Siapa yang tak suka western food? Sekali sesekali nak juga merasa makan Western seperti chicken chop, lamb chop, mix grill, pasta, steak, meatballs, nuggets dan sebagainya.  Di Kedah terdapat banyak restoran-restoran yang menawarkan western food.  Boleh dikatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun siapa sangka di kawasan kampung pun ada kedai menjual western food yang sedap dan murah. Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah Kedai Burn. Satu-satunya restoran yang menawarkan menu western food sedap dan murah di Yan. Mungkin juga di Kedah.

kedai burn

Imej via Facebook

Beroperasi di Jalan Pantai Murni, Yan, Burn Western telah dibuka sejak lima tahun lalu menyediakan hampir 20 jenis menu makanan barat.

Western Food Sedap di Kedai Burn

Bagi anda yang kaki makan yang memang mengidamkan western food yang sedap, jangan buang masa mencari-cari lagi! Kedai Burn pastinya  menawarkan menu western food yang sememangnya sedap di Yan.

Antara menu yang menjadi pilihan utama pelanggan di kedainya ialah chicken chop, lamb chop dan meatball.  Harga yang ditawarkan di antara RM10 hingga RM20.

Di sini juga mereka turut menyediakan set talam bagi memudahkan mereka yang datang bersama keluarga. Set talam yang mengandungi lamb chop, chicken chop, meatball dan lain-lain. Set berharga dari RM30 hingga RM45 serta boleh dimakan seramai empat hingga lima orang.

set talam

Imej via Facebook

Sesuai kepada mereka yang datang berkunjung ke Pantai Murni bersama keluarga dan sahabat. Pantai Murni merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong yang datang ke daerah Yan.

Kedai Burn mempunyai pekerja seramai lima orang bagi membantunya menguruskan kedai. Mereka sangat mementingkan kepuasan pelanggan dan saya berpuas hati sebab sekarang dah ada pelanggan tetap.

Terdapat juga pelanggan yang sanggup datang dari Pulau Pinang dan Perak semata-mata hanya untuk merasai hidangan enak di Kedai Burn.

Anda boleh mengetahui lokasi Burn Western Food menggunakan Waze atau Google Maps dengan membuat carian: Kedai Burn. Untuk maklumat lanjut mengenai restoran Western Food Sedap dan Murah Di Yan:

Kedai Burn Western Food

lamb chop

No4 Jalan Pantai Murni

Yan, Kedah

Waktu Perniagaan: 6.00 petang hingga 11 Malam. Tutup hari Khamis.

Jangan lupa follow PAGE mereka untuk keterangan lanjut.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.