Tercari-cari jenis minyak zaitun yang ada di pasaran?

Minyak zaitun adalah sejenis minyak yang diperoleh dari buah zaitun. Ianya merupakan pokok tradisional dari lembah Mediterranean, jadi ianya sudah digunakan sejak berkurun dahulu.

Variasi minyak zaitun juga ada beraneka. Tertanya-tanya apakah jenisnya? Berikut kami senaraikan 9 jenis minyak zaitun untuk anda ketahui. Teruskan membaca!

#1 Minyak Zaitun Asli

Pure olive oil atau minyak zaitun asli ini merupakan variasi minyak zaitun yang agak murah berbanding yang lain.

jenis minyak zaitun
Imej via Eamart

Walaupun ianya tulen, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah daripada minyak zaitun extra-virgin atau virgin.

Warnanya lebih cerah, rasanya lebih neutral, dan kandungan asid oleik berukuran antara 3-4% sahaja.

Antara kegunaan minyak zaitun asli ialah ianya boleh menjadi minyak serbaguna untuk menyediakan pelbagai jenis masakan. Contohnya sos, pasta dan kebanyakan jenis masakan.

#2 Minyak Zaitun Virgin

Kami yakin anda pasti biasa terdengar nama virgin olive oil ini, bukan? Ianya merupakan antara minyak zaitun yang terawal yang didapati, jadi versi ini boleh dikatakan agak lama.

Virgin olive oil ini merupakan minyak yang lebih rendah kualitinya, dengan keasidan bebas hingga 2.0% dan warnanya kuning kehijauan.

Penggunaan jenis minyak ini terhad kepada makanan sahaja, misalnya ianya boleh dijadikan spread untuk roti. Ianya tidak sesuai untuk dimasak menggunakan haba yang tinggi.

Disebabkan kualitinya yang tidak dijamin baik, lebih ramai orang menggemari jenis yang extra virgin oil kerana ianya versi yang ditambah baik dari segi kualiti dan khasiat.

#3 Minyak Zaitun Extra Virgin

Inilah jenis minyak yang sentiasa diburu orang ramai di pasar raya -minyak zaitun extra virgin.

Jenis ini merupakan jenis minyak yang berkualiti tinggi kerana ianya tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualiti minyak zaitun.

jenis minyak zaitun extra virgin olive oil
Imej via Walmart

Minyak zaitun extra virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa menggunakan pelarut atau kaedah penapisan.

Disebabkan kualitinya yang tinggi, minyak zaitun ini juga kaya dengan khasiat. Ianya berfungsi sebagai anti-radang, meningkatkan kesihatan rambut dan kulit serta melindungi daripada diabetes dan penyakit jantung.

Minyak ini juga selamat untuk diminum begitu sahaja dan boleh dijadikan rutin setiap hari. Jika anda ingin memanfaatkan khasiatnya, amalkanlah rutin ini!

#4 Minyak Zaitun Refined

Minyak zaitun refined ialah minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah penyulingan yang tidak menyebabkan perubahan struktur gliseridik awal.

Minyak zaitun halus mempunyai keasidan bebas, dinyatakan sebagai asid oleik, tidak lebih dari 0.3%. Disebabkan ini, rasa minyak jenis ini tidak terlalu kuat.

jenis minyak zaitun refined olive oil
Imej via Sainsbury’s

Anda boleh mencampurkan minyak zaitun jenis refined ini dengan minyak zaitun yang lebih kuat rasanya bagi menjaga kualiti masakan supaya ianya tidak terasa tawar.

Untuk penggunaanya, minyak ini dapat digunakan untuk memanggang, menumis, memanggang, dan menggoreng.

#5 Minyak Zaitun Pomace

Minyak zaitun pomace mendapat nama dari “pomace” zaitun – ini adalah sisa kering buah zaitun, kulit dan lubang, setelah minyak zaitun dara dihasilkan.

Imej via KCG Corporation

Jenis ini mempunyai komposisi lemak yang sama dengan minyak zaitun biasa, jadi ianya memberikan manfaat kesihatan yang sama.

Ia juga mempunyai smoke point yang tinggi. Ini bermaksud bahawa tahap haba yang digunakan dalam memasak dan proses umum untuk membuat makanan tidak akan merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau.

#6 Minyak Zaitun Ringan

Light olive oil atau minyak zaitun ringan dihasilkan menggunakan haba setelah penekanan minyak zaitun virgin yang pertama. Berbanding hijau tua, minyak zaitun ringan mempunyai warna kuning keemasan.

light olive oil
Imej via London Drugs

Disebabkan kualitinya yang rendah, minyak ini memiliki aroma yang tidak sekuat minyak zaitun yang lain. Jadi, ia lebih bagus digunakan untuk menggoreng atau memanggang.

#7 Minyak Zaitun Extra Light

Minyak zaitun extra light ini kelihatan hampir sama dengan minyak zaitun ringan, namun ia semestinya mempunyai perbezaan yang tersendiri.

extra light olive oil
Imej via Walmart

Ianya berbeza dari segi kadar pengekstrakan minyak zaitun yang jauh lebih tinggi berbanding minyak zaitun yang jenis ringan.

Disebabkan smoke point yang lebih tinggi dari jenis minyak zaitun yang lain, minyak jenis ini boleh digunakan untuk memasak, memanggang dan deep frying.

#8 Minyak Zaitun Classico

Selain minyak zaitun extra virgin, minyak zaitun classico ini juga menyihatkan dan sesuai digunakan untuk yang berdiet.

Ini kerana ianya sendiri adalah campuran minyak zaitun refined yang telah ditambah dengan minyak zaitun extra virgin yang berkualiti tinggi.

classico olive oil
Imej via shopee

Dengan warna kuning keemasan yang jelas, ianya dapat meningkatkan aroma makanan dan menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam masakan Itali.

Minyak ini boleh digunakan untuk mengurut, memasak, disapu pada rambut, kulit dan juga boleh dimakan.

#9 Minyak Zaitun Cold-Pressed

Cold-pressed adalah cara untuk membuat minyak zaitun tanpa penggunaan haba atau bahan kimia.

cold pressed olive oil
Imej via Nykaa

Ia melibatkan proses menghancurkan biji zaitun menjadi pes dan kemudiannya, menggunakan mesin tekan untuk memisahkan minyak dari pulpa.

Rasa minyak zaitun ini lebih kuat dan kualitinya juga merupakan antara yang terbaik. Disebabkan itu, harganya agak mahal di pasaran.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis minyak zaitun yang ingin anda tahu? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan menarik untuk dicuba?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.