Mencari tempat berbuka puasa buffet Ramadan Shah Alam 2025 yang terkini?

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti untuk yang hadir ke Shah Alam? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda tuju untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai?

Kami ada senarai buffet Ramadan Shah Alam 2025 terkini yang boleh anda tempah untuk sesi berbuka puasa sempena bulan Ramadhan. Teruskan membaca!

Buffet Ramadhan 2025 Shah Alam

Nama TempatLokasiHarga Dewasa (RM) Harga Kanak-kanak (RM)Info
De Palma Hotel Shah AlamJalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor95.0055.00De Palma Hotel Shah Alam
Acappella Suite HotelNo. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor110.00 – 135.0065.00-80.00Acappella Suite Hotel
Hotel Armada Petaling JayaLot 6, Lorong Utara C, Section 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor158.00+79.00+Hotel Armada Petaling Jaya
One World HotelCity Centre, First Avenue, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor238.00119.00One World Hotel Petaling Jaya
Grand Barakah Hotel AmpangJalan Selaman 1, 2, Jalan Ampang, Palm Square 68000 Ampang, Selangor Ampang, 68000 Shah Alam, Selangor138.0078.00Grand Barakah Hotel Ampang
i-City Trademark Collection by WyndhamNo. 6, Persiaran Multimedia, SkyCity Precinct, i-City, Shah Alam, Selangor128.0088.00i-City Trademark Collection by Wyndham
Concorde Hotel Shah Alam3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor145.0065.00Concorde Hotel Shah Alam
Hotel TeneraPersiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor158.0078.00Hotel Tenera
Mardhiyyah Hotel & SuitesNo 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor175.00Mardhiyyah Hotel & Suites
M World Hotel1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor218.00109.00M World Hotel
Geno HotelJalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor138.0069.00Geno Hotel
Hotel UiTM Shah AlamPersiaran Raja Muda, 40450 Shah Alam, Selangor75.0030.00Hotel UiTM Shah Alam

De Palma Hotel Shah Alam

De Palma Hotel Shah Alam merupakan antara lokasi buffet Ramadan di Shah Alam yang menarik dan termurah. Harga tempahan adalah serendah RM 95 untuk dewasa, RM65 untuk warga emas dan OKU serta RM 55 untuk kanak-kanak. Anda akan disajikan dengan Sajian Merentasi Benua, Cita Rasa Seantero Dunia.

Promosi pembukaan dengan tawaran serendah RM 80 yang boleh ditempah sehingga 28 Februari serta tarikh berbuka bermula 1 hingga 28 Ramadan ini. Sambil menikmati juadah berbuka puasa, pengunjung akan disajikan dengan persembahan secara langsung dari Isma dan Sri Mawar. Hubungi mereka di talian 03-5542 8080 untuk membuat tempahan.

Alamat:  Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

Acappella Suite Hotel

Buffet Ramadan yang ditawarkan oleh TH Hotel Kelana Jaya ini menyediakan Juadah Nostalgia bermula 6 Mac sehingga 27 Mac 2025. buffet berbeza untuk hari biasa dan hujung minggu. Dapatkan harga promosi yang amat berbaloi selagi masih ada!

Bagi yang ingin membuat tempahan, anda boleh berbuat demikian dengan scan qr code di atas atau klik link ini.

Alamat: No. 8, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

ARMADA Petaling Jaya

Buffet Ramadan di ARMADA Petaling Jaya bertemakan Warisan Ibunda di Utara Coffee House. Sajian tempatan dan menu kegemaran ramai ada disediakan untuk buffet ini. Harga untuk dewasa bermula RM 158 dan untuk kanak-kanak, harganya bermula RM 79. Buffet ini diadakan bermula dari 3 Mac hingga 30 Mac 2025.

Untuk harga tempahan awal, anda akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM 128, terhad sebelum 2 Mac. Hubungi mereka di talian 03-7954 6888 atau 018-2220824 untuk membuat tempahan.

Alamat: Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor

One World Hotel

One World Hotel menyediakan buffet Ramadan bertemakan Sajian 14 Negeri bermula dari 2 Mac sehingga 29 Mac 2025 yang dibawakan oleg Cinnamon Coffee House. Pengunjung dapat mencuba lebih 100 menu tradisi dari setiap negeri! Rendang itik salai, Ketam Masak Bercili dan Pari Bakar Sambal antara menu utama yang dihidangkan.

Harga untuk dewasa adalah RM 238 manakala kanak-kanak RM 119. Bagi tempahan yang dibuat sehingga 15 Februari 2025, anda akan mendapat tawaran harga promosi iaitu RM 178 untuk dewasa dan RM 89 untuk kanak-kanak. Untuk membuat tempahan, hubungi mereka melalui di talian +603 7681 1113.

Alamat: First Avenue, Bandar Utama City Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Grand Barakah Hotel Ampang

Cenderawasih Grand Ballroom menawarkan buffet Ramadan bermula 1 Mac hingga 29 Mac 2025. Harga yang ditawarkan amat berbaloi dan mampu milik iaitu RM138 untuk dewasa, RM98 untuk kanak-kanak dan RM78 untuk warga emas! Dengar cerita lebih 100 menu ditawarkan buat pengunjung. Tempat untuk solat terawih siap disediakan di masjid yang berada di Tingkat 3.

