Melaka merupakan tempat pilihan ramai untuk percutian ‘jalan-jalan cari makan’. Jangan tak tahu, bukan makanan viral sahaja yang banyak di sini, tetapi ada banyak tempat untuk anda nikmati pencuci mulut yang menyegarkan. Ayuh mulakan‘dessert hunting’ di Melaka denga mencuba 9 ‘dessert’ terbaik di Melaka.

1.Handmade Bakery Café

Handmade Bakery Cafe

Imej dari durianshare.com

Jika anda ingin mencuba pastri dan kek, apa kata kunjungi Handmade Bakery Café di Taman Kota Laksamana. Pilihan pencuci mulutnya memang lain dari yang lain. Antara kek yang terkenal di sini ialah Tofu Cheesecake dan Matcha Dome Cake. Kafe ini juga menyediakan ruangan bakeri untuk anda memilih pastry dan roti yang anda sukai.

Alamat : 77, Jln Kota Laksamana 3/8, Melaka
Telefon: +60 6-288 4292
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam

2. Big Bowl Ice

Big Bowl Ice

Imej dari Instagram Big Bowl Ice

Di terik panas, sejukkan badan dengan menikmati ais parut berperisa dengan hirisan buah-buahan segar. Kunjunlah Big Bowl Ice untuk mencuba pelbagai perisa ais parut yang dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan, kekacang dan puding.

Ais parut ini didatangkan dengan pelbagai perisa seperti durian, mangga, susu, teh hijau dan macam-macam lagi. Anda pasti akan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ada di kedai ini.

Semuanya sedap-sedap belaka! Selain itu, keistimewaan kedai ini ialah anda boleh mintasupaya ais parut dihidangkan dengan ‘portion’ yang sangat besar. Yang paling besar ialah untuk 30 orang makan! Sebab itulah namanya ‘Big Bowl Ice’. Mat Dan pun pernah kunjungi kedai ini tau! Anda bila lagi?

Alamat :11, Jalan Kota Laksamana 1/2
Telefon: 06-281 6796
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam

 

3.Jonker 88

Jonker88

Imej dari turnuoff.com

Jonker 88 merupakan kebanggaan orang Melaka. Terletak betul-betul di keramaian Jonker Street, Jonker 88 menawarkan pelbagai jenis dessert untuk anda cuba. Antara dessertnya yang terkenal ialah cendol durian dan ais kacang. Apa yang istimewanya pencuci mulut disini ialah ia disediakan dengan menggunakan resepi baba nyonya asli. Anda juga pasti akan terpikat dengan persekitarannya yang klasik dengan perhiasan serba antik.

Alamat :88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Waktu Operasi : 9.30 pagi hingga 8.30 malam

4. Justberrys Dessert House

Pencuci mulut istimewa Justberrys

Imej dari vkeong.com

Jika sudah alang-alang berada di Taman Kota Laksamana, apa kata singgah di Justberrys pula. Kedai ini terletak sederet dengan Handmade Bakery Café. Kedai ini menghidangkan dessert yang unik.

Ada yang dihidangkan dalam kulit tembikai dan buah naga yang dijadikan mangkuk dessert itu sendiri. Anda juga boleh mencuba kelainan dengan roti bakar premium bersama aiskrim seperti ‘Charcoal Premium Toast’ dan ‘Salted Egg Premium Toast’.

Alamat :8, Jalan KL 3/1b, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia
Telefon : +60 12-631 8668
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 12.00 malam

5.The Daily Fix Café

Aneka menu penkek dari The Daily FIx

Imej dari missnidy.com

Di The Daily Fix Café, sepanjang masa adalah waktu sarapan. Selain menu sarapan pagi serta pasta, kafe ini juga terkenal dengan penkeknya yang gebu dan sedap. Bila berkunjung ke Jonker Walk, jangan lupa untuk mencuba penkek di sini. Kafe ini menawarkan penkek seperti penkek durian, pisang, pandan gula Melaka.

