Pada zaman sekarang, tidak dinafikan ada berbagai jenis makanan dan minuman yang sentiasa viral sehinggakan ramai tertarik untuk mencubanya.
Walaupun kadangkala menu itu kedengaran unik, ramai sahaja yang sanggup membelinya dek kerana rasa teringin untuk merasainya sendiri. Memang kuat juga pengaruh viral pada zaman kini, bukan?
Kali ini, kami akan senaraikan 10 port bubble tea sekitar Selangor yang anda boleh terjah. Menu yang sama tapi semestinya ada kelainan yang tersendiri. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: 84 G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Nama kafe yang cukup gah ini tidak perlu kami perkenalkan kepada anda lagi, kerana kami yakin pasti ramai sudah pernah terdengar tentangnya. Agak-agak kenapa kafe ini begitu terkenal ya?
Keistimewaan utama kafe ini sudah semestinya terletak pada bubble tea. Menurut ramai, bubble tea di sini rasanya memang manis namun tidak melampau dan memuakkan.
Antara bubble tea yang menjadi kegemaran ramai pengunjung di sini ialah Brown Sugar Deerioca Series. Ada pelbagai jenis bubble tea untuk hidangan ini, namun kami cadangkan anda cuba Brown Sugar Creme Brulee Milk Tea mereka!
Alamat: 1 Utama Shopping Centre, LG 329 New Wing, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Biasanya, bubble pearl yang kita lihat untuk bubble tea warnanya hitam, bukan? Tetapi kafe KOI Thé ini ada menyajikan kelainan yang tersendiri, di mana bubble pearl di sini berwarna emas. Memang unik!
Bubble tea di sini bukan sahaja cantik, malah rasanya juga boleh bikin sesiapa sahaja tertarik. Kafe yang berasal dari Taiwan ini cukup terkenal dengan Golden Bubble Milk Tea, anda wajib cuba!
Alamat: LG1, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Satu lagi kafe yang berasal dari Taiwan yang berjaya menempa nama di Malaysia sebagai salah satu kafe terbaik untuk minuman bubble tea ialah Tiger Sugar.
Kafe ini ada beberapa cawangan di Petaling Jaya dan KL. Walaupun baharu sahaja diperkenalkan di pasaran sekitar 2 tahun lepas, kafe ini boleh dikatakan agak terkenal di kalangan pencinta bubble tea.
Minuman ini memang boleh bikin sesiapa sahaja terliur apabila melihatnya. Teh susu yang dicampur dengan gula perang yang pekat dan banyak ini cukup enak rasanya, manis dan berkrim!
Alamat: 3, Jalan SS 15/7, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Nama kafe ini ada maksudnya yang tersendiri. Menurut pihak Gong Cha sendiri, di China Gong Cha bermaksud menghidangkan teh terbaik kepada maharaja. Ini menunjukkan yang kafe ini sangat mementingkan kualiti bubble tea yang ditawarkan.
Ada berbagai jenis bubble tea yang dihidangkan di sini, namun minuman yang boleh dikatakan sebagai ‘signature drink’ di sini ialah All Signature Milk Winter Melon Tea.
Alamat: 73, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Satu lagi kafe bubble tea yang ada pelbagai cawangan di serata Malaysia – Chatto! Jika anda ke kafenya sendiri, anda pasti akan jatuh cinta dengan dekorasinya yang comel.
Dekorasinya yang bukan sahaja comel malah santai ini membuatkan ramai yang menjadikan Chatto ini sebagai tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati aneka bubble tea yang dihidangkan.
Antara bubble tea yang anda boleh cuba di sini ialah Hojicha Green Tea, Organic Oolong Tea dan Brown Rice Tea.Yang istimewanya, bubble tea di sini kemanisannya dikawal, jadi kepada yang masih berdiet sebelum raya tu bolehlah cuba!
Alamat: Jalan Dataran Cheras 5, Cheras Traders Square, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor
Sebelum mencuba bubble tea, selain rupa minuman tersebut, pasti namanya akan membuatkan ramai pelanggan tertarik. Nama untuk beberapa bubble tea yang disediakan di kafe Moojicha Malaysia ini seperti Unicorn Latte dan Margarita Cactus memang unik.
Bubble tea yang menjadi kegemaran ramai di sini ialah Kao Ne Ne, bubble tea yang dihidangkan bersama gula perang yang pekat. Namun rasanya berkrim, tidak memuakkan dan tidak terlalu manis.
Alamat: 70-G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Jika beberapa kafe yang kami senaraikan tadi terkenal dengan rasa bubble tea yang enak, kafe OneZo yang terletak di SS15 ini pula ada keistimewaannya yang tersendiri.
Rasa bubble tea di sini memang enak, namun yang melengkapi keenakan bubble tea di kafe ini ialah pearl bubble yang disediakan. Saiznya yang besar, teksturnya yang kenyal dan rasanya yang manis menggandakan kesedapan bubble tea yang disediakan.
Alamat: 1G 1 Kota Damansara, Jalan PJU 5/4, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Selalunya kebanyakan kafe yang menghidangkan bubble tea pasti menghidangkan pearl bubble yang sama. Jika anda inginkan kelainan, singgahlah di Royaltea!
Untuk hidangan Milk Tea, anda boleh mencuba Milk Tea with Pearl and Agar, di mana ianya bukan sahaja menghidangkan teh susu bersama pearl bubble , malah agar jelly turut ditambah. Dijamin enak!
Alamat: 88G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Kafe ini baharu sahaja dibuka di SS15 awal Mac lalu, namun sambutan yang diterima memang sangat mengalakkan! Dari luar kafenya sahaja anda boleh lihat sendiri berisan dan jumlah pelanggan yang memenuhi ruang kafe – cukup ramai!
Minuman yang paling terkenal di sini sudah semestinya Signature Brown Sugar Milk mereka. Rasanya yang manis ditambah pula dengan rasa karamel yang cukup memikat menjadi punca utama minuman ini bikin ramai jatuh cinta dengannya.
Alamat: 25, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Kafe ini baru sahaja beroperasi sekitar bulan Mei tahun ini, namun populariti yang dikecapi kafe Daboba ini cukup mengagumkan. Walaupun ada pelbagai jenis kafe bubble tea di SS15, kafe Daboba ini masih terkenal di kalangan pencinta bubble tea.
Antara keunikan utama kafe ini ialah minuman ‘signature’ mereka iaitu Honey X Golden Pearl. Bubble pearl yang berwarna emas dan bubble tea yang cukup manis ini sangat disukai raai pelanggan tetapnya.
Boleh dikatakan banyak juga kafe yang menghidangkan bubble tea di sekitar Selangor ini ya! Kebanyakannya juga ada di SS15, sehinggakan ramai pencinta bubble tea tidak tahu nak serbu yang mana dahulu!
Jika anda teringin untuk mencuba bubble tea terbaik di Selangor, singgah sahaja di kafe yang kami senaraikan ini. Anda juga dinasihatkan untuk datang lebih awal kerana dikhuatiri terpaksa beratur panjang. Selamat mencuba!