Macam biasa, kita ketahui bahawa Penang sememangnya kaya dengan tempat-tempat makan menarik yang penuh dengan pengunjung di dalam dan juga luar negara.
Bagi anda yang gemarkan ikan bakar, mungkin anda boleh mencuba ikan bakar di restoran Shah Hammer Bay Ikan Bakar yang terletak di Bayan Lepas. Pasti tidak akan kecewa!
Shah Hammer Bay Ikan Bakar terletak berhampiran Pantai Seagate View Pulau Jerejak. Lokasinya yang strategik telah menjadikan restoran ini antara pilihan utama bagi penggemar ikan bakar.
Anda juga boleh menikmati hidangan menu di sini sambil memanjakan mata anda dengan melihat suasana pantai. Selain itu, kemudahan prasarana di kawasan sekitar restoran ini telah menaikkan lagi value tarikannya.
Bagi ruangan makan restoran ini pula, ia sangat luas dan boleh memuatkan ramai orang. Biasanya ruang restoran ini akan dipenuhi dengan ramai pengunjung pada waktu malam. Bagi anda yang mahukan suasana yang kurang sesak, anda boleh datang pada waktu petang.
Menu yang paling laris atau killer menu di restoran Shah Hammer Bay Ikan Bakar Penang ini adalah Ikan Bakar yang dihidangkan bersama air asam. Apa yang menariknya, saiz ikannya sangat besar dan seekor ikan cukup dimakan oleh dua orang. Ikan yang dibakar pula sangat segar dan rasanya sangat sedap.
Air asam untuk Ikan Bakar Penang ini memang sangat terbaik rasanya. Jadi bagi anda yang hantu ikan bakar, perlulah cuba menu ini cepat-cepat sekiranya datang ke Penang.
Untuk harganya pula, ia tidak overrated price dan memang kena dengan apa yang mereka tawarkan. Memang terbaik!
Selain Ikan Bakar, menu lain yang terdapat di restoran ini adalah menu yang berasaskan makanan laut atau sering dikenali sebagai seafood dalam kalangan masyarakat kita. Anda cakap sahaja nak makan apa, pasti ada disini. Boleh dikatakan restoran ini ibarat antara syurga seafood di Penang.
Ramai yang berkongsi menu yang patut dicuba oleh anda sekiranya anda tidak inginkan ikan bakar, menu tersebut adalah Tomyam Campur yang dipadukan dengan hidangan Paprik Sotong.
Rasanya pasti membuatkan anda nak makan ulang-ulang lagi nanti. Untuk kuantiti makanannya sangat banyak dimana satu hidangan cukup untuk dua orang dan restoran Shah Hammer Bay Ikan Bakar ini tidak kedekut lauknya.
Bagi anda yang mahukan menu harga bajet, anda boleh mencuba Nasi Daging Merah yang sangat sedap. Harganya pula sekitar bawah RM10 untuk satu hidangan yang cukup untuk satu orang.
Bagi penggemar Sotong Celup Tepung pula, mungkin anda boleh cuba versi restoran Shah Hammer Bay Ikan Bakar pula. Rasanya sangat lazat, enak sekali dan isi sotongnya sangat lembut serta segar.
Anda boleh datang bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang ke restoran Shah Hammer Bay Ikan Bakar, Penang untuk merasai sendiri keenakan ikan bakar disini. Peminat ikan bakar Penang pasti sangat berpuas hati dengan masakan restoran Shah Hammer Bay ini.
Lokasi: Gerai 45 & 46 kompleks seri Pantai, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 pagi
No. Telefon: 013-588 2718
Jom baca juga Jibril Johor Bahru, Sri Pantai Seafood, Kueh Cafe, Syurga Kuih Muih dan Restoran Aden Port Dickson.