Mencari jenis madu yang ada?

Madu merupakan bahan makanan manis dan likat yang dihasilkan oleh lebah madu dan beberapa serangga yang berkaitan.

Sejak zaman purba lagi, madu memang digunakan untuk pelbagai tujuan disebabkan oleh khasiat yang banyak. Bukan zaman dahulu sahaja, ianya masih digunakan pada zaman sekarang,

Jenis madu juga ada berbagai. Tertanya-tanya tentangnya? Jadi, berikut kami senaraikan 9 jenis madu untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Madu Tualang

Madu tualang merupakan madu yang diperoleh dari lebah pokok tualangyang kebanyakannya terletak di negeri Utara di Semenanjung Malaysia.

jenis madu tualang
Imej via Gaia

Pokok jenis ini tumbuh di hutan tebal, jadi madu ini agak susah untuk diperoleh.Disebabkan itu, harga madu tualang yang asli agak mahal.

Namun, semestinya kualiti madu tualang ini terbaik berbanding yang lain. Madu ini mengandungi fenolik, flavanoid dan HMF yang tinggi.

Ianya dapat meningkatkan stamina, mengubati batuk, mengelakkan demam selsema dan tinggi dengan antioksida.

#2 Madu Kelulut

Madu kelulut ini pula dihasilkan oleh lebah yang bersaiz besar yang dikenali dengan nama saintifiknya – Meliponini.

jenis amadu kelulut
Imej via Healthyliving from Nature

Berbanding madu jenis lain, rasa madu kelulut ini rasanya masam masam manis, namun ianya masih lazat untuk dinikmati.

Antara khasiat madu kelulut ialah ianya dapat mengelakkan penyakit kencing manis, mengawal pengaliran darah dan mengawal berat badan.

#3 Madu Manuka

Jika anda merupakan peminat setia madu, anda pasti pernah terdengar tentang jenis madu ini- madu Manuka.

Madu Manuka merupakan madu yang diimport dari New Zealand, negara utama untuk pengeluaran madu.

jenis madu manuka
Imej via The Conversation

Rasanya manis dan teksturnya lebih tebal berbanding madu lain. Ianya diperoleh dari pokok Manuka.

Disebabkan belukar Manuka yang tidak tumbuh di mana-mana, madu Manuka ini sukar untuk diperoleh. Harganya sedikit mahal, namun kualitinya tetap tinggi.

#4 Propolis

Apabila lebah menggabungkan getah dengan cecair mereka sendiri, mereka menghasilkan produk coklat kehijauan melekit yang digunakan sebagai lapisan untuk membina sarang mereka – ini adalah propolis.

jenis madu propolis
Imej via Nature’s Element

Pendek kata, propolis merupakan madu yang diperoleh dari nektar pokok. Propolis ini juga turut digunakan dalam bidang perubatan tradisional untuk merawat dan mencegah penyakit.

Antara khasiat propolis yang kaya dengan flavonoid ini ialah ianya mereakan luka, merawat keradangan dan mengelakkan batuk.

Ianya juga digunakan dalam bidang kecantikan kulit kerana ianya mampu melembapkan kulit yang kering dan merawat parut.

#5 Madu Semanggi

Madu semanggi atau dikenali dengan nama clover honey adalah sirap manis dan tebal yang dihasilkan oleh lebah madu yang mengumpulkan nektar dari tanaman semanggi.

jenis madu
Imej via BukaReview

Ia asalnya terkenal di New Zealand, tetapi pengaruhnya meluas ke negara Amerika dan negara Asia.

Madu ini mempunyai rasa manis dan sedikit masam. Warnanya pula kuning keemasan, namun ada juga yang berwarna kuning cair.

Madu semanggi sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, dan antioksidan. Jadi, tidak hairanlah ianya begitu popular.

#6 Madu Ratu Lebah

Madu jenis royal jelly ini merupakan rembesan lebah madu yang digunakan dalam pemakanan larva, serta ratu dewasa.

Disebabkan itu, ianya turut dikenali dengan nama madu ratu lebah. Warna dan tekstur madu ratu lebah ini bergantung kepada persekitarannya.

madu ratu lebah
Imej via Naheed

Apabila terkena udara, royal jelly boleh berubah dari putih atau kuning berkrim menjadi coklat gelap. Teksturnya nipis, namun boleh berubah menjadi sedikit tebal.

Disebabkan kandungan pH yang sangat rendah (sekitar 2. 5 – 4), ia mempunyai rasa yang agak masam.

#7 Madu Akasia

Madu yang aromanya harum pasti akan menarik perhatian anda, bukan? Jika begitu, kami yakin anda pasti akan terpikat dengan madu akasia.

madu akasia
Imej via Abel and Cole

Ianya diperoleh daripada nektar bunga Robinia pseudoacacia, yang biasanya dikenali sebagai belalang hitam atau pohon akasia palsu.

Madu akasia ini mempunyai bau harum seperti bunga. Ia mempunyai rasa manis dan lembut dengan sedikit vanila, memang sedap!

#8 Madu Elvish

Agaknya madu apa yang paling mahal di dunia? Madu tersebut ialah madu Elvsh, sejenis madu yang berasal dari Turki.

elvish madu
Imej via Treehugger

Madu ini dijual dengan harga 5,000 euro ($ 6,800) untuk 1 kilogram (kira-kira 4.5 oz). Memang mahal, namun ada sebabnya.

Ia diperoleh dalam sebuah gua di mana lebah akan menghasilkan membuat madu kaya mineral yang berkualiti tinggi di dinding sfera di timur laut Turki.

Pendaki profesional akan diperlukan untuk mengekstraknya. Kawasan gua ini juga kaya dengan tanaman yang digunakan untuk perubatan, jadi kualitinya memang tinggi.

#9 Madu Sidr

Madu Sidr ini adalah jenis madu yang diperoleh dari Lembah Hadramaut, Yaman. Ia dihasilkan oleh  lebah yang menyimpan madu di bunga-bunga Sidr.

jenis madu sidr
Imej via Amazon

Nektar yang dihasilkan di dalam bunga Sidr sangat kuat dan penuh dengan nilai pemakanan yang menyumbang kepada kualiti perubatan madu.

Ianya mempunyai rasa manis dan aroma yang cukup harum, menjadikan madu Sidr sebagai antara madu yang terbaik di dunia.

Antara manfaat madu Sidr ialah ianya mampu meredakan sakit kepala, menyejukkan badan dan merawat sakit mata, sangat berkhasiat!

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis madu yang ingin anda tahu? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan berkhasiat untuk dicuba?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.