Pernah tak anda menikmati hidangan sambil menghidup udara nyaman, dengan deruan air sungai yang mengalir tenang, angin bertiup sepoi – sepoi bahasa, dengan redupan di bawah pepohon yang rendang ?

Suasana yang nyaman sebegini sudah pasti membuatkan anda dapat menjamu selera dengan tenang. Anda dapat makan dengan suasana yang begitu selesa di sini biarpun café ini menyediakan tempat makan yang begitu tradisional.

Lauk Pauk

Imej via mediapermata

Hidangan Melayu Pattani

Castella Café ini menampilkan konsep berkelah di tepi sungai menyajikan hidangan menu bangsawan Melayu Pattani yang semakin hilang ditelan zaman. Ia terletak di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai di Gerik, Perak.

Pemilik café ini merupakan seorang usahawan OKU, iaitu Mohd Isa Bin Mohamed Ramli yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut Putih. Biarpun beliau seorang OKU, namun sangat cekal dan bersemangat tinggi serta berusaha mempopularkan semula masakan ikan Sungai Temenggor dan Tasik Banding menggunakan resepi serta kaedah tradisional Melayu Hulu Perak yang semakin dilupakan.

Ulam Ulaman

Imej via denai

Pada peringkat permulaan, Tok janggut putih hanya berniaga ‘buah potong’ secara kecil-kecilan sahaja. Kemudiannya beliau telah beralih kepada perusahaan membuat ikan pekasam. Akhirnya beliau telah mendapat idea untuk menubuhkan Castella Café yang berkonsepkan dangau buluh.

Kaedah Tradisional

Hampir kesemua menu yang disajikan di café ini menggunakan kaedah tradisional. Antara menu utama dan istimewa di café ini adalah ikan sungai yang segar seperti ikan tengas, sebarau dan bermacam – macam lagi ikan sungai yang terdapat di sini. Ikan – ikan sungai ini dijadikan sebagai gulai lemak cili api, ikan pekasam, ikan bakar, gulai sakai (gulai masam) dan bermacam hidangan lagi.

Salad orang Melayu sangat mendapat sambutan. Tambahan pula ia sukar didapati di mana – mana restoran lain kerana stok yang terhad. Kalau anda nak tahu, salad orang Melayu ini sebenarnya pelbagai ulam – ulaman dan sayur kampung yang terdiri dari umbut bayas atau umbut mereding, pucuk paku, pucuk ubi serta pelbagai pucuk kayu dan sayuran kampung lain. Jika di sini, stok agak mudah didapati kerana kawasan persekitaran yang banyak ditumbuhi tumbuhan tersebut.

Lauk Pauk

Imej via rojakdaily

Nasi Dalam Buluh

Nasi di sini dimasak di dalam buluh yang dikenali sebagai Nasi Daun Bemban menghasilkan aroma yang sungguh menyelerakan. Untuk menjamu selera di sini, pengunjung disarankan  membuat tempahan awal kerana tempatnya agak terhad.

Bagi pelanggan yang datang ke sini, mereka akan di beri pilihan samada untuk duduk di pondok atau di meja yang berada di pinggir sungai sambil berendam kaki di dalam air sungai yang mengalir. Terasa kedinginan air sungai yang mengalir lalu membasahi kaki anda. Selepas menjamu selera, boleh sahaja anda terus bermandi manda di sungai tersebut. Memang best lah !

Castella Cafe ini dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 5.00 petang.

Alamat: Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.