Di mana ya lokasi buffet Ramadhan Sabah yang berbaloi? Jangan risau, kami senaraikan tempat yang boleh anda berbuka puasa atau ‘sungkai’ bersama yang tersayang.

Ini tempat yang anda boleh kunjungi. Harga memang berbaloi dengan menu yang ditawarkan serta kemudahan yang disediakan.

Buffet Ramadhan 2025 Sabah

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Le Meridien Kota KinabaluJalan Tun Fuad Stephens, Jln Dua Puluh, 88000 Kota Kinabalu, Sabah150.00+Le Meridien Kota Kinabalu
Ming Garden Hotel & Residences Lorong Ming Garden, Jalan Coastal, 88000 Kota Kinabalu, Sabah99.0049.00Ming Garden Hotel & Residences
Promonade Hotels & Resort4, 3, Lorong Api – Api 1, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah178.0075.00Promenade Hotels & Resort
Sutera Harbour ResortThe Magellan Sutera Resort, 1 Sutera Harbour Boulevard, Sutera Harbour, 88100 Kota Kinabalu, Sabah158.0079.00Sutera Harbour Resort
The Palace Hotel Kota KinabaluNo 1, Jalan Tangki, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah118.0059.00The Palace Hotel Kota Kinabalu
Gaya Centre HotelJln Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah88.00+38.00+Gaya Centre Hotel
Mercure Kota Kinabalu City Centre41, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah129.0079.00Mercure Kota Kinabalu City Centre
Sabah Oriental Hotel Jalan Kemajuan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah95.0055.00Sabah Oriental Hotel
Hilton Kota KinabaluJln Tunku Abdul Rahman, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah188.0088.00Hilton Kota Kinabalu
Hyatt Regency KinabaluJalan Dato Salleh Sulong, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88991 Kota Kinabalu, Sabah200.00Hyatt Regency Kinabalu
Sabah Hotel Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah95.0055.00Sabah Hotel, Sandakan Borneo
Raia Hotel Kota Kinabalu88832, Jalan Sembulan Lama, Kampung Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah88.0048.00Raia Hotel Kota Kinabalu
Borneo Royale HotelMile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah98.0050.00Borneo Royale Hotel
Hotel SandakanSandakan, Sabah68.0038.00Hotel Sandakan
Dreamtel Kota Kinabalu5, Jalan Padang, Bandaran Berjaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah98.0050.00Dreamtel Kota Kinabalu
Kota Kinabalu Marriott HotelLot G, 23A, Jln Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah140.00 – 168.0079.00Kota Kinabalu Marriott Hotel
Sabah International Convention CentreJalan Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephens, 88400 Kota Kinabalu, Sabah138.0069.00Sabah International Convention Centre
Horizon HotelJalan Pantai, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88999 Kota Kinabalu, Sabah98.0050.00Horizon Hotel

Le Meridien Kota Kinabalu

Di Le Meridin Hotel, mereka ada menawarkan pakej buffet Ramadan yang cukup berbaloi. Lebih 300 jenis juadah yang bakal dihidangkan dan menu utama adalah kambing golek. Harga promosi untuk dewasa ialah RM150 terhad sehingga 20 Februari 2025.

No telefon: +6088 322 222 | +6019 897 2258 (WhatsApp)

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Jalan Sinsuran, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Ming Garden Hotel & Residences

Jom berbuka dengan kelainan di Golden Dew Bistro dengan tema Citarasa Serantau. Pakej buffet bermula 2 Mac sehingga 29 Mac 2025. Paling menarik, mereka menawarkan harga serendah RM99 untuk dewasa, RM79 untuk warga emas dan RM49 untuk kanak-kanak.

Sup Tulang Kawah Ming dan Nasi Beriyani Kambing Talam antara menu menanti anda. Ruang solat disediakan buat pengunjung.

No tel: 088-528888 | 016-832 6135

Alamat:  Lorong Ming Garden, Jalan Coastal, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Promenade Hotels & Resort

Antara buffet Ramadan di Sabah yang mesti anda tempah ialah Promenade Hotels & Resort yang bertempat di Promenade Cafe. Harga untuk dewasa ialah serendah RM148 jika anda membuat tempahan awal.

No telefon: (088) 252 396

Alamat: 4, 3, Lorong Api – Api 1, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Sutera Harbour Resort

Satu lagi lokasi buffet Ramadhan di Kota Kinabalu ialah Sutera Harbour Resort. Untuk dewasa, harganya ialah RM158 dan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, harganya ialah RM79.

