayam Buah Keluak

Imej via thestar

Namun, situasi tersebut sudah agak dilupakan. Ia sebenarnya merupakan sejenis kari Baba dan Nyonya yang dimasak bersama buah keluak. Buah ini juga turut dikenali dengan nama buah kepayang diperoleh daripada pokok kepayang.

Ayam Buah Keluak

Imej via says

Hidangan ini mungkin nampak sama seperti hidangan lain, namun penggunaan buah keluak bagi hidangan ini telah memberi rasa yang berbeza. Walaubagaimanapun, hidangan ini mungkin sukar untuk diperolehi pada masa ini kerana kesukaran untuk mendapatkan buah keluak yang sudah semakin sukar diperolehi.

Proses untuk mendapatkan biji buah keluak ini yang agak sukar serta remeh menyebabkan hidangan ini semakin kurang mendapat sambutan.

#6. Itik Tim

Itik Tim merupakan hidangan sup yang terdiri dari itik, sayuran seperti sawi, tomato, cendawam cina, kubis, cili serta buah pala. Ia merupakan hidangan wajib semasa menyambut hari perayaan. Ini adalah kerana ia merupakan makanan tradisional yang masih dipraktikkan sehingga ke hari ini.

Itik Tim

Imej via hungrygowhere

Hidangan ini mempunyai ramuan rahsia yang tersendiri di mana itik tersebut perlu direndam serta direbus terlebih dahulu sehari sebelumnya. Proses ini dilakukan bagi mendapatkan hasil atau rasa yang lebih memuaskan. Lebih lama itik tersebut direndam, maka lebih sedap rasa itik tersebut.

Itik Tim

Imej via facebook

#7. Ayam Masak Cili

Masyarakat Peranakan turut mempunyai hidangan ayam masak cili yang tersendiri. Hidangan ini tidak jauh beza dengan makanan masyarakat lain. Namun, bagi ayam masak cili ini, mereka biasanya menggunakan pes cili yang agak banyak kira – kira setengah mangkuk.

Ayam Masak Cili

Imej via makanminumbest

Ini kerana golongan Baba dan Nyonya sangat menggemari hidangan pedas. Selain pes cili, bawang yang telah ditumis juga dimasukkan dengan banyak iaitu separuh bekas. Ini telah memberi aroma yang lebih wangi serta menyelerakan.

Ayam Masak Cili

Imej via daridapurnasya

Di sinilah perbezaan cara penyediaan hidangan masyarakat Peranakan dengan hidangan masyarakat Melayu.

 #8. Ikan Gerang Asam

Ikan Gerang Asam antara salah satu hidangan Peranakan. Ia merupakan hidangan klasik orang Peranakan dan semakin tidak dikenali.

Ikan Gerang Asam

Imej via babanyonyaperanakans

Hidangan ini menggunakan rempah ratus yang berbeza biarpun nampak sama seperti hidangan masakan Melayu. Penggunaan rempah yang unik di mana ia menggunakan rempah yang digabungkan bersama asam jawa menjadikan hidangan ini bernama “rempah gerang asam”.

Ikan Gerang Asam

Imej via anneliciousfood

Rempah ini memberi rasa asas dalam masakan Peranakan. Pelbagai jenis ikan boleh digunakan bagi menghasilkan hidangan ini antaranya ikan tenggiri, ikan merah, ikan kembong, selar dan banyak lagi.

Hidangan ini juga boleh menggunakan belimbing buluh, selain asam jawa. Ia turut menggunakan daun limau purut bagi memberi aroma yang lebih menarik. Ikan Gerang asam mungkin seakan asam pedas, namun rasanya sememangnya berbeza.

#9. Inchi Kabin

Inchi Kabin merupakan hidangan ayam goreng ala Nyonya yang diperap bersama 5jenis rempah dan santan. Inchi Kabin adalah sangat flavourful kerana bahan-bahan yang digunakan dalam perapan.

Inchi Kabin

Imej via facebook

Ayam akan diperap terlebih dahulu bersama serbuk rempah 5 rasa, akar ketumbar serta santan. Penggabungan bahan – bahan ini menghasilkan rempah yang mantap serta berkrim, malah begitu enak sekali.

Inchi Kabin

Imej via jigsawkitchen

Serbuk rempah 5 rasa ini sebenarnya memainkan peranan utama dalam memberi rasa yang menakjubkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat serbuk lima rempah adalah berbeza-beza. Tetapi yang paling biasa adalah bunga lawang, bunga cengkih, jintan, kulit kayu manis dan lada hitam.

Bahan – bahan ini memberi rasa manis, masam pahit, pedas dan juga masin.

#10. Kari Kapitan

Kari kapitan merupakan hidangan yang menggabungkan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia, yang terdiri dari Melayu, Cina dan India. Hidangan kari ayam Nyonya ini terhasil dari interaksi kompleks dari pelbagai ramuan serta rempah ratus yang digunakan oleh orang Melayu dan Cina.

Kari Kapitan

Imej via reddit

Kari kapitan ini rasanya sangat pedas kerana penggunaan cili yang begitu banyak serta bahan mentah lain seperti kunyit, pes udang, asam jawa dan juga santan. Kari ini juga agak berbeza rasanya kerana turut menggunakan serai, halia dan belacan untuk menyediakannya.

Kari Kapitan

Imej via themuddledpantry

#11. Kerabu Bihun

Masyarakat Peranakan turut memiliki hidangan kerabu yang tersendiri. Ia adalah  kerabu bihun yang sememangnya enak. Kerabu bihun ini tidaklah sukar atau rumit untuk disediakan.

