Subang Jaya merupakan kawasan yang cukup terkenal di Selangor. Kaya dan terkenal dengan berbagai jenis restoran dan kafe yang menghidangkan aneka jenis makanan dan minuman, tidak hairanlah tempat makan di kawasan sini sentiasa dibanjiri orang!

Bagi yang menetap di Subang Jaya atau bercadang untuk berkunjung ke sana, adakah anda masih tercari-cari kafe mana di sekitar sini yang menghidangkan makanan yang terbaik kualitinya? Kami ada senarainya, teruskan membaca ya!

#1 Meteora

Lampu @ Meteora

Imej via Foursquare

Nama kafe ini sahaja sudah cukup unik, inikan pula interiornya. Lampu tanglung yang membangkitkan suasana santai lagi romantis di kafe ini merupakan antara tarikan utama kafe Meteora dari segi interiornya, memang menawan!

Churros @ Meteora

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib anda cuba di kafe Meteora ini ialah Churros yang juga merupakan antara menu istimewa di sini. Dihidangkan bersama sos Dark Chocolate, Nutella, Caramel yang melengkapkan kemanisan menu ini, tidak hairanlah ianya begitu digemari!

Alamat: 54, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

#2 OWL Espresso

Ada pencinta Bingsu yang merupakan pencuci mulut Korea di sini? Jika ya, kafe OWL Espresso ini patut termasuk dalam senarai kafe yang anda wajib terjah! Kafe ini cukup terkenal dengan menu Bingsu yang cukup beraneka, anda pasti menyukainya!

Bingsu Mango Cheese @ OWL Espresso

Imej via Foursquare

Bingsu Brownies @ OWL Espresso

Imej via Foursquare

Antara Bingsu yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah Matcha Green Tea, Mengo Cheese dan yang paling unik, Brownies! Rasanya yang tidak terlampau manis menjadikan Bingsu di sini mendapat tempat yang istimewa di hati pelanggan mereka.

Alamat: Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 12 tengah malam, manakala untuk Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi

#3 Alchemist Dessert Café

Selalunya bila cuaca panas-panas, pasti tekak anda mula mengidamkan makanan atau minuman manis, bukan? Jadi, anda bolehlah singgah di Alchemist Dessert Café untuk mencuba pemanis mulut yang semestinya kena dengan tekak anda!

Waffle Banana Chocolate @ Alchemist

Imej via Foursquare

Antara pencuci mulut yang terkenal di sini ialah Belgian Waffle. Mempunyai ‘topping’ yang beraneka seperti Nutella + Peanut, Banana + Chocolate dan banyak lagi, boleh dikatakan semuanya enak-enak belaka!

Alamat: 90, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi untuk hari minggu, manakala untuk hujung minggu bermula dari jam 2 petang hingga 1 pagi

#4 Peppercorn Cafe

Ingin mencuba makanan Barat untuk sarapan? Peppercorn Cafe ini pasti menepati citarasa anda! Menghidangkan makanan Barat yang berpatutan harganya, kafe ini juga merupakan port sarapan yang memang terbaik!

Club Sandwich @ Peppercorn Cafe

Imej via Foursquare

Menu-menu di sini juga berbagai. Antara menu yang boleh anda cuba sendiri ialah Club Sandwich, cukup sesuai untuk dijadikan menu untuk sarapan. Kuantiti makanannya yang banyak dan harga yang berpatutan menjadikan menu ini begitu laku.

Alamat: 21, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 7:30 pagi hingga 3 petang, manakala untuk Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 7:30 pagi hingga 3 petang dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 10 malam

#5 Trsyt

Kafe ini cukup terkenal dengan penkeknya yang beraneka dan gebu. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang penkek di Tryst ini merupakan antara penkek yang terbaik kualitinya dan susah untuk didapati di mana-mana tempat selain di sini!

