Kalau sebelum ini kita nampak banyak itik – itik panggang yang tidak halal dipamerkan di restoran – restoran Cina, namun kini jangan terkejut  jika kelihatan itik – itik salai di kedai makan orang Islam.

Jangan khuatir dan ragu – ragu, kerana itik – itik salai ini sudah pasti halal kerana disediakan dan dijual oleh masyarakat Islam.

Itik Salai

Imej via facebook

Gerai Itik Salai Masthar Bangi ini terletak di Medan Selera Anakku sering menjadi tumpuan ramai menjelang waktu makan tengahari.

Menu itik salai serta daging salai semakin menjadi pilihan masyarakat Muslim, tambahan pula ia dijadikan masakan gulai lemak Nogori yang sudah pasti terkenal dengan kepedasan serta keenakannya.

Anda sendiri berpeluang melihat gantungan itik – itik yang disalai di sini.

Aroma dari arang kayu yang digunakan sangat memukau jiwa.

Menjadi Sebutan

Gerai Itik Salai Mastar Bangi ini setiap hari dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan hidangan yang terdapat di sini.

Gulai lemak cili api yang diadun bersama memang cukup membuatkan anda terangkat sewaktu menikmatinya bersama nasi putih.

Menurut pemilik, resipi untuk itik salai diperolehi dari rakannya.

Itik muda disalai selama dua jam di atas tempurung kelapa.

Hasilnya, hidangan yang enak sehingga menjilat jari.

Itik Salai

Imej via facebook

Menu Salai Pilihan Ramai

Pelbagai yang boleh dicuba jika anda menjamu selera di sini antaranya :

Itik Salai Cicah Asam (RM8.00)

Hirisan daging itik yang telah disalai sangat mengharumkan.

Kelihatan kulit di bahagian luar agak rangup, manakala isi di sebelah dalamnya pula lembut dan empuk.

Enak dimakan bersama air asam yang tersedia, menaikkan lagi rasa salai daging dan pasti akan menambah selera anda.

Boleh dimakan bersama nasi putih dan juga diratah begitu sahaja.

Itik Salai

Imej via facebook

Daging Salai Masak Lemak Cili Api (RM6.00)

Daging yang telah disalai dihiris nipis dan dimasak bersama gulai lemak cili api.

Bau daging yang disalai telah meresap sebati ditambah pula dengan kuah gulai lemak cili api yang lemak dan pedas membangkitkan selera makan anda.

Ayam Salai Masak Lemak Cili Api (RM6.00)

Isi ayam ini disatukan bersama gulai lemak cili api tetap membangkitkan selera tatkala perut kosong menyanyi – nyanyi, meminta nasi untuk diisi.

Itik Salai Masak Lemak Cili Api (RM8.00)

Itik yang telah disalai juga turut dijadikan masak lemak cili api yang ternyata memberikan satu rasa tanpa suara dek kerana keenakannya yang terserlah sewaktu pertama kali menjamahnya.

Ikan Keli Salai

Ikan keli salai juga turut menjadi pilihan ramai. Ia enak dimakan bersama sos pencicah yang disediakan.

Terdapat dua kaunter penyediaan di gerai ini iaitu kaunter untuk bungkus dan kaunter untuk makan di situ.

Dua kaunter ini diasingkan bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan menu yang dikehendaki tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama kerana setiap hari ramai pelanggan menjamu selera di sini.

Alamat : Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.