Lebih 200 menu menanti anda setiap hari dimana menu istimewa bertukar setiap minggu, sesuai dengan tema Aneka Rasa Sutera. Untuk membuat tempahan atau makluman lanjut, layari Sutera Harbour Resort.

Alamat: The Magellan Sutera Resort, 1 Sutera Harbour Boulevard, Sutera Harbour, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

The Palace Hotel Kota Kinabalu

The Palace Hotel Kota Kinabalu menawarkan buffet berbuka puasa bertemakan Jom Sungkai. Harga buffet ialah RM118 untuk dewasa, RM59 untuk kanak-kanak dan RM95 untuk warga emas. Jika berkesempatan, pengunjung bertuah akan mendapat cabutan bertuah secara mingguan. Buffet ini bermula dari 6 Mac hingga 29 Mac 2025.

No telefon: 𝟎𝟏𝟑 𝟖𝟔𝟖 𝟏𝟓𝟖𝟗.

Alamat: No 1, Jalan Tangki, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Gaya Centre Hotel

Ingin menikmati masakan kampung sempena berbuka puasa? Lekaslah tempah buffet di Gaya Centre Hotel dengan tema Buffet Sungkai Bersama serta Sederhana dan Bermakna. Harga buffet adalah berbeza dimana pada setiap Ahad dan Khamis, hidangan berbentuk set manakala Jumaat dan Sabtu, harga mengikut individu dan berkonsepkan buffet.

No tel: 088-245567

Alamat: Jln Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Mercure Kota Kinabalu City Centre

Hotel Mercure Kota Kota Kinabalu juga merupakan antara lokasi buffet Ramadan yang perlu warga Kota Kinabalu tuju. Harga buffet ialah RM129 untuk dewasa, RM79 untuk kanak-kanak manakala RM99 untuk warga emas.

Harga promosi untuk tempahan awal juga boleh didapati dengan harganya ialah RM99 untuk dewasa sahaja. Namun perlu diingatkan, buffet ini berlangsung pada setiap Khamis hingga Ahad sahaja. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berbuka anda pilih. Untuk maklumat lanjut, hubungi sahaja mereka di talian 015-48761881.

Alamat: 41, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Sabah Oriental Hotel

Sabah Oriental Hotel yang terletak di Kota Kinabalu ini menyediakan buffet berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan bertemakan Nostalgia Ramadan. Harga tawaran adalah RM89, RM50 untuk kanak-kanak dan RM65 untuk warga emas. Tawaran ini sah sehingga 28 Februari 2025.

No tel: 088-258 998

Alamat: Jalan Kemajuan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Hilton Kota Kinabalu

Hotel bertaraf 5 bintang ini ada menyediakan pakej buffet Ramadan yang menarik bermula dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025. Harga buffet untuk dewasa ialah RM188 manakala untuk kanak-kanak harganya ialah RM98. Layari Hilton Kota Kinabalu untuk menikmati buffet Ramadan Sabah Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan.

No telefon: +6088 356 000

Alamat: Jln Tunku Abdul Rahman, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Hyatt Regency Kinabalu

Hyatt Regency Kinabalu adalah antara lokasi buffet Ramadan di Sabah yang boleh anda lawati. Mereka menawarkan harga RM200 untuk dewasa dengan pelbagai menu menarik. Buffet bertemakan Beduk Ramadhan ini menawarkan menu seperti Kebab, Baba Ghanoush, Hummus dan Shashuka, Udang Masak Lemak Cili Api, Oxtail Assam Pedas dan Pasembur .

No telefon: 016 879 9854 / +60 88 22 1234

Alamat: Jalan Dato Salleh Sulong, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88991 Kota Kinabalu, Sabah

Sabah Hotel

Bertemakan Ramadan Iftar Food Fiesta Buffet, buffet Ramadan di sini akan diadakan bermula dari 3 Mac sehingga 29 Mac 2025. Harga bufet di sini tidak kurang hebatnya dan sangat berbaloi. RM95 untuk dewasa, RM55 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, RM75 untuk warga emas dan percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Buffet yang bertempat di Plantation Cafe turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah menarik.