Pancake Strawberry Puree @ Tryst

Imej via Foursquare

Pancake Chocolate Chip @ Tryst

Imej via Foursquare

Penkek di sini juga cukup beraneka, sehinggakan ramai yang rambang mata! Antara penkek yang laku keras di sini ialah Strawberry Puree, Nutella Chocolate, Oreo Crumble dan banyak lagi penkek yang menarik dan dijamin enak!

Alamat: 74, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 1 pagi, manakala untuk hari Jumaat bermula dari jam 4 petang hingga 2 pagi dan Sabtu 10 pagi hingga 2 pagi

#6 AMPM Cafe

Kafe AMPM ini terkenal dengan makanan Barat yang memang berbagai dan harganya juga berpatutan dengan kualiti makanan yang disajikan. Dari segi interior, dekorasi kafe dua tingkat ini cukup cantik dan santai!

Big Breakfast @ AMPM Cafe

Imej via Foursquare

Antara menu yang menjadi pilihan ramai di sini ialah Big Breakfast. Big Breakfast merupakan menu sarapan yang menyajikan roti, sosej, telur dan sayuran segar yang cukup mengenyangkan, anda wajib cuba!

Alamat: 11A, Jalan USJ 21/5, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 11 pagi hingga 10:45 malam pada hari minggu manakala pada hujung minggu bermula dari jam 10 pagi hingga 10:45 malam

#7 Upstairs Cafe

Brownies @ Upstairs

Imej via Foursquare

Ada penggemar brownies di sini? Kafe Upstairs menghidangkan brownies yang cukup berkualiti dan kena dengan citarasa ramai. Kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengannya setelah mencubanya sendiri di sini!

Red Velvet Cake @ Upstairs

Imej via Foursquare

Bukan sahaja brownies, malah kek Red Velvet yang cukup popular ini juga disajikan di kafe Upstairs! Merupakan antara menu yang cukup ‘hangat’ di sini, rata-rata pelanggan juga mengakui yang kek Red Velvet di sini luar biasa enaknya!

Alamat: No. 12A, Jalan SS 12/1b, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam

#8 95 Degres Art Cafe

Teringin untuk menikmati makanan Barat di kafe yang penuh elegan dan nyaman pada masa yang sama? Kafe 95 Degres pasti cocok dengan citarasa anda!

Menu @ 95 degres

Imej via Foursquare

Menu-menu di sini bukan calang-calang ya! Hiasannya sahaja cukup menawan, belum lagi anda merasainya sendiri! Hidangan berat di sini seperti Aglio Olio cukup enak apabila dikenakan bersama kopi mereka yang tidak kurang hebatnya!

Alamat: 1st Floor,, 112, Jalan SS 15/4b, Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 11 pagi hingga 10:30 malam, hari Jumaat bermula dari jam 11 pagi hingga 11:30 malam. Untuk hari minggu dibuka bermula dari jam 10 pagi hingga 11:30 malam

#9 Grey Sky Morning

Ada penggemar kek dan kopi di sini? Kafe Grey Sky Morning ini cukup terkenal dengan kedua-duanya! Menurut pelanggan yang pernah mencuba kek dan kopi di sini, mereka cukup menggemari rasa dan kualitinya yang sememangnya padu!

nutella cake @ grey sky morning

Imej via Foursquare

Antara kek yang cukup laku di kafe Grey Sky Morning ini ialah Nutella Cake. Mungkin nama kek ini jarang didengari namun setelah anda mencubanya sendiri, anda pasti akan terpegun dengan keenakannya. Lebih enak jika dikenakan dengan Latte, kami berani jamin!

Alamat: 6, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Industrial Estate, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam

Banyak juga kafe-kafe menarik yang boleh anda singgah sekitar Subang Jaya ini. Ada yang sudah mula rambang mata mahu singgah yang mana satu dulu ke tu? Lekaslah terjah sebelum terlambat!

Untuk mengelakkan anda daripada terlepas peluang kerana ruang dalam kafe atau ruang parkir penuh, anda digalakkan untuk datang awal ya. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.