Ada yang mencari buffet Ramadan di Pahang pada tahun ini? Apa kata bawa pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan untuk berbuka puasa bersama di Hani Steamboat Resthouse Temerloh.

Sesekali pasti ingin berbuka puasa di luar. Hani Steamboat Resthouse Temerloh antara lokasi yang perlu anda terjah untuk berbuka kerana pelbagai perkara menarik yang mereka tawarkan sepanjang Ramadan ini.

Buffet ini berlansung dari 5 Ramadan hingga 28 Ramadan 1445H bersamaan 16 Mac hingga 8 April 2024. Ini perkara yang perlu anda tahu sebelum ke sini:

Menu Terpaling Kampung Citarasa Pahang Asli

Ramadan kali ini, Resthouse Temerloh menyediakan buffet bertemakan Menu Terpaling Kampung Citarasa Pahang Asli. Buat mereka yang rindu dan mahu makan makanan tradisi Pahang yang asli dengan resepi turun-temurun, anda memang perlu datang ke sini.

Lebih 60 menu menarik ditawarkan buat pengunjung sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Menu utama semestinya kambing golek, yang menjadi tumpuan sepanjang Ramadan.

Menu lain yang mengiurkan termasuklah gulai kawah kambing, daging rusa kari bersama bersama umbut pisang dan ikan liar Sungai Pahang. Menu unik seperti daging rusa kari bersama umbut pisang memang susah untuk didapati di tempat lain. Jadi, anda boleh rasai keenakannya di Hani Steamboat Resthouse Temerloh.

Nama pun kedai steamboat, nak berbuka dengan steamboat pun boleh! Pelanggan setia pasti tahu keenakan steamboat di sini memang tiada tandingannya. Banyak pilihan menu lain menanti anda dan kesemuanya memang sedap!

Kemudahan Lengkap dan Selesa

Salah satu faktor dalam memilih lokasi berbuka puasa semestinya kemudahan yang disediakan oleh pihak restoran kepada pengunjung. Kemudahan yang lengkap memudahkan pengunjung untuk melakukan pelbagai perkara di sini.

Kemudahan utama yang dicari semestinya tandas dan surau. Pihak Resthouse Temerloh menyediakan surau yang selesa buat pengunjung. Oleh itu, pengunjung tidak perlu kelam-kabut mencari ruangan solat di tempat lain kerana sudah tersedia dengan bersih dan selesa. Parkir juga disediakan dengan banyak dan mencukupi.

Satu lagi perkara menarik buat anda yang ingin berbuka puasa di sini, mereka menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik! Nak tahu hadiah apa? Kenalah datang sendiri ke sini!

Harga Murah dan Mampu Milik

Bukan senang nak cari pakej buffet Ramadan yang murah lebih-lebih lagi yang menawarkan harga bawah RM 100 pada waktu ini. Namun anda boleh dapatkannya di Hani Steamboat Resthouse Temerloh dan harganya memang mampu milik.

Hanya RM 65 sahaja pakej buffet Ramadan di sini untuk dewasa manakala RM 40 untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah boleh makan secara percuma.

Nak harga yang lebih murah? Buat tempahan sebelum 13 Mac 2024 dan dapatkan harga serendah RM 55 untuk dewasa manakala RM 35 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi dengan kemudahan dan menu yang ditawarkan.

Jom Tempah Sekarang!

Jika anda berminat untuk berbuka puasa di sini, buat tempahan segera melalui panggilan telefon atau Whatsapp sahaja nombor tertera:

No telefon: 09-2963218 | 09-2960576

Whatsapp: + 6019 548 4577 (Miss Nad) | 0108284577 (Miss Fatin) | 0179232247 (Miss Umi)

Maklumat Lanjut

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai Hani Steamboat Resthouse Temerloh:

Alamat: Resthouse Temerloh, Jalan Hamzah, 28000 Temerloh, Pahang

Facebook: Hani Steamboat Resthouse Temerloh

Tiktok: @resthousetemerloh

Pakej buffet Ramadan di Pahang 2024 yang ditawarkan oleh Hani Steamboat Resthouse Temerloh memang sangat berbaloi dari segi harga, menu, layanan dan kemudahan yang diberikan. Tunggu apa lagi? Jom ajak yang tersayang berbuka puasa di sini!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.