Ada sesuatu tentang Food Truck yang membuatkan orang ramai berkerumun. Mungkin sebab makanannya yang bervariasi, kepantasan makanan dibuat atau kesegaran makanan yang ditawarkan.

Perniagaan berkonsepkan Food  Truck semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat kerana harganya yang berpatutan dan boleh didapati pada bila-bila masa tidak kiralah pada waktu makan tengah hari, makan petang mahupun makan lewat malam. Jom terjah 10 Food Truck paling popular sekitar KL dan Selangor!

1. Roxanne by Thyme Out

Roxanne by Thymeout

Imej dari vulcanpost.com

Roxanne by Thymeout

Imej dari Facebook Thymeout

Jika anda sukakan streetfood Mexico seperti taco, burrito dan quesadila, anda perlu cuba hidangan dari Thyme Out. Walaupun sudah memiliki cawangan restoran di Sunway dan SS15, mereka kini menawarkan hidangan secara lebih mudah dan dekat dengan pelanggan dengan food truck mereka yang dinamakan Roxanne.

Rata-rata ramai  memberikan komen yang memberangsangkan mengenai taco dengan pilihan isi ayam, kambing atau daging dengan sos salsa dan sayuran yang menyegarkan.  Jangan lupa simpan sedikit ruang untuk nachos dan churros yang lazat!

Lokasi : APW Bangsar

Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad, 11.00 pagi hingga 8.30 malam

2. Mad Miles

Mad Miles

Imej dari Facebook Mad Miles

Mad Miles

Imej dari Facebook Mad Miles

Nikmati kelainan makan malam anda dan cubalah hidangan dari  food truck Mad Miles. Food truck berwarna biru terang ini menyajikan hidangan makan malam dengan konsep retro Amerika. Dekat tempat lain memang susah nak dapat! Antara menunya termasuk classic cheeseburger, crispy shrimp po’ boy, dan New Orleans submarine sandwich. Belgian waffle untuk dessert pun ada! Pasti sukar untuk anda lupakan hidangan yang ditawarkan di sini!

Lokasi : 125, Jalan Wira 4, Taman Perwira 2, Ampang, Kuala Lumpur

Waktu Operasi :  6.30 petang hingga 12.30 malam

3. La Famiglia

LA Famiglia

Imej dari havehalalwilltravel.com

La Famiglia

Imej dari Instagram La Famiglia

Peminat makanan food truck pasti biasa dengar La Famiglia. Food Truck ini cukup popular dengan pelbagai hidangan menu pasta. Apa yang membuatkan orang ramai kembali ialah harga makanannya yang kurang daripada RM10 setiap satu .

Bagi yang baru mencuba, disyorkan untuk memesan hidangan ‘signature’ mereka yang dinamakan The Boss pasta dengan kombinasi sos karbonara dan Bolognese disertai dengan ayam panggang pedas. Memang terangkat!

Lokasi : Maybank Seksyen 14, Petaling Jaya

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat , 11.00 pagi hingga 2.00 pagi

4. Nobers’ Hot Wings

Nobers' Hot Wings

Imej dari havehalalwilltravel.com

Nobers

Imej dari Instagram Nobers’ Hot Wings

Food Truck yang satu ini memang cukup terkenal dengan ayam kepak yang dimasak dengan gaya klasik Amerika. Kulitnya digoreng rangup dengan isi yang lembut.

Pelanggan boleh memilih sos pilihan untuk menyalut ayam sama ada sos pedas atau manis. Nak campur dua-dua pun boleh! Kalau tak rasa nak makan ayam, food truck ini juga ada menjual makanan lain seperti Cheese Steak Sandwich yang tidak kurang hebatnya.

Lokasi : Anggerik Mall, Shah Alam

Waktu Operasi : 7.00 malam hingga 12.00 pagi

5. Honcho! Pizza Parlour

Honcho! Pizza

Imej dari Instagram Honcho! Pizza Parlour

Honcho! Pizza

Imej dari Instagram Honcho! Pizza Parlour

Apa yang membuatkan Honcho! Pizza Parlour ini istimewa ialah ia merupakan food truck pertama di Malaysia yang menyediakan pizza menggunakan kayu api berbanding ketuhar!

Terdapat variasi pilihan menu pizza daripada menu pizza biasa seperti pepperoni, bbq chicken sehingga pizza ‘rare’ seperti smoke salmon, spicy lamb dan tuna ikan bilis. Selain pizza, pasta seperti aglio olio dan carbonara serta kepak ayam pun ada dijual.

