Kepelbagaian makanan di negara Malaysia sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh segenap lapisan masyarakat kita. Tetapi, dengan arus kemodenan yang semakin pesat, seni kulinari di negara kita semakin lama semakin berkembang dengan mengetengahkan pelbagai menu makanan yang semakin rare.

Antara restoran yang mengikut trend menu makanan yang rare ini adalah restoran Jibril.

jibril subang kafe
Imej via [sethui]

Pada mulanya, restoran ini dibuka di Bandar Baru Bangi. Selepas mendapat sambutan yang hangat, mereka telah membuka cawangan di Johor Bahru. Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Larkin, mungkin anda pernah melihat restoran Jibril ini?

restoran jibril suband
Imej via [eatdrinkkl]

Berbeza dengan konsepnya di Selangor, restoran Jibril yang terletak di Johor Bahru ini menawarkan pengalaman yang unik kepada pelanggannya.

Menariknya, fokus utama restoran Jibril ini adalah menyajikan masakan Malaysia yang sangat sedap. Untuk dekorasi restoran ini pula, hiasannya sangat bergaya dan tempat duduknya yang sangat selesa.

Selain itu, pintu masuk mereka juga bertemakan seperti di filem-filem dongeng kerana mempunyai pintu rahsia disebalik rak-rak buku.

jibril johor bahru
Imej via [ammboi]

Di sini, anda boleh menjamu selera pada bila-bila masa sahaja. Sama ada pada waktu rehat, makan tengah hari ataupun menghabiskan malam yang santai bersama rakan dan keluarga.

Restoran Jibril Johor Bahru juga menawarkan suasana yang menarik sekiranya anda ingin membuat majlis sambutan hari lahir dan sebagainya.

JIBRIL JOHOR BAHRU
Imej via [klfoodie]

MENU MAKANAN DI RESTORAN JIBRIL JOHOR BAHRU

menu jibril johor
Imej via [maisinggah]

Menu di restoran Jibril ini agak sedikit unik kerana masakannya berasaskan butter atau mentega. Antara menu yang paling menarik untuk dicuba adalah Asam Thai Butter Clams & Mantou yang sangat sesuai dimakan bersama nasi putih ataupun roti Mantou.

Untuk hidangan ini, didatangkan dengan dua saiz dengan harga yang berbeza iaitu saiz kecil RM29.90 dan harga besar RM59.90.

Bagi anda yang belum pernah mencuba menu ini, jom cuba di restoran ini. Paling menarik sekali adalah kuah Asam Thai Butter Clams ini begitu sedap sekali. Kepekatan kuahnya memang cukup pekat dan rasa masamnya sangat padu. Rugi kalau anda tidak mencubanya sendiri.

RESTORAN JIBRIL JOHOR
Imej via [x]

MENU LAIN DI RESTORAN JIBRIL JOHOR BAHRU

Selain makanan berasaskan butter, restoran Jibril Johor Bahru juga menyediakan menu lain yang menarik dan perlu dicuba. Antaranya adalah Pisang Goreng XL yang sangat sedap.

Pisang Goreng XL menggunakan pisang yang bersaiz besar dan ditambah dengan aiskrim. Apa yang menariknya, pisang ini juga disalut dengan gula melaka yang sangat rangup. Haa, bagi anda yang gemarkan pisang, jom cuba sekarang!

restoran jibril johor
Imej via [foodpanda]

Bagi anda yang gemarkan minuman segar, anda boleh mencuba Mango Cheesecake Mocktail, Onde-Onde Mocktail, Lychee Pink Lemonade dan banyak lagi. Minuman disini kebanyakannya sangat sedap dan bagus untuk tubuh badan.

Apapun, restoran Jibril Johor Bahru ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang suka makan! Kombinasi menu butter dalam masakan restoran Jibril ini sangat terbaik dan rugi kalau tidak dicuba bersama keluarga dan rakan-rakan. Bila dah rasa, mesti tak sabar dan macam nak datang sekarang juga!

Lokasi: Pusat Perdagangan Larkin, 51, Jln Geroda 2/1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 12 tengah malam

No. Telefon: 012-743 0350

Jom baca juga Sri Pantai Seafood, Kueh Cafe, Syurga Kuih Muih, Restoran Aden Port Dickson dan Coffeology Cafe.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.