Mencari tempat makan hipster di Bangi yang menarik?
Selalunya, bila kita tertekan dengan bebanan kerja atau belajar yang banyak, pasti kita teringin makanan manis, bukan? Menurut kajian yang dibuat oleh kebanyakan saintis di serata dunia, makanan manis memang mampu untuk mengurangkan stres.
Bagi yang menetap di Bangi atau bercadang untuk berkunjung ke sana, anda pasti sudah mengetahui yang Bangi merupakan daerah yang cukup kaya dengan restoran, kafe dan warung yang berbagai. Sebut sahaja apa yang anda mahu, semuanya ada!
Antara tarikan utama di Bangi ialah kafe yang menyajikan pencuci mulut yang terbaik. Baik kafe ‘hipster’ mahupun kafe biasa, kami yakin pencinta pencuci mulut pasti akan menyukai kafe yang bakal kami senaraikan ini. Jadi, teruskan membaca ya!
Luarannya sahaja sudah cukup memikat, belum lagi anda lihat di dalamnya! Tidak dinafikan, dekorasi kafe yang berkonsepkan English ini cukup cantik, boleh membangkitkan ‘mood’ sesiapa sahaja yang melihatnya!
Antara hidangan pencuci mulut yang disajikan ialah kek, makaron, brownies dan banyak lagi. Menu istimewa untuk hidangan pencuci mulut ialah kek Red Velvet. Cukup enak dikenakan bersama segelas jus buah dalam suasana yang penuh santai dan romantis!
Alamat: 13, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam (Jumaat – bermula dari jam 3 petang hingga 10 malam)
Jika dilihat dari luar, dekorasi kafe ini kelihatan sungguh unik. Interior kafe ini juga memberi suasana ala-ala mafia dan berkonsepkan moden. Boleh dikatakan kafe ini mewujudkan aura santai yang lain daripada yang lain!
Antara pencuci mulut yang cukup digemari pelanggan di kafe Cartel Coffee Shop ini ialah New York Cheesecake, Nutella Cheese Tart dan Pavlova. Semestinya memuaskan tekak apabila dikenakan bersama secawan kopi di sini!
Alamat: 11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 4:30 petang hingga 1:30 pagi
Ingin membuat kejutan atau majlis harijadi buat insan tersayang? Kafe QNA Republic ini pasti menjadi pilihan yang tepat buat anda! Kafe ‘hipster’ yang berkonsepkan santai ini menghidangkan makanan Barat dan tempatan yang enak-enak belaka.
Selain itu, pencuci mulut turut disajikan di sini. Antara hidangan pencuci mulut yang ‘laku keras’ di kafe ini ialah Sago Gula Melaka, Butter French Toast dan Odette Brownies. Cukup memikat!
Alamat: 23, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, untuk hari minggu bermula dari jam 11 pagi hingga 1 malam manakala untuk Sabtu bermula dari jam 8:30 pagi hingga 11 malam dan untuk hari Ahad, dibuka sepanjang hari
Anda penggemar wafel? Kami yakin restoran ini pasti boleh membuat anda jatuh cinta dengan wafel yang disediakan. Paramount Coffee House merupakan salah sebuah kafe yang cukup popular dengan pencuci mulut di Bandar Baru Bangi.
Antara wafel yang menjadi kegemaran ramai ialah Triple Chocolate Waffle. Dibanjiri dengan coklat yang melimpah-limpah, menu ini cukup menggoda! Selain itu, anda juga boleh mencuba Banana Waffle, Oreo Vanilla Waffle dan banyak lagi!
Alamat: 7-47-01 Seksyen, 9, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 8 pagi hingga 10:30 malam
Merupakan salah satu outlet bagi Zawara Coffee yang pada awalnya hanya dibuka di Shah Alam, boleh dikatakan kafe Zawara Coffee yang baharu sahaja dibuka di Bangi Central pada tahun 2015 ini cukup terkenal di sini.
Terkenal dengan pencuci mulut seperti Crepe Cake, Churros with Ice cream, kek Red Velvet dan berbagai lagi pencuci mulut, kafe ini cukup sesuai untuk pengunjung yang ingin mengenakan pencuci mulut dalam keadaan yang sangat santai!
Alamat: 3-27-01 8,, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam
Ada yang sudah mula mengidam Pulut Mangga di sini? Terbayang-bayangkan keenakan pulut yang lembut yang dibanjiri dengan kuah santan yang pekat dan potongan buah mangga yang manis?
Restoran Suraya Thai Cuisine yang bertempat di Seksyen 7 di Bangi ada menghidangkan pencuci mulut Thai yang menjadi kegemaran ramai ini! Rasa lemak-lemak manis pulut mangga di sini menjadi punca begitu ramai ketagih dengannya, anda wajib cuba!
Alamat: 18, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 4 petang hingga 2 pagi
Nama kafe ini juga tidak asing lagi di Bandar Baru Bangi. Cukup terkenal dengan pencuci mulut seperti donut, kek, wafel dan banyak lagi, boleh dikatakan hidangan pencuci mulut di kafe ini cukup beraneka!
Antara hidangan pencuci mulut yang digemari ramai pelanggan di sini ialah Belgian Waffles with Nuts and Syrup. Waffle yang rangup di luar namun lembut di dalam dan sirap yang manis menjadikan menu ini begitu istimewa. Hiasannya juga cantik!
Alamat: No 15-G-, 1, Jalan Medan Pb 1a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 12 tengahari hingga 10:30 malam
Ada yang sudah mula berkeroncong perut memikirkan aneka pencuci mulut yang kami senaraikan di berbagai restoran dan kafe di sekitar Bangi ke? Jadi, cepat-cepatlah serbu restoran dan kafe yang kami senaraikan ini ya!
Anda juga digalakkan untuk datang lebih awal kerana dikhuatiri nanti tempat parkir dan ruang dalam restoran atau kafe penuh. Selamat menikmati pencuci mulut terbaik di Bangi!