Ramadhan kali ini, The RuMa Hotel & Residences menyediakan sajian citarasa Malaysia berkonsepkan ‘Hidangan Tradisi – Edisi Nyonya’. Pelbagai juadah disediakan di hotel 5 bintang ini bagi meraikan bulan yang mulia.

Oleh kerana terdapat banyak permintaan dari tetamu untuk menyajikan makanan berkonsepkan Nyonya, ATAS dengan tenaga kerja yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam dunia masakan, sedia untuk membuat kelainan. Pakej buffet Ramadhan akan diadakan bermula 8 sehingga 30 April 2022.

Antara menu istimewa yang akan disajikan seperti ketam cili, daging masak lemak cili api, asam pedas lidah, ayam pong teh dan macam-macam lagi! Bukan itu sahaja, menu kesukaan rakyat Malaysia turut disediakan khas untuk anda. Antaranya adalah ketupat pulut daun palas, ketupat nasi daun kelapa, aneka serunding, satay ayam dan daging dan sebagainya.

Tak cukup dengan itu, aneka pencuci mulut juga ada tersedia. Anda boleh merasai bubur cha cha, pulut tai-tai, onde-onde istimewa, puding santan kacang merah dan banyak lagi! Menu-menu yang ada pasti menambah selera anda.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej buffet ‘Hidangan Tradisi-Edisi Nyonya’ di www.theruma.com dengan harga RM218 untuk seorang. Terdapat dua pakej promosi yang anda boleh dapatkan jika anda ingin iftar di sini.

Pakej pertama, anda boleh dapatkan harga serendah RM 152.60 bermula 15 Mac sehingga 31 Mac 2022. Jika anda terlepas dari pakej ini, anda masih boleh mendapat harga yang berbaloi iaitu dengan kadar RM 174.40 untuk seorang. Namun, anda perlu dapatkannya bermula 1 April sehingga 10 April 2022.

Khas untuk pemegang kad kredit CIMB, anda berpeluang untuk dapatkan 30% diskaun untuk promosi ini. Manakala pemegang kad kredit Maybank dan American Express layak mendapat potongan harga sebanyak 20% dari harga asal.

Untuk maklumat lanjut, anda perlu hubungi ATAS menerusi Whatsapp +60327780735 atau talian terus +603 2778 0888 atau emailkan kepada [email protected]. Apa tunggu lagi? Jom berbuka bersama yang tersayang di The RuMa Hotel & Residences!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.