McDonald’s Malaysia baru sahaja melancarkan menu promosi baru yang membuatkan orang ramai teruja. Menu promosi baru McDonald’s yang ditunggu ramai ini adalah ayam goreng 3x lebih pedas, antara menu paling hangat McDonald’s dan juga menu menarik lain seperti pai jagung, nasi lemak, McFlurry cempedak dan manisan berperisa cendol!
Imej via McDonald’s Malaysia
Seperti yang kita tahu, ayam goreng 3x lebih pedas ini telah ditularkan secara meluas sebelum dilancarkan secara rasmi oleh McDonald’s. Menu ini sepatutnya dilancarkan pada 25 Julai akan tetapi dikeluarkan dua hari lebih awal. Jadi, ayam goreng 3x lebih pedas ini boleh didapati di semua cawangan McDonald’s seluruh dunia! Namun, menu ini hanya disediakan dalam jangka masa terhad sahaja.
Imej via McDonald’s Malaysia
Nasi Lemak adalah makanan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia, ianya lambang kepada rakyat Malaysia sendiri. Aroma santan meningkatkan nafsu makan, setiap suapan nasi lemak yang hangat dilengkapi dengan ayam goreng. Rugi jika tidak merasakannya!
Imej via McDonald’s Malaysia
Garing diluar, lembut didalam dan ditambah dengan kemanisan jagung yang hangat. Menu ini pasti membuat si pemakan cair dengan kesedapannya.
Imej via McDonald’s Malaysia
Pasti ada yang meragui bagaimana rasa McFlurry Cempedak ini. Jangan risau, kemanisan berkrim cempedak ini akan mengubah persepsi anda. Belum cuba belum tahu.
Imej via McDonald’s Malaysia
Cendol, salah satu manisan trademark rakyat Malaysia terutama sekali ketika cuaca panas, cendol adalah pillihan sempurna untuk dinikmati. Nampaknya, McDonald’s faham akan selera rakyat Malaysia yang kebanyakkan menggemari cendol dan seterusnya mengeluarkan manisan berperisa cendol ini.
Pelbagai pilihan ditawarkan seperti Cendol dan Coklat Sundae, Cendol Vanila, Cendol Disaluti Coklat dan Kon Cendol.
Sebelum menu baru McDonald’s ini tidak disediakan lagi, marilah kita serbu cawangan McDonald’s beramai-ramai. Anda pasti tidak menyesal.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web rasmi McDonald’s Malaysia