Bunga lawang kebiasaannya menjadi rempah ratus masakan tradisional masyarakat Melayu.
Namun, jika anda berjalan – jalan di sekitar Bandar Bangi, jangan lupa singgah di Bunga Lawang Café yang menyajikan pelbagai pilihan hidangan.
Bunga Lawang Café ini terletak sangat berhampiran dengan Open University Malaysia Cawangan Bangi.
Memandangkan ia berdekatan dengan OUM, maka sebab itu juga ia sering menjadi tempat makan serta tempat lepak pelajar – pelajar OUM.
Restoran ini adalah milik artis popular suatu tika dahulu iaitu Gibran Agi dan juga Ruhil Shafinaz.
Dekorasi restoran ini juga unik kerana menggunakan warna bunga lawang iaitu warna coklat sebagai warna asas.
Corak – corak yang digunakan bagi menghiasi dinding kaca juga menggunakan reka bentuk bunga lawang.
Restoran ini menggabungkan ciri – ciri tradisional dan juga moden bagi susun atur dalam restoran ini dan menjadikan ianya kelihatan begitu esklusif.
Pastinya anda tertanya – tanya apa yang menarik sangat di café ini.
Antara hidangan yang menjadi pilihan di sini adalah Nasi Lemak Ayam yang agak berlainan di mana nasi lemak yang dihidangkan mempunyai dua warna yang berbeza iaitu warna putih dan hijau.
Nasi Lemak Ayamnya dihidangkan bersama ayam goreng rangup pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya.
Susunatur makanan yang dihidangkan sangat kemas dan teratur.
Selain Nasi Lemak Ayam, terdapat juga set Nasi Putih bersama Asam Pedas Ikan yang begitu menyelerakan, dengan warna yang menarik serta kuahnya yang pekat pasti memukau pandangan.
Mee Kari Istimewa juga turut dihidangkan buat pelanggan yang tidak mahu menjadikan nasi sebagai hidangan. Soto ayam juga boleh menjadi pilihan alternative.
Kerangupan Cucur Ikan Bilis terserlah sewaktu pertama kali anda menikmatinya.
Dihidangkan panas – panas bersama sos cili sudah pasti membangkitkan selera anda.
Resepi daging ini adalah warisan yang telah diturunkan oleh nenek moyang Ruhil Syafinaz kepada ibunya.
Daging tetel ini yang telah direbus bersama rempah ratus sehingga berjam – jam lamanya dan kemudiannya digoreng pula turut menghasilkan satu menu masakan yang begitu unik.
Dagingnya terasa begitu lembut dan juicy manakala bahagian luarnya pula garing.
Sotong segar dimasak bersama hirisan bawang, cili dan ramuan tersendiri menghasilkan hidangan yang agak berlainan namun tetap sedap dan tidak mengecewakan.
Lempeng pisangnya pula akan dihidangkan panas – panas sebaik sahaja menerima pesanan daripada pelanggan.
Lempeng ini diadun bersama parutan kelapa dan juga hirisan nipis pisang manis.
Bagi peminat kopi, anda boleh lah mencuba kopi O 434 ini yang begitu pekat serta kaw – kawa rasanya.
Dihidangkan bersama kepingan biskut yang ternyata begitu memikat rasa.
Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin mulai jam 11.00 pagi hingga jam 11.00 malam.
Alamat : No 50, Jalan 7/7B Seksyen 7 Bangi, Selangor