Maipi Corner, singgah dulu mai sini pekena chicken chop satu na ! Bukan sebarang chicken chop ada jual di sini. Rangup dan segar, hidang panas – panas untuk semua.

Harga jangan tak tahu, murah sangat bagi anda. Hidangan murah, sedap dan semestinya sedap pasti membuka selera anda.

Yang suka makan western, mai singgah Maipi Corner, macam – macam ada. Dari hidangan ayam hinggalah ke hidangan kambing.

Chicken Chop

Imej via facebook

Harga Di Bawah RM 6.00

Bagi rakyat marhaen, harga yang ditetapkan di Maipi Corner sememangnya menepati permintaan. Harga di bawah RM 6.00 untuk satu hidangan sememangnya yang diinginkan ramai.

Bertepatan dengan taraf ekonomi rakyat yang semakin meruncing, harga makanan sebegini yang sangat dinantikan oleh ramai pelanggan. Sekurang – kurangnya, ramai yang masih mampu menikmati hidangan dengan harga sebegini.

Tidaklah ada yang terliur melihat gambar hidangan chicken chop yang terpampang di media sosial. Tambahan pula dilihat semasa perut tengah lapar, sudah tentu lah keinginan tidak dapat dibendung lagi. Kalau di tempat lain, hidangan seperti ini berharga tidak kurang dari RM 10.00 untuk satu set.

Nasi Kambing

Imej via facebook

Antara hidangan yang boleh anda cuba di sini adalah chicken chop, lamb chop, chicken cheese roll, steak, chicken wings, chicken grilled chop dan banyak lagi. Spicy cheezy Chicken dan nasi jawa kambing yang pastinya menyelerakan anda. Air minuman seperti asam boi dan laici diberikan percuma dan boleh diisi semula. Minuman selain itu akan dikenakan bayaran.

Ada juga hidangan yang agak pelik dihidangkan seperti sotong masak telur asin di mana ia adalah sotong goreng tepung. Hidangan ini dilimpahi sos telur asin yang dihidangkan bersama roti dan sup berkrim.

Steak Tempe

Anda juga boleh mencuba patty tempe yang digoreng dan dihidangkan bersama sos pilihan. Ia turut disajikan bersama kentang goreng dan coleslaw. Hidangan ini dikenali dengan nama Steak Tempe.

Bagi pelanggan yang mempunyai saiz perut yang agak kecil, hidangan chicken chop ini agak besar dan semestinya memenuhkan tangki perut anda. Sos lada hitam yang dihidangkan cukup sempurna dengan rasa manis, pedas, dan tidak terlalu masin.

Fish and Chip

Imej via facebook

Selain sos lada hitam, anda juga boleh mencuba sos cendawan yang juga tidak kurang hebatnya. Adunan ramuan yang disatukan memberi satu kepuasan kepada pelanggan.

Suasana dalaman Maipi Corner yang redup dan ringkas cukup mendamaikan. Televisyen yang disediakan untuk tontonan pelanggan sambil menjamu selera. Warna oren kemerahan di dinding menceriakan suasana Maipi Corner.

Restoran ini turut dilengkapi dengan bidai anyaman yang menampilkan suasana yang begitu romantik buat pelanggan yang datang ke sini. Ruang meletakkan kenderaan juga begitu banyak serta luas untuk kemudahan pelanggan.

Maipi Corner dibuka setiap hari mulai jam 4.00 petang hingga jam 11.00 malam. Untuk sesi sebelah petang, waktu akhir untuk pesanan makanan adalah pada jam 6.30 petang. Manakala pesanan terakhir di sebelah malam adalah sebelum jam 10.00 malam.

Pihak penyediaan makanan akan berhenti seketika pada jam 7.30 malam hingga 8.00 malam bagi memberi laluan untuk solat Maghrib. Operasi restoran akan bersambung semula selepas itu.

Alamat :Kg Batu 7, Jalan Kebun Seksyen 30, 40460 Shah Alam

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.