Kaw Kaw Burger Bakar adalah sebuah gerai burger bakar original yang beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

Walaupun gerainya terletak di tepi jalan, tetapi kualiti makanan dan keenakannya setanding makanan kafe mahal. Harga di Kaw Kaw Burger sangat berbaloi dibandingkan dengan menunya.

Bagi para penggemar burger, rugi kalau tak pernah datang ke sini. Anda wajib cuba makan burger bakar original di sini kerana semuanya sedap-sedap dan amat sukar ditemui burger bakar sebegini. Jika lihat menu burger Kaw Kaw, pasti rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.

Imej via [timeout]

Burger Kaw Kaw ini telah beroperasi sejak tahun 2011 sehinggalah kini. Sama ada makan di gerai, bungkus ataupun beli secara online juga boleh. Burger Kaw Kaw sangat terkenal di kawasan Wangsa Maju sebagai burger bakar yang burgernya begitu besar.

Menu Burger Bakar Kaw Kaw Burger

Imej via [foursquare]

Terdapat banyak burger bakar yang boleh anda pilih di Kaw Kaw Burger, pelbagai perisa dan jenis. Uniknya, mereka juga menghasilkan sos burger mereka sendiri yang sangat sedap dinikmati. Dengan konsep burger ala cart, set meal, Promo Set dan macam-macam lagi, amat sesuai untuk individu, keluarga dan juga boleh makan satu pejabat.

Menu Burger Bakar Ala Carte

Imej via [burger]

Menu Burger Ala Carte yang tersedia adalah seperti berikut. Anda boleh memilih jenis-jenis burger tersebut sama ada untuk chicken, beef ataupun lamb mengikut citarasa anda.

  • Basic Burger
  • Cheese Burger
  • Cheezy Burger
  • Beaconizer Burger
  • Turkeynizer Burger
  • Cheezy Beaconizer
  • Cheezy Turkeynizer
  • Permaisuri Burger
  • Burger Kahwin
  • Double Beaconizer
  • Double Cheesy Beaconizer
  • Double Turkeynizer
  • Triple Cheezynizer 
  • Triple Beaconizer
  • Triple Cheese
Imej via [foodpanda]

Set Meal Dan Add On Turut Di Sediakan

Set Meal pula adalah gabungan atau belian combo 2 jenis makanan. Antaranya adalah seperti sosej dan air. Anda juga boleh add on untuk sos tambahan ataupun daging tambahan. 

Jika anda makan di gerai Kaw Kaw Burger, air minuman juga dijual di sini. Suasana kedai yang sangat santai dan merupakan port lepak menarik. Sambil ambil angin malam, sambil mengenyangkan perut dengan burger bakar original.

Imej via [openprice]

Harga Burger Bakar Kaw Kaw

Harga Burger Bakar Kaw Kaw bermula dari RM 10 sehingga RM 26 bergantung kepada jenis burger. Yang pasti, ia sangat murah, berbaloi dan burger yang sangat-sangat besar. 

Sekiranya anda ingin menikmati rasa burger bakar yang original di Malaysia, Kaw Kaw Burger adalah tempat yang tepat buat anda!

Sekali makan, kenyang sampai esok!

Jom baca juga SanThai Village KL.

Lokasi: ​​Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Buka:  Setiap Hari; 5 Petang – 1 Pagi

Telefon:   012-3452240

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.