Alamat: Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Raia Hotel Kota Kinabalu

Bermula dari 2 Mac hingga 29 Mac 2025, Raia Hotel Kota Kinabalu menyediakan buffet berbuka puasa bertemakan Selera Raia. Harga untuk dewasa ialah RM88 dan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, harganya ialah RM48.00 sahaja. Buffet Ramadan di sini diadakan di Souq Garden.

Untuk tempahan, hubungi Raia Hotel di talian 088-230777 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-6300206 atau layari Raia Hotel Kota Kinabalu.

Alamat: Jalan Sembulan, Kampung Sembulan, 88832 Kota Kinabalu, Sabah

Borneo Royale Hotel

Satu lagi lokasi buffet Ramadan di Sabah ialah di Borneo Royale Hotel yang terletak di Tawau. Ianya berlangsung dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025 di Cafe@Se7en yang berada di tingkat 7. Harga buffet dewasa ialah RM98 manakala kanak-kanak RM50, warga emas dan OKU RM60.

No tel: 089 982 808

Alamat: Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah

Hotel Sandakan

Bermula dari 1 Mac hingga 29 Mac 2025, anda berpeluang untuk menikmati buffet Ramadan di Hotel Sandakan bertemakan Buffet Kembara Selera dengan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa. Harga untuk dewasa ialah RM68, RM38 untuk kanak-kanak dan RM48 untuk warga emas.

Harga memang mampu milik kerana bawah RM 100 sahaja. Walaupun begitu, banyak pilihan menu sehingga membuat ramai pengunjung rambang mata.

Alamat: Block 83, 4th Avenue Town Centre, 90000 Sandakan, Sabah

Dreamtel Kota Kinabalu

Bermula 1 Mac sehingga 30 Mac 2025, Dreamtel Kota Kinabalu akan mengadakan buffet berbuka puasa bertemakan Dreamtel Bazaar. Menu utama semestinya menu tradisi yang mampu mengimbau menu-menu orang lama seperti nasi briyani, Oxtail asam pedas, kambing bakar, soto ayam dan ayam tandoori.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga serendah RM88 untuk dewasa. Namun harga ini terhad untuk waktu tertentu.

No telefon: 088-240 333 | 6010-369 9242

Alamat: 5 Jalan Padang, Kota Kinabalu, Sabah

Kota Kinabalu Marriott Hotel

Kota Kinabalu Marriott Hotel yang merupakan hotel bertaraf 5 bintang turut menyediakan buffet berbuka puasa sempena Ramadan, bermula dari 4 Mac sehingga 30 Mac 2025. Harganya bermula RM140 untuk dewasa manakala RM70 untuk kanak-kanak, terhad untuk tarikh berbuka dari 4 Mac hingga 14 Mac 2025.

Untuk mereka yang membuat tempahan untuk 15 Mac hingga 30 Mac, tawaran harga serendah RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak.

No telefon: +6088 286 888

Alamat: Lot G, 23A, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Sabah International Convention Centre

Buffet Ramadan Sabah seterusnya yang mungkin menjadi destinasi berbuka anda terdapat di Sabah International Convention Centre. Bertemakan Taste of The World, buffet ini diadakan bermula 1 Mac sehingga 30 Mac 2025 bertempat di Kinabatangan Hall di tingkat 2 bangunan ini.

No telefon: +6013 916 1291 | +6088 206 000

Alamat: Jalan Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephens, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Horizon Hotel

Satu lagi lokasi buffet Ramadan Sabah ialah Horizon Hotel yang dianjurkan oleh Deco Cafe & Grill. Citarasa Nusantara merupakan sajian utama untuk buffet ini seperti aneka kerabu, kambing bakar, gulai daging dendeng dan nasi dagang.

Harga untuk dewasa ialah RM98 manakala untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun RM50 dan warga emas, harganya ialah RM65.

Untuk membuat tempahan atau mengajukan pertanyaan, anda boleh menghubungi mereka di talian 𝟬𝟭𝟲 𝟴𝟵𝟮 𝟵𝟴𝟴𝟭.

Alamat: Jalan Pantai, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88999 Kota Kinabalu, Sabah

Kesimpulan

Bagaimana pendapat anda dengan senarai buffet Ramadhan di Sabah yang kami sediakan ini? Ada yang berjaya menambat hati anda?

Jika ya, lekaslah membuat tempahan ya! Jika ada rezeki, berkemungkinan anda akan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah dan semestinya berbaloi. Selamat berbuka!

Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.