Selain penkek, anda juga boleh mencuba brownies, muffin, kek keju dan kek lobak merah. Dengan suasananya yang’vintage’ serta haruman kopi yang menenangkan, pasti menarik hati seseiapa saja untuk menghabiskan masa di sini.

Jangan terlepas pandang pula bila mencari kafe ini kerana ia terletak di belakang kedai cenderamata berhadapan dengan Jonker 88.

Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Telefon: +60 6-283 4858
Waktu Operasi : 8:30 pagi hingga 11.00 malam

6. D’Base Cafe

Waffle dan Roti Bakar istimewa D'Base

imej dari caychia.blogspot.com

Bagi peminat waffle, D’Base Café adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Wafflenya bersaiz agak besar dan dihidangkan dengan aiskrim. Kafe ini juga menghidangkan dessert roti bakar yang unik iaitu Banana Toast dan Charcoal Salted Egg Toast. Apa yang menariknya tentang kafe ini ialah ia bercantum dengan salon dan kedai manicure. Bila sudah berdandan di salon D’Reve, boleh terus ke tingkat atas dan memesan dessert yang sedap-sedap!

Alamat :203L-1, Jalan Kenanga 3/29, Taman Kenanga, 75200 Melaka
Telefon: 06-2836006
Waktu operasi : 3.00 petang hingga 12.00 malam, Tutup pada setiap Isnin

7. The Old Mark Cafe

Imej dari Instagram The Old Mark

Biasa tengok tak penkek gebu yang ‘jiggly’ macam jeli? Satu-satunya tempat anda boleh nikmati ‘souffle pancake’ yang popular di Melaka adalah di The Old Mark Café. Kafe ini kelihatan sedikit tertutup dari luar, tetapi cukup meriah dengan pelanggan yang mahu menikmati menu ‘all-day breakfast’serta kopi di dalam. Antara menu ‘soufflé pancake’ yang sering dipesan antaranya ialah tiramisu dan matcha.

Alamat :No.39, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka, 75200 Melaka
No. Tel : +6017-899 1639
Waktuoperasi : 11.00 pagi hinga 7.00 petang. Ditutup pada setiap Isnin.

8. Molten Chocolate Cafe

Molten Chocolate Cafe

Imej dari Facebook Molten Chocolate Cafe

Peminat coklat tidak perlu ke Kuala Lumpur lagi kerana Melaka kini sudah ada kafe berkonsepkan seakan DipnDip. Terletak di Dataran Pahlawan, kafe ini menawarkan pelbagai jenis dessert berasaskan coklat seperti penkek, waffle, buah celup coklat dan sebagainya.

Pasti rambang mata untuk memilih menu nanti. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba tarikan dessert terbaru di Dataran Pahlawan ini!

Alamat: FG-18, Ground Floor, Dataran Pahlawan, Melaka
Telefon:+606-282 1828
Waktu Operasi: 11.00pagi hingga 9.30 malam

9. Truly Two Cafe

Truly Two Cafe

Imej dari Facebook Truly Two Cafe

Anda boleh cuba pelbagai jenis hidangan dessert di sini. Antara tarikan utamanya ialah waffle dan penkek bersama aiskrim Magnum dan hidangan sofistikated lain seperti sizzling brownies dan milkshake pelbagai perisa! Memang cantik mata memandang, rasanya juga sangat sedap. Hidangannya pasti membuatkan anda mahu mengambil gambar berkali-kali!

Alamat :No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Seksyen IV, Mukim Bukit Baru
Bukit Baru, Melaka
Telefon: 06-284 3488
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam

Kini, ada banyak sebab lagi untuk anda berkunjung ke Melaka. Bila sudah penat berjalan atau mengidam manisan, anda boleh singgah ke kafe dessert di sekitar bandar.Banyak pencuci mulut serba unik dan baru untuk anda cuba. Pasti akan membuatkan anda merindui Melaka lagi.

Penulis: Nazirah Hassan

Penulis yang gemar 'travel' dan mencuba tempat makan baru.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.