Selalunya bila anda mahu meraikan sesuatu sambutan atau bersantai bersama rakan-rakan, tempat makan mana yang anda singgah? Semestinya tempat yang santai dan sesuai untuk makan beramai-ramai, bukan?

steamboat @ ASAP

Imej via Fousquare

Bagi kami, restoran steamboat merupakan antara restoran yang cukup sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga, rakan sekerja mahupun sahabat handai.

Masih tercari-cari restoran steamboat manakah yang boleh anda terjah sekitar Puchong? Usah gundah, kami tahu restoran steamboat yang merupakan antara yang terbaik sekitar situ!

ASAP Steamboat & Grill

Imej via Foursquare

Restoran ASAP Steamboat & Grill ini baharu sahaja beroperasi kira-kira tiga tahun lalu iaitu pada Disember 2016. Namun, populariti yang dikecapi dan sambutan yang diterimanya memang amat mengagumkan.

Pilihan Lauk yang Cukup Beraneka

steamboat @ ASAP

Imej via Foursquare

Kalau dah namanya restoran steamboat, pilihan lauknya haruslah berbagai. Di ASAP Steamboat & Grill, anda bukan sahaja akan berpuas hati dengan aneka jenis lauknya, malah boleh jadi anda akan rambang mata!

yong tau fu @ ASAP

Imej via Facebook

Lauk yang disediakan dibahagikan kepada Steamboat, Grill dan Seafood. Untuk Steamboat, antara hidangan yang disediakan ialah Yong tau fu, sayur, cendawan dan telur.

Imej via Foursquare

Untuk Grill pula, anda boleh memilih daging, kambing, ikan dori dan ayam yang diperap. Manakala untuk Seafood, makanan laut yang dihidangkan ialah udang, ketam, sotong dan kerang.

Bagi melengkapkan rasa lauk yang dibakar, sos merupakan hidangan yang wajib anda pilih. Antara sos yang boleh didapati di sini ialah sos Asap, sos Thai, sos lada hitam dan sos cili.

Dekorasi Restoran yang Unik dan Santai

Sebelum seseorang pelanggan tertarik untuk singgah di sesebuah restoran, semestinya mereka akan perhati dekorasi restoran itu terlebih dahulu, bukan?

deko @ ASAP

Imej via Facebook

Dekorasi restoran yang berkonsepkan kontena ini sememangnya lain daripada yang lain. Luarannya sahaja sudah kelihatan menarik, inikan pula interiornya. Cukup unik dan santai!

Minuman dan Pencuci Mulut, Pelengkap Hidangan

Kadangkala ada sesetengah restoran steamboat tidak menghidangkan pencuci mulut. Walaupun kelihatan remeh, pencuci mulut ini merupakan antara pelengkap untuk sesebuah hidangan.

ABC @ ASAP

Imej via Facebook

Antara pencuci mulut yang disediakan di ASAP Steamboat dan Grill ialah ABC, dadih dan aiskrim. Untuk minuman pula, 2 jenis minuman kordial dan minuman panas seperti teh dan kopi turut disediakan.

Banyak Lagi

kuey teow goreng @ ASAP

Imej via Facebook

Sementara menunggu lauk yang sedang dibakar, isi dahulu perut anda dengan makanan lain seperti nasi goreng, bihun goreng dan kuey teow goreng.

Anda juga boleh menjamah menu-menu ini dengan lauk yang dibakar, pasti berganda keenakannya! Ditambah pula bersama sup yang disediakan seperti sup tomyam, sup ayam dan sup kari nyonya, pasti lebih ‘kaw’!

Kesimpulan

Sebenarnya, ada banyak lagi lauk dan hidangan lain yang disajikan di restoran ASAP Steamboat dan Grill. Tidak hairanlah begitu ramai pelanggan yang singgah di sini, sampai penuh bawah kontena!

Jika anda sudah tertarik dengan restoran ini, lekaslah membuat tempahan sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat, waktu operasi dan nombor telefon restoran. Selamat menjamu selera!

Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 petang hingga 12 tengah malam
Nombor Telefon: 013-485 894

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.