Labo Labo Steamboat & BBQ
Di Kedah kat mana ye nak cari kedai steamboat yang sedap? Mesti ramai yang tercari-cari restoran steamboat di Kedah. Betul tak!
Steamboat merupakan salah satu makanan berkuah yang sentiasa menjadi permintaan tinggi dari para pelanggan yang sangat menggemari masakan ini. Steamboat adalah makanan berkuah yang isinya macam – macam seperti daging, sayuran, bakso dan banyak lagi.
Tidak hairanlah jika ramai peniaga mula menjual steamboat kerana sedang menjadi trend terkini dan sangat menguntungkan buat peniaga.
Jom penulis nak bawa anda ke sebuah kafe yang menyediakan steamboat dan popular di Kedah terutamanya warga Sungai Petani.
Jika anda peminat steamboat, Labo Labo pasti menjadi pilihan anda. Labo Labo Steamboat & BBQ adalah sebuah jenama restoran steamboat & grill yang mengetengahkan konsep “Outdoor Santai”
Labo Labo juga sesuai untuk keluarga yang ingin makan beramai-ramai dalam suasana “sempoi” dan “santai”. Ruang di restoran Labo Labo boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa.
Paling suka di Labo Labo sebab ada banyak pilihan sos yang sedap.Anda boleh pilih ikut kesesuaian rasa. Tetapi kalau tanya penulis, saya suka sos labo dan sos berapi. Memang berapi oooo.
Di sini sentiasa menyajikan menu makanan yang terpilih dan sentiasa ada kejutan menu baru. Labo Labo juga menyajikan menu bukan sekadar steamboat iaitu menu seafood yang terkenal dengan menu “Labo Lempaq” dan menu western.
Labo Labo Sungai Petani dibuka setiap hari dari jam 6petang – 12 malam dan tutup setiap hari Rabu. Lokasi di Lot 2857 Padang Temusu, Sungai Petani.
Maksud Labo Labo? Sebenarnya tiada maksud apa-apa cuma pihak syarikat menggunakan istilah Bola Bola diterbalikkan menjadi Labo Labo.
Ini supaya lebih mudah diingat kerana apabila disebut kali pertama ianya pelik dan pelanggan lebih mudah diingati. “Jom berLabo Labo” sering digunakan oleh pelanggan untuk menunjukkan mereka sedang makan beramai-ramai di Labo Labo.
Harga Steamboat Grill
Dewasa RM23.90 sahaja
Kanak-kanak RM12.90 sahaja
Haaa menarik kan, kan? So kalau korang mencari tempat nak lepak santai sambil makan makan steamboat sedap, boleh datang makan kat restoran Labo labo Steamboat & Grill.
Alamat:
Lot 2857 Jalan Lama Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah.
(Landmark: Belakang ISUZU Padang Temusu)
GPS: 5.609095,100.472311
Google Map: Labo Labo Sungai Petani
Labo Labo juga mempunyai cawangan di Alor Setar dan Kulim
Cawangan ALOR SETAR
Lot 2569 Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar, Kedah.
(Landmark: Simpang Kuala Kedah, sebelah Masjid Aman)
GPS: 6.0980930,100.3536700
Google Map: Labo Labo Alor Setar
Cawangan KULIM
Lot 50003 Jalan Lunas, Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah.
(Landmark: Depan SMK Tunku Panglima Besar)
GPS: 5.4013730,100.5555980
Google Map: Labo Labo Kulim
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Hotline: 010-205 5354
Untuk menu boleh KLIK DI SINI
Jangan lupa untuk like Page Labo Labo untuk promosi terkini.