Lokasi : SS17/1A Subang Jaya

Waktu Operasi : 7.00 malam hingga 1.00 pagi

6. Hungry Thug

Hungry Thug

Imej dari discoverkl.com

Hungry Thug

Imej dari Instagram Hungry Thug

Food truck ini pula menyajikan hidangan Texan-Mexican yang cukup bervariasi. Antara menu yang mendapat perhatian termasuk  Beef Cheesy Thug Sandwich, Poutine Jahat, dan Tomato Cream Pasta. Ada juga yang datang semata-mata untuk menikmati teh tarik Caramel dan teh tarik madu mereka yang cukup padu!

Lokasi : 2-10 Jalan Pelapik C u8, Bukit Jelutong, Shah Alam

Waktu Operasi : 5.00 petang hingga 11.00 malam

7. Mak Chick Yunai

Mak Chick Yunai

Imej dari havehalalwilltravel.com

Mak Chick Yunai

Imej dari Instagram Mak Chick Yunai

Peminat ayam goreng wajib ke sini sebab semua menu di sini menggunakan ayam goreng sebagai ‘superstar’ dalam setiap hidangan. Menu yang orang paling suka pesan ialah burger Mak Chick Gunung Berapi!

Ia sebenarnya burger dengan dua patty ayam goreng tanpa tulang yang disertakan dengan keju, telur dan siraman sos cili, mayonis dan sos lada hitam. Nasi Le Mak Chicken Berempah yang dihidangkan dengan salad juga perlu dicuba.

Lokasi : Lorong Rahim Kajai 14, TTDI

Waktu Operasi :  Isnin hingga Sabtu , 6.00 petang hingga 12.00 malam

8. Sundaydotruck

Sundaydotruck

Imej dari Instagram Sundaydotruck

Sundaydotruck

Imej dari Instagram Sundaydotruck

Siapa kata anda tidak dapat menikmati dessert dan kek di food truck. Dimiliki oleh dua beradik, Sundaydotruck menyajikan aneka kek dan dessert yang menyelerakan seperti donut nutella dan brownies. Bagi yang mengidam dessert tapi tidak sempat keluar rumah, food truck ini juga menawarkan khidmat hantaran dengan minimum pesanan empat potong kek.

Lokasi : BHP Taman Melawati

Waktu Operasi : Isnin hingga Sabtu, 8.30 malam hingga 11.30 malam

9. Padangs

Padangs

Imej dari Instagram Padangs

Padangs

Imej dari Instagram Padangs

Kini anda boleh menikmati masakan Padang dengan lebih mudah di Foodtruck Padangs. Food truck berwarna kuning menyerlah ini menyajikan pelbagai jenis lauk pauk Minang untuk dimakan bersama nasi panas. Memang cukup menyelerakan! Jangan lupa try daging dendeng special dari mereka!

Lokasi : Sri Aman Food Court, Bukit Jelutong, Shah Alam

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 3.30 petang

10. MY Gỏi Cuốn

Mygoicuon

Imej dari Instagram Mygoicuon

Mygoicuon

Imej dari Instagram Mygoicuon

Jika anda mencari streetfood Vietnam yang asli, di sinilah tempatnya. Disebut sebagai ‘groi-kung’ yang bermaksud spring rolls, ia juga merupakan menu yang mesti dicuba di sini.

Popia Vietnam dengan isi udang, suhun dan sayur serta dicicah dengan sos istimewa memang cukup menyegarkan dan sihat. Bukan popia Vietnam saja dijual, malah kerabu udang, kerabu mangga dan kopi Vietnam yang tengah viral sekarang pun ada!

Lokasi : TAPAK KL, Jalan Ampang

Waktu Operasi : Isnin, Rabu dan Jumaat ( 6.00 petang hingga 12.00 pagi)

Kesimpulan

Sekarang anda sudah tahu port-port terbaik untuk makanan food truck, bolehlah serbu. Mungkin ada yang anda tak tahu tapi sebenarnya dekat dengan lokasi anda.

Macam-macam makanan ada, dari burger, kek sehingga ke streetfood antarabangsa seperti Mexico dan Vietnam. Semuanya nampak cukup menyelerakan. Bolehlah lepak sekali bersama rakan dan keluarga.

Penulis: Nazirah Hassan

Penulis yang gemar 'travel' dan mencuba tempat makan baru.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.