Anda penggemar pencuci mulut? Bila anda stress, hanya pencuci mulut yang mampu menaikkan mood anda? Anda masih tercari-cari kedai kek mana yang menyediakan pencuci mulut yang berkualiti dan memang kena dengan citarasa dan bajet anda?
Anda masih tercari-cari kedai kek yang bukan sahaja menyediakan pencuci mulut yang menarik, tetapi juga mempunyai dekorasi kedai yang antik dan cantik? Usah gundah! Kami tahu kedai kek mana yang cocok buat anda!
Kula Cakes yang bertempat di Kuantan, Pahang yang mula beroperasi sekitar tahun 2011 merupakan antara kedai kek yang paling popular di Kuantan.
Orang Kuantan kalau tak pernah singgah atau tahu tentang Kula Cakes, anda memang rugi! Mana tidaknya, hampir setiap hari ramai sungguh pelanggan yang menyerbu Kula Cakes sampai tempat duduk pun susah nak jumpa! Tidak kira hujung minggu atau tidak, Kula Cakes memang sentiasa ramai pelanggannya. Wah, bunyi macam menarik, bukan? Apa yang membuatkan Kula Cakes begitu istimewa sekali ni?
Antara signature dish Kula Cakes ialah Mango Cheesecake. Mungkin bagi anda Mango Cheesecake ialah hidangan yang biasa-biasa sahaja, namun Kula Cakes mampu mengubah persepsi itu. Mango Cheesecake di Kula Cakes sememangnya terbaik. Rasa manis, berkrim dan lemak yang cukup seimbang.
Ia juga kaya dengan krim keju yang tidak memuakkan walaupun kuantitinya banyak. Base cheesecake ini juga tidak terlalu lembik mahupun terlalu keras. Yang penting, dekorasi Mango Cheesecake di Kula Cakes ini cukup menawan, warnanya yang begitu menarik perhatian dan bisa bikin sesiapa sahaja yang melihatnya terliur. Yummy!
Selain itu, Kula Cakes juga ada menyediakan kek dan pencuci mulut lain yang memang enak. Antaranya ialah Pavlova, Red Velvet, Crème Brulee, Brownies, Toblerone Cheesecake dan banyak lagi dessert yang semestinya enak dan menarik!
Minuman juga ada disediakan di Kula Cakes, antara minuman yang istimewa di sini semestinya Coffee! Kopi di sini juga sangat enak, dan saya sarankan anda minum kopi tanpa gula sambil mengenakan keknya yang manis. Dijamin berpuas hati dan semestinya rasa macam nak lagi!
Bukan keknya sahaja yang cantik menarik, dekorasi kedai keknya juga memang boleh bikin anda tertarik! Mana taknya, dekorasi di dalam dan di hadapan kedai memang kelihatan begitu antik sekali.
Bersebelahan dengan Kula Cakes, terdapat juga ruangan tempat duduk di sini. Pintu masuknya dihias dengan daun-daun hijau, sesuai juga untuk dijadikan latar belakang untuk bergambar! Di dalamnya terdapat hasil lukisan dan gambar-gambar yang begitu artistik di setiap penjuru dindingnya.
Tempat ini sememangnya sangat menyenangkan dan sangat sesuai untuk anda yang ingin bersantai sambil mengenakan dessert dan minuman yang enak bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Bagi mereka yang hendak singgah di Kuantan atau bagi sesiapa yang menetap di Kuantan, cepat-cepatlah serbu Kula Cakes ya! Anda juga digalakkan untuk datang seawal yang mungkin kerana pelanggan yang menyerbu Kula Cakes ini bukan seorang dua.
Kula Cakes beroperasi setiap hari kecuali pada hari Isnin. Jadi, bagi pembaca yang sudah mula berkeroncong perut dan kecur air liur tu, tunggu apa lagi? Jom serbu Kula Cakes!