Alamat: Jalan Selaman 1/2 Palm Square Ampang Point, Jln Ampang, 68000 Ampang, Selangor

I-City Trademark Collection by Wyndham

I-City Trademark Collection by Wyndham turut menyediakan buffet berbuka puasa yang berbaloi bermula dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025, dengan tema Selera Ramadan Extravaganza. Pelbagai juadah dari serata negeri dan negara disajikan buat pengunjung dan antara yang istimewa termasuklah kambing bakar, Sup Ekor Tulang Rawan Merah dan Warung Peranakan Nyoya.

Harga tempahan untuk dewasa serendah RM 128 dan untuk kanak-kanak dan warga emas, harga tempahan ialah RM 88. Hubungi mereka melalui WhatsApp di talian 018 247 7297 atau imbas kod QR yang tertera pada gambar untuk tempahan atau info lanjut.

Alamat:  No. 6, Persiaran Multimedia, SkyCity Precinct, i-City, Shah Alam, Selangor

Concorde Hotel Shah Alam

Concorde Hotel Shah Alam menyediakan hidangan selera tempatan untuk buffet berbuka puasa kali ini dan temanya adalah Iftar Citarasa Nenda. Untuk dewasa, harganya ialah RM 145, warga emas RM115 manakala kanak-kanak berharga RM65 sahaja. Tarikh berbuka bermula dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga RM 125 untuk tiga hari pertama buffet ini diadakan. Bagi yang ingin membuat tempahan, anda boleh menghubungi mereka di talian 012 289 8103.

Alamat: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor

Hotel Tenera

Hotel Tenera turut menawarkan buffet Ramadan yang berbaloi dengan tema Serantau Desa. Tarikh buffet ini bermula dari 3 Mac sehingga 29 Mac 2024. Harga pula serendah RM 138 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak.

Untuk pembelian awal pula, harga yang ditawarkan ialah serendah RM 98 untuk dewasa. Tempahan awal boleh dibuat sehingga 15 Febuari sahaja. Untuk tempahan, hubungi mereka pada talian 03-8929 9600 atau layari Hotel Tenera.

Alamat: Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Mardhiyyah Hotel & Suites

Untuk buffet berbuka puasa, Mardhiyyah Hotel & Suites menyediakan menu Destinasi Rasa 2.0. Harga untuk dewasa adalah RM 175, namun anda berpeluang mendapatkan harga early bird serendah RM 145 sahaja. Namun tempahan ini terhad untuk 2000 yang terawal sahaja sehingga 15 Februari ini!

Untuk membuat tempahan atau mengajukan pertanyaan, Whatsapp mereka di talian 0192736801 atau 0192757801.

Alamat: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

M World Hotel

M World Hotel atau dahulu dikenali sebagai AVANTÉ Hotel turut menawarkan buffet Ramadan bermula dari 1 Mac sehingga 30 Mac 2025. Harga ditawarkan ialah RM 218 untuk dewasa, RM 109 untuk kanak-kanak dan RM 153 untuk warga emas.

Bertemakan Sajian Senja Ramadhan, 300 menu menarik bakal disajikan dan pasti anda boleh mencuba kepelbagaian menu seluruh pelusuk negeri dan negara. Sambil makan pengunjung boleh menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung. Hubungi mereka melalui talian 03-7681 7666.

Alamat: 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Geno Hotel

Buffet Ramadan yang disediakan di Geno Hotel ini memang berbaloi dan berkonsepkan Selera Desa. Sudah pasti menu yang disediakan dapat mengimbau kembali menu-menu tradisi. Ada juga menu barat dan moden yang pasti membawa kelainan. Harga untuk dewasa ialah RM 138 manakala harga untuk kanak-kanak adalah RM69 dan warga emas adalah RM 79.

Buat pembelian buffet sebelum 2 Februari, dapatkan harga lebih jimat iaitu RM 118 (dewasa) dan RM 70 serta RM59 (kanak-kanak dan warga emas). Untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi mereka di WhatsApp (012-5033961).

Alamat: Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor

Hotel UiTM Shah Alam

Hotel UiTM Shah Alam tidak ketinggalan dalam menyediakan buffet Ramadan Shah Alam 2025 dan harga yang ditawarkan memang murah! Untuk dewasa, harga buffet serendah RM75 sahaja. Nak lebih murah, buat pembelian awal sebelum 2 Mac ini dan dapatkan harga RM65 sahaja! Sambil menikmati juadah, pengunjung akan disajikan dengan persembahan dari band tempatan.

Alamat: Persiaran Raja Muda, 40450 Shah Alam, Selangor

Kesimpulan

Bagi yang sudah mula merancang untuk menyerbu destinasi-destinasi buffet yang kami senaraikan ini, lekaslah berbuat demikian. Kami nasihatkan agar anda membuat tempahan awal kerana anda berkemungkinan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah.

Secara jujurnya, bagi kami adalah lebih baik untuk menempah awal untuk mendapatkan harga promosi yang menarik. Selain itu, pastikan anda menempah terlebih dahulu. Cuba elak untuk walk in kerana bimbang tiada kekosongan.

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak menemukan destinasi buffet yang berpatutan harganya. Selamat berpuasa!

Anda sudah cuba yang mana? Jangan lupa untuk share pengalaman anda dia bwah. Jika anda mempunyai cadangan tempat makan yang lain juga, jangan segan dan malu untuk kongsikan bersama kami. Jom bantu orang lain tentang artikel ini.

*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untk memberi info yang relavan dan terkini 

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.