Bumbu Bali Puchong – kami yakin anda pasti pernah terdengar nama restoran ini jika anda menetap di Puchong. Tambahan pula jika anda peminat tegar masakan Indonesia.
Dari jauh sahaja memang anda boleh nampak restoran yang menghidangkan makanan Bali ini. Berdiri megah di Bandar Puteri, Puchong, restoran ini merupakan antara restoran yang cukup terkenal sekitar sini.
Tertanya-tanya apa yang membuatkan Bumbu Bali Puchong begitu istimewa dan menu apa yang wajib anda cuba? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut ya!
Nasi campur di restoran ini bukan sebarang hidangan. Mungkin ada pembaca yang membayangkannya sebagai sebuah hidangan nasi dan beberapa lauk-pauk sahaja, bukan? Tekaan anda salah!
Seperti yang anda lihat, hidangan ini memang bersaiz besar. Ada berbagai jenis lauk-pauk yang boleh didapati, seperti sotong goreng, udang bakar, ikan bakar, rendang ayam, sate lilit dan banyak lagi.
Setiap lauk-pauk ini menjanjikan keenakkan yang tersendiri. Semuanya dibakar dan digoreng dengan sempurna. Ditambah pula dengan sambalnya yang pedas, memang terlajak lazat!
Pernah terdengar tentang istilah ‘cumi’? Cumi ini sebenarnya bermaksud sotong. Hidangan Cumi-Cumi Goreng ini merupakan antara yang cukup banyak menerima pesanan di restoran ini.
Mungkin kedengaran biasa sahaja buat anda, namun jika anda mencubanya sendiri pasti anda akan jatuh hati! Hidangan ini tidak seperti soreng goreng tepung yang biasa anda makan di sesetengah restoran.
Saiz sotongnya agak besar, kuantitinya banyak dan rasanya juga cukup enak. Sotong yang rangup ini lebih sedap jika dimakan bersama sos tartar yang turut disajikan bersamanya!
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran ini, kami yakin anda pasti akan terpegun dengan konsep dekor Bali yang sangat cantik. Bukan itu sahaja, kerbersihan restoran juga sangat terjaga.
Dari segi servis pula, restoran ini mendapat pujian ramai pelanggan. Makanan tidak mengambil masa yang terlalu lama walaupun ramai pelanggan dan pekerjanya juga ramah, memang terbaik!
Untuk pencuci mulut pula, ada beberapa yang anda boleh cuba seperti Es Campur dan Bubuh Injin, namun Pisang Bakar merupakan antara yang terlaris di sini.
Teringin untuk menikmati minuman yang menyegarkan tekak? Cubalah Lemongras Mojito, minuman yang laku keras di restoran ini. Kesegarannya memang diakui oleh ramai pelanggan, anda wajib cuba!
Banyak juga menu yang boleh anda cuba di restoran ini. Kami yakin pasti ramai pembaca yang sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran Bumbu Bali, bukan?
Jika ya, lekaslah serbu jika berpeluang! Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran Bumbu Bali, selamat menjamu selera!
Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Puchong? Klik sahaja di link di bawah ya!
20 Tempat Makan Best Di Puchong (Senarai TERKINI)