Laksa utara khususnya Pulau Pinang tidak diragukan lagi kelazatannya, namun kedai yang mana satu terbaik untuk anda kunjungi? Laksa Buyung Mahsuri lah jawapannya.

Orang tempatan mahupun pengunjung dari luar gemar datang ke sini untuk merasai keaslian laksa Penang yang sering disebut-sebut. Walaupun gerainya agak kecil, namun boleh dikatakan laksanya antara sepuluh kedai laksa terbaik di Pulau Pinang.

laksa buyong mahsuri
Imej via [google]

Suasana gerai Laksa Buyung Mahsuri Penang ini sangat tenang dan tidak panas memandangkan terdapat pokok-pokok rendang memayungi dan angin lembut meniup.

Tidak terlalu ramai orang dan anda mudah meletakkan kereta berhampiran gerai. Tempat ini juga sesuai sebagai port lepak dan borak pada waktu petang.

laksa buyong mahsuri
Imej via [google]

Menu Laksa Buyung Mahsuri Penang

Gerai ini fokus kepada makanan tengah hari dan petang. Juadah dan tarikan pengunjung utama ke Laksa Buyung Mahsuri ini semestinya adalah laksa. Tidak diragukan lagi.

Anda boleh pilih sama ada laksa biasa atau laksa spesial. Kuahnya pekat serta seimbang rasa ikan dan pedas diletakkan di dalam buyung sesuai nama kedainya. 

Lain daripada itu, bihun sup dengan hirisan daging di gerai ini turut menjadi kegemaran pengunjung. Harga makanan di gerai ini juga sangat berbaloi.

laksa buyong mahsuri
Imej via [fb]

Pembantu kedai di sini sangat peramah dan friendly. Jika anda tanya mereka apakah air minuman yang menjadi kegemaran pengunjung di sini, pasti mereka akan syorkan anda mencuba air buah pala asam boi homemade.

Ia sangat sedap diminum sejuk-sejuk ketika cuaca panas. Kombinasi yang sesuai dengan laksa yang masih berasap. Bolehlah terus nikmati hidangan makanan dan minuman terbaik ini di Laksa Buyung Mahsuri Penang ini.

Untuk pengetahuan anda, gerai ini dinamakan Laksa Buyung kerana kuah laksanya dimasak dan disimpan di dalam buyung sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Anda boleh melihatnya pada dapur bahagian penyediaan laksa.

laksa penang
Imej via [google]

Menu Lain Di Laksa Buyung Mahsuri Penang

Selain Laksa Penang yang menjadi tumpuan utama pelanggan, satay juga merupakan hidangan istimewa dan disukai ramai di Laksa Buyung Mahsuri. Sataynya manis dan lazat, bukan seperti satay rempah. Rasa satay ayam dan daging disempurnakan lagi dengan kuah kacang yang pekat dan enak.

laksa penang
Imej via [google]

Di samping itu, turut disediakan nasi lemak, mee goreng, nasi tomato, bihun goreng dan lain-lain lagi. Bermacam aneka kuih-muih seperti seri muka dan tepung bungkus pun ada di sini sebagai pemanis mulut.

laksa buyong mahsuri penang
Imej via [google]

Rasaikan Keaslian Laksa Penang Di Laksa Buyung Mahsuri Penang

Jika anda orang Penang dan belum cuba lagi, ayuh datang ke mari. Buat anda yang di luar Pulau Pinang, sememangnya berbaloi waktu dan wang anda datang ke sini kerana anda dapat merasai keenakan asli laksa penang yang dimasak dalam buyung.

Gerai ini juga berhampiran Lapangan Terbang Pulau Pinang. Lapar-lapar turun kapal terbang, terus boleh singgah dulu pekena laksa di Laksa Buyung Mahsuri. Mesti puas hati.

Lokasi: Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang

Waktu Operasi: 2pm – 8pm

No Telefon: 017-5240151

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.