Mencari port cendol di KL & Selangor yang sedap-sedap?
Cuaca sekarang yang tidak menentu memang membuatkan kita berasa mudah dahaga dan lapar, terutamanya pada waktu petang. Cendol merupakan salah satu menu minum petang yang paling popular di kalangan orang kita.
Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 tempat makan yang menyajikan cendol di KL & Selangor yang boleh anda serbu. Teruskan membaca ya!
Alamat: 57, Lorong Raja Bot, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 3 pm- 3 am
Restoran ini sudah lama beroperasi, namun setelah memperkenalkan menu terbaru iaitu cendol durian, nama restoran Cendol Durian Runtuh ini kian menjadi sebutan ramai!
Durian yang disajikan bersama cendol bukan biasa-biasa. Saiznya besar dan rasanya cukup manis, jelas menunjukkan yang kualtiti durian memang terbaik. Kuantitinya juga banyak!
Kurang menggemari durian? Tidak mengapa, cendol biasa juga boleh didapati pada harga RM 3 sahaja. Alang-alang singgah di Chow Kit, jangan lupa terjah restoran ini ya!
Alamat: Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm
Sesetengah cendol yang kita cuba selalunya gula merahnya kurang terasa. Ada masanya kita mahu juga merasai cendol yang pekat dan manis bukan?
Untuk itu, cubalah cendol di Wahab’s Cendol ini! Rata-rata pelanggan yang singgah di sini mengakui yang rasa gula merah yang pekat menjadi punca utama mereka sangat menggemarinya!
Antara yang cendol yang boleh dicuba ialah cendol pulut, cendol durian, cendol jagung, cendol biasa dan cendol special. Dijamin sedap!
Alamat: Jalan SS 15/4g, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am -7 pm
SS15 di Subang Jaya boleh dikatakan syurga makanan, kerana di kawasan ini ada berbagai jenis tempat makan yang menghidangkan aneka jenis genre makanan, termasuklah cendol!
Mahu mencuba cendol dan rojak sesedap di Penang? Lekaslah terjah Rojak & Cendol Mustaffa ini! Cendolnya tidaklah terlampau pekat, namun ianya masih manis dan menyegarkan tekak. Memang best!
Alamat: Jalan 17/41, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 5.30 pm
Nak mencari tempat makan yang menyediakan cendol dan rojak agak susah, terutamanya di sekitar KL dan Selangor. Tapi, tak semestinya tak ada langsung tempat makan sebegitu.
Satu port rojak dan cendol di KL dan Selangor ialah restoran Rojak & Cendol Mustaffa. Cendol di sini dikatakan agak manis, memang sesuai jika anda mengidamkan minuman manis terutamanya pada cuaca panas.
Alamat: 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu (3 pm – 12 am) manakala hujung minggu (1.30 pm – 12 am)
Bila kami sebut ‘raja segala buah’, buah apa yang terlintas di minda anda? Semestinya durian, bukan? Jika anda peminat tegar durian, anda wajib serbu Durian King TTDI!
Restoran ini menyajikan cendol durian yang sangat istimewa. Durian yang digunakan berkualiti tinggi, dan cendolnya pula sangat sedap. Rasa lemak manis cendol dan durian yang gebu dan manis, memang gabungan yang sempurna!
Alamat: Jalan Kuching, 62, Jalan Sibu 5, Taman Wahyu, 68100 Batu Caves, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 6 pm
Nah, satu lagi restoran rojak dan cendol di KL yang boleh anda terjah ialah restoran TigaRasa Rojak Dan Cendol! Menurut ramai, hampir setiap pelanggan yang singgah di sini pasti akan pesan kedua-dua menu ini – cendol dan rojak.
Hidangan tersebut memang sangat sesuai dinikmati untuk minum petang terutamanya cendol. Rasa gula melaka yang cukup terasa bikin ramai pelanggan yang mencubanya jatuh cinta!
Alamat: Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 7 pm
Jenis cendol yang selalunya anda cuba pasti cendol pulut, cendol durian dan cendol jagung sahaja, bukan? Pernah mencuba cendol mangga? Ya, inilah keistimewaan utama cendol di Warisan Kak Aini!
Kedengaran unik, namun jangan risau. Gabungan rasa mangga yang manis dan segar ditambah dengan rasa cendol yang lemak-lemak manis memang menjadi. Rugi tak cuba!
Alamat: Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 7pm
Petang-petang sedap juga kalau anda pekena cendol bersama laksa. Tapi agaknya ada ke tempat makan yang menyediakan cendol dan laksa sesedap di Penang? Semestinya ada, restoran Cendol Durian Borhan merupakan salah satunya.
Cendol yang kerap dipesan oleh ramai pelanggan di sini ialah cendol durian. Lebih menarik, mereka terus mencampurkan isi durian bersama cendol. Jadi, lebih mudah untuk anda menikmatinya dengan penuh selera!
Alamat: Lot 170, Batu 25 1/4, Jalan Klang, Kg Assam Jawa, 45700 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm pada hari minggu manakala hujung minggu 10 am – 7 pm
Satu lagi gerai cendol yang popular di Kuala Selangor ialah Cendol Bakar Kuala Selangor.Gerai ini cukup terkenal bukan sahaja kerana cendol bakarnya, malah konsep pandu lalu yang ditawarkan juga turut menarik perhatian ramai.
Mengapa cendol bakar? Ianya kerana cara penyediaan gula melaka yang digunakan akan dibakar terlebih dahulu sebelum dicairkan. Setelah itu, dicampur bersama cendol.
Rasa gula melaka yang lebih pekat memang membantu menggandakan lagi keenakkan dan kemanisan cendol itu. Kmai yakin anda pasti akan menggemarinya!
Alamat: 17, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Mengidamkan cendol pulut yang terlajak sedap? Jika anda berada sekitar Ampang, Restoran Cendol&Rojak Taman Kosas merupakan salah satu restoran yang wajib anda kunjungi untuk mencuba menu tersebut.
Harga yang ditawarkan untuk cendol pulut ialah RM 2.50 sahaja, sangat berpatutan dengan rasanya yang sungguh sedap. Rojak Sotong merupakan menu lain yang boleh anda cuba jika singgah di sini, memang enak!
Banyak lagi sebenarnya gerai cendol di KL dan Selangor yang boleh anda terjah. Yang kami senaraikan ini merupakan antara yang paling popular sekitar sini.
Jika anda berada sekitar KL dan Selangor, jangan lupa terjah tempat makan yang kami senaraikan ini jika tekak mula mengidamkan cendol durian dan cendol pulut. Selamat menjamu selera!
Mencari lebih banyak tempat makan di KL? Klik sahaja pada link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Tempat Makan Best Di KL