Kerabu Bihun

Imej via seasonwithspice

Namun, bahan – bahan yang diperlukan untuk menyediakannya agak rumit. Antara bahan yang diperlukan adalah seperti daun limau purut, sirih, bawang merah, bunga halia, daun pudina, isi kelapa yang dicincang, cili, serta limau kasturi.

Kerabu Bihun

Imej via thetrishaw

Bahan – bahan ini akan dicampurkan kesemuanya, dan bihun tersebut perlu dicelur terlebih dahulu. Hidangan ini memiliki rasa masam, manis dan pedas yang pastinya begitu menyelerakan. Warna – warni kehadiran kesemua bahan yang digunakan begitu menarik sekali.

#12. Jiu Hu Char

Hidangan ini biasanya disajikan semasa menjelang hari perayaan bagi masyarakat Baba dan Nyonya. Jiu Hu Char terdiri daripada sotong kembang bersama sayur – sayuran seperti cendawan, lobak merah, capsicum, kubis dan banyak lagi. Sotong yang digunakan akan dicincang terlebih dahulu sebelum dimasak.

Jiu Hu Char

Imej ooifamily

Ia juga dicampurkan dengan minyak bijan, sos tiram, air, garam dan gula serta minyak masak untuk menumis. Rasanya ringkas tetapi keenakannya tetap terserlah.

Jiu Hu Char

Imej via souperdiaries

#13. Pie Tee

Kuih pie tee juga turut dikenali dengan nama top hat. Ia sering dijadikan sebagai hidangan pembuka selera yang terdiri dari kulit pie tee bersama sayuran, kacang goreng serta sos. Antara ramuan lain adalah udang yang boleh dimasukkan bersama.

Pie Tee

Imej via womensweekly

Kulit pie tee ini diperbuat daripada adunan tepung beras, tepung gandum dan tepung beras. Ia juga menggunakan sebiji telur dan sedikit garam. Bagi membuat kulit pie tee, acuan khas akan digunakan bagi membentuk mangkuk pie tee.

Pie Tee

Imej via kitchenmisadventures

Pie tee antara hidangan masyarakat Peranakan yang begitu popular. Ia juga boleh dijadikan snek untuk minum petang kerana hidangannya yang cukup ringkas.

#14. Kuih Ang Ku

Kuih Ang Ku ini merupakan salah satu kuih tradisional Baba dan Nyonya. Ia berbentuk bulat kecil serta bujur di mana sekelilingnya terdapat tepung beras. Kuih ini agak melekit dan rasanya pula adalah manis.

Kuih Angku

Imej via expatgo

Kuih ini kelihatan seperti kulit kura – kura di sebelah luarannya dan ia diletakkan di atas sekeping daun pisang. Kuih ang ku atau kuih kura – kura ini berwarna merah dan memiliki tekstur yang agak kenyal.

Rupabentuk yang seakan kura – kura ini kerana orang China percaya bahawa secara tradisinya memakan kura – kura akan memanjangkan umur bagi yang memakannya. Ia juga dikatakan boleh membawa nasib yang baik serta kemakmuran.

Kuih Angku

Imej via facebook

Kuih ini biasanya sering dihidangkan menjelang majlis – majlis penting seperti majlis kelahiran bayi yang genap sebulan dan juga semasa hari lahir warga tua. Tujuannya supaya kanak-kanak tersebut dirahmati dan warga tua dipanjangkan umur.

Pada zaman moden sekarang ini, kuih ini telah menjadi satu barangan yang penting semasa perayaan Cina seperti di Negara Singapura, Malaysia, Indonesia, China dan banyak lagi. Kuih ini juga boleh didapati di kedai-kedai pastri dan kedai roti.

#15. Kuih Chang

Kuih chang yang menjadi hidangan tradisional masyarakat Baba dan Nyonya ini juga turut dikenali dengan nama zongzi. Ia diperbuat daripada beras pulut yang dicampur bersama bahan – bahan lain ayam, sos tiram, kicap pekar, kicap cair, rempah, minyak bijan, bawang, kekacang dan banyak lagi.

Kuih Chang

Imej via sethlui

Kuih ini dibungkus menggunakan daun buluh, daun teratai, daun jagung atau daun pandan dan berbentuk seakan segi tiga. Ia dimasak menggunakan kaedah mengukus atau di dalam air yang mendidih.

Kuih Chang

Imej via facebook

Kuih chang ini biasanya dimakan semasa Festival Duanwu (Festival Bot Naga) yang jatuh pad ahari kelima, bulan kelima calendar lunar. Ia bersamaan kira – kira akhir bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun.

Ia dikatakan bagi memperingati kematian Qu Yan, seorang penyair terkenal dari dari kerajaan Chu yang hidup semasa tempoh Perang Amerika. Beliau dikatakan memiliki semangat patriotism yang tinggi.

Kesimpulan

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di negeri Melaka. Malah, ia juga terkenal dengan makanan tradisinya yang diperturunkan sejak dahulu lagi.  Kebanyakan makanan Baba dan Nyonya dipengaruhi oleh makanan Cina dan juga Melayu.

Ini bukanlah sesuatu yang asing kerana kehadiran mereka di kawasan sekitar yang ramai masyarakat Cina dan Melayu mempengaruhi budaya serta kehidupan mereka. Masyarakat Peranakan ini hanya boleh dilihat di kawasan sekitar negeri Melaka sahaja.

Pemakaian baju tradisional seakan – akan baju tradisional masyarakat Melayu sungguh unik namun di sinilah perbezaan ketara yang dapat kita lihat. Pengaruh masyarakat Melayu dan Cina terhadap masyarakat Peranakan membuatkan makanan mereka mungkin kelihatan hampir sama dengan makanan orang Melayu dan juga Cina.

Namun begitu, makanan Baba dan Nyonya ternyata memiliki perbezaan serta keunikan yang tersendiri.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .