Teringin masakan Indonesia? Owh kami ada cadangan untuk dilawati. Anda boleh ke restoran Ayam Bakar Wong Solo. Restoran yang mendapat pujian ramai untuk masakan Indonesia. Antara restoran Indonesia yang sesuai untuk memenuhi mulut dan perut orang Malaysia. 😛
Ayam Bakar Wang Solo
57, Kampung Baru, Jalan Raja Alang,
Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50300
Pelbagai juadah anda boleh perolehi di sini. Antara menjadi pilihan ramai adalah set ayam bakar dan set ayam penyetnya. Memang sedap! Pelbagai menu air versi Indonesia turut anda dapat pilih. Airnya menarik untuk dicuba. Jadi pilihan di tangan anda.
Daripada survey yang diperolehi:
-ramai mengatakan ayam bakarnya adalah terbaik
-sambalnya adalah paling sedap
Restoran ini turut mempunyai cawangan di Bangi. Jadi bagi warga Bangi, tidak perlulah susah-suah untuk menyesakkan diri datang ke Kuala Lumpur jika berminat untuk cuba makan ayam bakar istimewa restoran ini.
Jika anda hendak senang, pilih sahaja menu bersetnya. Harganya cuma RM20.90 ketika artikel ini ditulis. Apa yang anda akan perolehi adalah nasi+tempe goreng+tahu goreng+ulam salad +air+ayam.
Oh, sebelum terlupa, restoran Ayam Bakar Wong Solo ini juga pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Jadi jika sudah pernah masuk TV, biasanya memang sedap dan berbaloi untuk dilawati. Jadi apa kata jom terjah Restoran Ayam Bakar Wong Solo.